Semalam 8 Julai 2019. Aina mulai muntah-muntah dan batuk teruk.

Entah berapa kali Aina muntah.

Umur Aina ketika ini 2 tahun 5 bulan.

Master beri Aina makan dan minum macam-macam untuk memastikan perut Aina ada isi untuk dimuntahkan.

Apakah yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun muntah-muntah?

Sekarang 9 Julai 2019 jam 4:44 pagi. Aina terjaga dan nak muntah tapi tiada apa yang keluar. Master bancuhkan susu formula untuk Aina tetapi dia tidak mahu minum.

9 Julai 2019 selepas Asar, Master bawa Aina ke Klinik Siti Kota Warisan. Doktor bagi ubat demam sirap dan ubat bontot, dan antibiotik. Doktor pesan beri makan aiskrim vanilla 1 sudu untuk legakan tekak sebelum makan. Tapi rasanya kalau beri makan aiskrim memang tak makan nasi dah.

10 Julai jam 4 pagi. Master kejut Aina untuk makan ubat demam tapi Aina tak mahu. Akhirnya Master ambil pendekatan diplomasi dengan mengurung Aina di luar bilik. Akhirnya pada jam 4:30 pagi Aina nak makan ubat, minta minum air, dan minta susu. Ubat demam itu perlu diberi 4 jam sekali.

Hari ni Master ambil cuti, EL atau cuti kecemasan. EL ni senjata utama HR kalau tak nak naikkan gaji atau tak nak beri bonus kepada para pekerja.

Hari ini (9 Julai) jugalah satu isu kritikal berlaku di pejabat Master dan Master akhirnya ambil keputusan untuk biarkan sahaja. Tunggu esok sahajalah semoga Master sempat datang awal ke pejabat dan siapkan kerja sebelum orang lain masuk pejabat.

11 Julai jam 3:25 pagi. Aina baru saja tidur selepas bergaduh dengan Master sebab tak mahu makan ubat. Aina muntah jam 2 pagi dan Master berikan dia ubat tapi tak mahu ditelannya sehinggalah dia ditinggalkan sendirian dalam gelap di tingkat bawah. Kasihan dengar dia menangis panggil Mummy, tapi lagi naya kalau dia demam. Master turut berikan puff oren kepada Aina.