Langkau ke kandungan utama

Kembara Pulau Pangkor

Kilang Hasil Laut Pak Su

Tentunya salah satu destinasi tumpuan di Pulau Pangkor adalah kilang hasil laut. Nasib kami agak baik kerana terserempak dengan Kilang Hasil Laut Pak Su ni di tengah perjalanan menuju ke satu kilang hasil laut yang lain. Tak sangka rupanya ada kilang hasil laut Melayu Muslim, maka bolehlah kita menikmati produk hasil laut tanpa was-was.

Ketika kami sampai di sana kurang pelanggan dan tidak kelihatan pun mana-mana teksi singgah. Mungkin teksi-teksi tersebut membawa pelancong ke kilang lain tanpa memikirkan kemaslahatan umat. Kami dapat singgah pun kerana kami sewa kenderaan untuk ronda Pulau Pangkor dengan memandu sendiri, jika tidak mungkin kami takkan menjejakkan kaki ke Kilang Hasil Laut Pak Su ni.

Pemandangan dari Kilang Hasil Laut Pak Su ini juga agak menarik.

gambar pemandangan laut dan perkampungan nelayan di Pulau Pangkor
Kembara Pulau Pangkor 2018 hari ke-2
Pemandangan kampung nelayan dari Kilang Hasil Laut Pak Su di Pulau Pangkor.
# Sunday, 30 December 2018, 13:18 # 20181230-1318 # DSC_6658-EFFECTS # Kamera telefon pintar Sony G3226 # Kilang Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor # 6HMF+8C Pulau Pangkor, Negeri Perak #
FishPro. Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor. Pusat ini menjadi pusat Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor.
# Sunday, 30 December 2018, 13:49 # 20181230-1349 # DSC08090 # Kamera Digital SLR SONY ILCE-5000 # Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor # Jeti Sungai Pinang Kecil Baru, 32300 Pangkor Island, 32300 Pangkor Island, Perak # 6HMF+9F Pulau Pangkor, Negeri Perak #
Pelbagai jenis ikan bilis yang dijual di Hasil Laut Pak Su di Pulau Pangkor. Ikan bilis memang sedap dimasukkan sebagai rencah dalam masakan Melayu seperti nasi lemak. Malah ikan bilis yang bagus sudah terasa kelazatannya walaupun hanya digoreng dan diratah begitu sahaja. Di Hasil Laut Pak Su ni kita boleh mencuba rasa ikan bilis yang telah digoreng. Memang sedap sehinggakan nak ulang cuba rasa ikan bilis goreng tersebut. # Sunday, 30 December 2018, 13:49 # DSC08093 # SONY ILCE-5000 # Jeti Sungai Pinang Kecil Baru #
Sate Ikan Pak Su Rasa Pedas Manis dijual pada harga RM 3.50 sebungkus dan RM 10 untuk 3 bungkus. # Sunday, 30 December 2018, 13:58 # DSC08104 # SONY ILCE-5000 # Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor # Jeti Sungai Pinang Kecil Baru, 32300 Pangkor Island, 32300 Pangkor Island, Perak # 6HMF+9F Pulau Pangkor, Negeri Perak #

Kota Belanda

Animasi Aina posing di Kota Belanda. # Sunday, 30 December 2018, 15:37 # DSC08192-ANIMATION # SONY ILCE-5000 # 6H2G+68 Pulau Pangkor, Negeri Perak #

Ulasan

Kiriman Berkaitan