Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Kecil jadi kawan, besar jadi lawan!

Imej
Tentu ramai boleh fikirkan apakah bendanya yang dikaitkan dengan pepatah tersebut. Yup, secara automatik kita akan teringatkan api, kerana api ini apabila kecil menjadi kawan kita contohnya untuk memasak, namun apabila besar, ia menjadi lawan contohnya dalam kes kebakaran. Kalau begitu kes ini juga terpakai bagi air, kerana apabila kecil, kita gunakan ia untuk mandi atau membasuh, namun apabila besar, mungkin kita akan dilanda banjir! Begitu juga bagi angin, apabila kecil jumlahnya, seperti angin sepoi-sepoi bahasa , tentu mendamaikan jiwa, tapi bagaimana jika angin ribut taufan yang melanda? Kembali kepada api tadi, benarkah apabila ia besar ia akan menjadi lawan kita secara automatik? Bagi Tedi tidak semestinya! Kenapa? Besar tidak semestinya menjadi lawan. Benar kan? Contohnya seorang tukang besi memerlukan api yang besar dengan suhu yang amat panas untuk membakar besi sehingga berbara. Begitu juga dalam industri pembuatan kristal di mana api yang besar dengan ...

Emma Maembong comel?

Imej
Semakin lama semakin jarang Tedi menjengah interpretZZ. Bukannya apa, semasa musim cuti sekolah ni Tedi sibuk duk menelaah pelajaran. Kalau Tedi duk update  setiap hari apa yang Tedi belajar, tentu muntah hijau kawan-kawan Tedi di luar sana. Banyak juga buku yang Tedi terpaksa baca, contohnya hari ini sahaja Tedi dah baca "Linq to objects" , "Linq unleashed" , dan "Linq to SQL" . Sekarang ni tangan Tedi gatal nak menaip komen Mommy apabila dia menonton "Projek memikat suami", semalam. "Comelnya Emma Maembong ni" , kata Mommy. Tedi dan Master terpinga-pinga. Tedi pandang Master, dan Master pandang Tedi, kemudian kami pandang Emma Maembong, kami tenung Emma Maembong... kami garu kepala... "Tedi... Tedi dengar tak tadi?" "Dengarlah Master, telinga Tedi kan besar..." "Emma Maembong tu comel?" "Errr... nak kata hidung mancung, mancung lagi hidung Tedi... nak kata telinga capan...

Amaran Tedi: Usah hidang peluang.

Imej
Kami sampai ke Petronas BBN sekitar jam 9.30 malam. Alkisahnya Tedi dan Mommy dan Master dan Rabbit dalam perjalanan pulang dari kampung Master yang terletak di Felda Sungai Lui ke teratak kami. Kami melalui jalan Air Hitam ke Simpang Pertang ke Kuala Klawang ke Pantai dan tembus ke Lebuhraya LEKAS sebelum keluar di persimpangan Pajam dan Nilai. Jalan sungguh sesak dan tersangkut-sangkut, bersusun kereta dari Simpang Pertang ke Pantai. Hantu Kak Limah dirompak dua orang lelaki ketika memandu Toyota VIOS bersendirian dalam perjalanan pulang dari set penggambaran. Kemudian kami singgah di Petronas Bandar Baru Nilai supaya Mommy dan Master dapat menunaikan solat. Mommy pergi dulu sementara Master, Tedi dan Rabbit menanti di kereta. Master tunggu di luar kereta. Polisi bergilir-gilir ini adalah untuk mengelakkan kecurian kereta atau kecurian barangan dalam kereta atau dalam bahasa saintifiknya, pecah kereta. Kemudian datanglah seekor Toyota VIOS. Di dalamnya Tedi p...

Idul Fitri 13 - Jalan sumbat raya ke-4

Imej
Sedar tak sedar, sudah masuk minggu ke-2 bulan Augustus. Sedar tak sedar juga, sudah hari ke-4 umat Islam di Malaysia berhari raya.   Pada hari ini tiada tentatif rasmi menyambut hari raya.   Rancangan ke Kuala Krai dibatalkan. Sepatutnya pada hari ini, Mommy nak ke majlis perkahwinan bos beliau di Kuala Krai. Namun laporan trafik kurang memberangsangkan, maka kami tak jadi ke sana.   Sebaliknya kami ke majlis perkahwinan lain di Lembah Sireh iaitu di Kampung Sireh. Kampung yang dikatakan tempat membesarnya Roslin Hashim dan Hafiz Hashim.   Bergegas ke Hospital Tanah Merah Seterusnya dalam jam 13:00 kami bergegas ke Hospital Tanah Merah kerana sepupu Mommy bersalin tak cukup bulan (7 bulan kandungan). Kami ikut sebuah Alza jadi jalan yang dilalui memang kami langsung tak kenal.   Konvoi kami terpecah sebentar di Pasir Mas kerana kesesakan jalan. Ini adalah kerana Master memang tak suka menyelit-nyelit. Tak profesional katanya.   Konvoi kami bersatu semula d...

