Kebelakangan ini gamat dengan berita mengenai minat Newcastle United Football Club ke atas Miguel Almiron, sehinggakan presiden Atlanta memberi amaran kepada NUFC untuk membuat tawaran serius jika mahukan Miguel Almiron.

Tetapi kem Newcastle United menafikan berita itu di mana pengurus Newcastle, Rafael Benitez, menafikan berita mengenai minat Newcastle United untuk membawa masuk penyerang Atlanta United, Miguel Almiron.

Benitez menyatakan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mendapatkan Miguel Almiron, tetapi dia mendengar ada seseorang mendakwa Newcastle United telah membuat tawaran tersebut.

Dan selepas itu, kami berkata 'Tidak, kami tidak membuat apa-apa tawaran'.

Benitez menyatakan bahawa pihak akhbar tak semestinya akan dapat tahu jika Newcastle United membuat tawaran ke atas mana-mana pemain.

"Kami tidak akan menghebahkan tentang minat kami ke atas mana-mana pemain. Jika kami membuat tawaran, pemain tersebut akan tahu, kami akan tahu dan tidak semestinya pihak akhbar akan tahu."

Tedi agak boleh menerima kata-kata Benitez itu kerana selalunya hanya kelab dengan kedudukan kuat dari segi kewangan dan nama sahaja akan memaklumkan minat mereka kepada mana-mana pemain, itupun mungkin untuk mengganggu pasaran dan harga pemain, atau mungkin mahu menggoda pemain tersebut dengan memberi bayangan mahu mendapatkan khidmat mereka, sebelum menunggu peluang untuk membeli pemain tersebut pada harga murah.

"Pada masa ini, tidak ada berita dan kami akan meneruskan dengan pemain yang kami ada dan kami akan cuba lakukan yang terbaik untuk permainan seterusnya. "