Tapak Sulaiman Bernafas Melalui Apa?
Karangan ini adalah berkenaan cara Tapak Sulaiman bernafas. Hidupan unik ini bukan seperti seekor ikan yang memerlukan insang untuknya bernafas, sebaliknya mereka bernafas melalui kaki.
Tapak Sulaiman mempunyai kaki-kaki yang dilengkapi tiub-tiub khas. Tiub ini terdiri daripada tisu-tisu nipis yang membolehkan gas melaluinya dengan mudah. Tiub kaki dan juga papulae (lubang-lubang kecil pada seluruh bahagian badan Tapak Sulaiman) berfungsi mengangkut gas oksigen daripada air laut kepada tisu-tisu, serta mengangkut gas karbon dioksida daripada tisu kembali ke air laut.
Papulae pula mempunyai cilia halus (struktur seperti bulu halus) di bahagian luar dan dalam yang membantu menyebarkan air laut di atas tisu.
Secara asasnya, boleh dikatakan bahawa pernafasan Tapak Sulaiman berlaku melalui proses endosmosis oksigen dan exosmosis karbon dioksida melalui tisu di tiub kaki mereka yang bertindak sebagai membran separa telap.
Apakah itu endosmosis?
Pengaliran cecair daripada cecair berkepekatan rendah kepada cecair berkepekatan tinggi melalui membran separa telap.
Apakah itu exosmosis?
Pengaliran cecair melalui membran separa telap dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.
Ulasan