Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung
Kajian: 
Asal-usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik

Penyelidik:
Kumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM)

Ketua:
Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin

Subjek:
10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia, termasuklah 
Melayu Jawa (Johor dan Selangor),
Melayu Aceh (Perak),
Melayu Miangkabau (Negeri Sembilan)
Melayu Banjar (Johor dan Selangor),
Melayu Bugis (Johor dan Selangor),
Melayu Rawa (Perak),
Melayu Champa (Perak, Kedah, dan Kelantan),
Patani (Kelantan),
Melayu Kelantan, dan
Kedah Langkasuka

Kandungan berita

Melayu Kelantan 60,000 tahun

Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 (enam puluh ribu) tahun.

Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.

Sub-etnik berkenaan adalah:
  1. Melayu Jawa di Johor dan Selangor, 
  2. Melayu Aceh (Perak), 
  3. Melayu Minang (Negeri Sembilan), 
  4. Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), 
  5. Melayu Rawa (Perak), 
  6. Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), 
  7. Patani (Kelantan), 
  8. Melayu Kelantan dan 
  9. Kedah Langkasuka. 
 "Kajian ini yang pertama di dunia berasaskan genetik bagi mengenai pasti asal usul Melayu. Kami memilih subjek setiap sub-etnik itu dengan mengambil kira latar belakang mereka untuk sekurang-kurangnya tiga keturunan."
 
"Jika mereka mempunyai latarbelakang perkahwinan campur, mereka tidak akan diambil sebagai subjek dalam kajian ini. Sebanyak 300 sampel darah diambil daripada 10 etnik berkenaan.
 
"DNA mitokondria. diekstrak daripada darah dan seterusnya melalui proses penjujukan bagi mendapatkan profil setiap subjek," katanya ketika ditemui Berita Harian di pejabatnya, di sini. 
 
'Kajian Asal Usul Bangsa Melayu Melalui Kaedah Morfologi, sosio-budaya dan Genetik' itu terbahagi kepada tujuh projek membabitkan lebih 20 penyelidik sejak 2007. 
 
Geran itu menerusi skim geran penyelidikan fundamental dan hasil kajian akan didedahkan kepada umum selepas kajian diterbitkan dalam jurnal saintifik. 
 
Dr Zafarina berkata, daripada kajian terhadap 10 kumpulan sub-etnik itu, hanya Melayu Kelantan mempunyai haplogroup (kumpulan DNA mitokondria yang spesifik kepada kaum dan geografi) yang sangat unik. 
 
"Ia sepatutnya berada pada Orang Asli (Semang) dan hap-logroup ini sudah dikenal pasti sebagai haplogroup yang sangat tua berdasarkan kaedah `molecular clock'," katanya. 
 
Beliau berkata, perkara ini mungkin. berlaku kerana sikap orang Melayu Kelantan dulu agak tegas dalam pemilihan pasangan hidup dan mengurangkan pendedahan kepada perkahwinan campur. 
 
"Berdasarkan kajian juga, kita dapati genetik Melayu Kelantan mempunyai hubung kait dengan genetik Melayu Jawa. Ini mung-kin berdasarkan sejarah kerajaari Majapahit pernah bertapak di Kelantan satu ketika dulu," katanya.

Tedi nak kaji apa lagi lagi berkaitan "Melayu Kelantan 60000 tahun"?

Melayu Champa, sebab mereka ada di Perak, Kedah dan Kelantan:

Kata kunci yang relevan dengan tajuk ini:

  • melayu kelantan 60000 tahun