Selamat berjuang Harimau Malaya!




  • Esok, para Harimau Malaya akan berjuang menaikkan nama Malaysia dalam pertandingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014.
  • Jika Harimau Malaya bermain seperti ketika mereka menentang Thailand, Tedi percaya kita ada peluang untuk menang.
  • Namun jika mereka bermain seperti ketika menewaskan Singapura 3-1, mungkin kita akan kecewa.
  • Kerana dalam perlawanan tersebut ternyata bahagian tengah kucar-kacir dengan hantaran bola yang selalu terkandas atau terlepas kepada pihak lawan.
  • Selain itu pihak penyerang pula sering naik ke atas bersendirian, dan seolah-olah kelam-kabut untuk terus menghantar bola atau menendang bola tanpa menunggu kawan-kawan tiba untuk memberi sokongan.
  • Tapi tak mengapa, inilah masanya untuk kita meyakini mereka, mereka yang berada di atas padang dan mereka yang lebih mengetahui potensi diri mereka sendiri.
  • Bagi pihak penyokong, gemuruhkan stadium dengan sokongan anda!