Apa itu komitmen?
Sebuah pengajaran ringkas dari bilik mesyuarat
Alkisahnya Tedi menghadiri satu mesyuarat laporan kemajuan.
Tedi melaporkan bahawa tugasan yang diserahkan masih tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa halangan yang belum dapat diatasi sepenuhnya.
Tiba-tiba cikgu bersuara:
“Tedi tahu maksud komitmen?”
Tedi diam. Tiada jawapan.
“Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.”
Tedi tak pasti adakah cikgu itu mempersoalkan komitmen Tedi yang nampak riang ria dan balik tak berapa lewat berbanding kawan-kawan yang lain.
“Memanglah... masalahnya bukan satu je komitmen.”
— Tedi (dalam hati je lah)
Pengajaran hari ini
“Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak.”
© Tedi · Catatan Harian · Semua hak terpelihara
Ulasan