Berbuka puasa ala carte di Restoran Suasana, Abdullah Hukum, Bangsar.

Imej
Penghujung bulan puasa 2013 ini disertai buka puasa bersama kawan-kawan Mommy. Cerita ini berlaku pada Khamis lepas (1 Ogos 2013). Kawan sepejabat Mommy ajak berbuka puasa. Pada mulanya Amarin Thai. Tedi taknak sebab dekat rumah pun ada almari. Lepas tu mereka pun tukarlah ke Restoran Suasana di Abdullah Hukum berhampiran Stesen LRT Abdullah Hukum, berhadapan Sungai Kelang dan Midvalley Megamall. Hehehe, acah je. Sebenarnya Amarin Thai tu dah ditempah penuh, maka kami tak dapatlah nak berbuka puasa di sana. Buka puasa di Suasana ni mestinya ala carte sebab takde pitis (duit / wang / ongkos / money). Murah je, RM 30 sekepala (murahlah sangat, hahaha). Mommy la tu tempah yang paling banyak lauk, bukannya habis pun. Ini kalau orang kafir yang kelaparan tengok ni, mesti mereka salah faham bulan puasa ni bulan berpesta makan. Makanan di sana bolehlah dikira biasa-biasa je, kata Master. Tapi Tomyam dia boleh tahan juga la. Master yang hantu pedas tu tersedak sebab pe...

Ramadhan menolak fitnah ke atas Syaitan La'natullah

Imej
Benarkah Syaitan La'natullah dibelenggu pada bulan Ramadhan? "Kalau benar, mengapa masih ramai manusia mebuat kejahatan di muka bumi?" Tentu ramai di antara manusia yang pernah terfikir sedimikian. Tidak ketinggalan di kalangan beruang, Tedi pun pernah memikirkannya, dan Tedi pernah dengar banyak pendapat daripada kawan2 yang tension kerana manusia ni jahat sangat! Di antaranya: Syaitan la'natullah terlepas apabila manusia melakukan kejahatan. Manusia berbuat jahat kerana masih ada Syaitan la'natullah dalam diri manusia bernama Qarin. Manusia berbuat jahat kerana dorongan nafsu. Yang pertama dan kedua tu memang Tedi berfikir bertahun-tahun juga nak terima. Hasilnya Tedi tak berapa nak terima, tapi Tedi tak tolak. Apabila suatu masa nanti Tedi berjumpa hujah yang kuat, mungkin kedua-duanya boleh Tedi terima. Sekarang ni hujah kawan-kawan sahaja. Gambar dicuri daripada: " Sheikh Nuruddin Al Banjari dan PenCINTA ILMU dizalimi? " ...

Berbuka puasa di Eden Catering, PICC Putrajaya.

Imej
"Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Tedi siapkan kiriman ini. Ayat-ayat cintanya dah lama Tedi karang, tapi terpaksa diperukkan dalam draft sementara Tedi memaksa diri Tedi ini untuk merajinkan diri edit gambar yang ada."  - Tedi yang comel. Buffet pun, buffetlah, asalkan dapat berbuka puasa bersama di Putrajaya. Sebelum ni Master pernah meminta bantuan Tedi untuk mencari lokasi sesuai untuk berbuka puasa secara ala-carte di Putrajaya . Tapi Tedi memang tak ketemu, tambahan Tedi sibuk dengan kerja sekolah yang menimbun. Akhirnya Master setuju juga untuk adakan majlis berbuka secara buffet. Kali ini kawan-kawan Master yang uruskan. Mereka jumpa dua tempat yang sesuai iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  (PICC)  dan Kelab Tasik Putrajaya. Yang kedua tu Tedi tak berapa pasti, tapi ada kena-mengena dengan tasik. Akhirnya mereka memilih untuk berbuka (iftar) di PICC. Dipendekkan cerita, majlis iftar itu berlangsung petang Sabtu lalu (20 Ju...

