Klip video berdurasi 2-minit menceritakan sejarah 75 tahun Superman.

Superman kini sudah berusia 75 tahun dan logo khas ini dihadiahkan kepada beliau.


  • 75 tahun telah berlalu semenjak Jerry Siegel dan Joe Shuster melahirkan Superman pada 1938. 
  • Sejak kemunculan pertamanya di dalam komik, watak yang juga digelar Manusia Besi (Man of Steel) itu telah melalui pelbagai kisah.
  • Beliau menentang peperangan, bertarung dengan "salinan" dirinya sendiri dan juga wataknya telah diadaptasi ke dalam drama TV, filem dan juga permainan video.
  • Pernah juga Superman mati, tapi sebagai hero dia terpaksa hidup kembali.
  • Sempena sambutan ke 75 tahun Superman, DC Comics telah menerbitkan animasi pendek yang diterbitkan oleh pengarah filem Man of Steel, Zach Snyder, yang dibantu Bruce Timm, salah seorang pencipta "Superman: The Animated Series." 
  • Video ini disertai alunan muzik latar belakang garapan John Williams.