Antelop licik lompat ke dalam kereta untuk elak Cheetah.

Imej
Video hebat bagaimana seekor Impala mengelak daripada ditangkap Cheetah. Agaknya inilah video pertama yang Tedi kongsikan dalam InterpretZZ. Pastinya mengenai haiwan. Selalunya pendokumentari akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengganggu persekitaran semulajadi apabila mereka merakam sesuatu. Namun kehadiran pelancong hidupan liar selalunya mengganggu aturan semulajadi peristiwa semulajadi dan juga haiwan. Kejadian terbaru berlaku di Kruger National Park di Afrika Selatan apabila seorang pelancong yang sedang merakam kejadian 2 ekor Cheetah memburu sekumpulan Impala, menyaksikan seekor daripada Impala tersebut melompat masuk ke dalam sebuah kereta melalui tingkap. Nasib baik Cheetah tu tak ikut, kalau tak, daripada berlaukkan Impala, Cheetah tu berlaukkan manusia, hehehe. Tedi selalu keliru di antara Rusa, Impala dan juga Antelop. Tapi mungkin Impala ini adalah Rusa berketurunan Afrika.

Ego seorang lelaki.

Imej
Usai membasuh kedua-dua belah kakinya, pemuda itu memberi salam dan segera masuk. Ada kena-mengena ke ni? Tapi dah Tedi Bing.com jumpa yang ini, ada la tu kot? Hahaha. Nak letak gambar Anuar Zain macam tak sesuai la pulak, kan? Curi gambar: " Ego lelaki surirumah " Langkah kanan didahulukan di ambang pintu, diikuti kumat-kamit mulutnya membaca doa masuk masjid . "Ya Allah, bukakanlah untukku daripada pintu-pintu rahmat-Mu" Walaupun ketika itu dia hanya berada di surau, namun dia tetap mengiktiraf tempat itu sebagai masjid kerana masjid itu bermaksud, "tempat orang sujud." Kemudian dia berniat iktikaf sebelum mencari tempat yang kosong. Surau itu sesak, tidak seperti kebiasaannya. Sebelum ini surau itu sangat lapang dan selesa untuk beribadat di dalamnya. Namun kini, suasana nyata berbeza, ditambah dengan riuh-rendah suara manusia. Lebih-lebih lagi makcik-makcik di belakang yang mungkin baru kini bersua jiran tetangga.  Pot pet, pot pet, ...

TiGER-M@TE ceroboh laman web Malaysia.

Imej
Macam mana Tedi boleh terlepas berita macam ni? Tedi sangkakan masalah kecil jer , tapi rupanya banyak portal syarikat gergasi di Malaysia yang terjejas dengan serangan ini. Di antaranya Skype Malaysia, Bing Malaysia, Dell Malaysia, Google Malaysia, dan juga YouTube Malaysia. Para pelawat telah dicampakkan ke laman web lain yang memaparkan mesej daripada TiGER-M@TE yang mencela Malaysia dan meminta warga Bangladesh di sini dihormati. Tedi rasa warga Bangladesh di sini lagi gembira daripada duduk di negara mereka sendiri, sebab tu mereka duduk lama di sini. Malahan ada laporan warga Islam di Bangladesh dizalimi Semoga CyberSecurity Malaysia terus perkasakan dunia maya Malaysia, di samping itu Tedi harap hackers  Malaysia juga membantu mencari mana-mana lubang yang perlu ditampal. CyberSecurity memaklumkan bahawa tiada serangan malware  dalam kes ini sebaliknya hanya melibatkan konfigurasi DNS. Apa itu DNS? Tedi pun tak tahu, hahaha. Bukankah hackers ni jaha...

Tahniah kepada Kelantan dan Brazil

Imej
Walaupun Tedi sempat tengok sikit2 je, tahniah juga Tedi ucapkan. Mungkin dah terlambat, tapi Tedi peduli apa. Hehe. Kelantan juara Piala FA 2013. Mula-mula tahniah kepada Kelantan kerana berjaya membenam Johor Darul Takzim (a.k.a Johor palsu) di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu lalu (29 Jun 2013). Tedi sebenarnya nak sokong JDT, tapi sikap penyokong JDT yang ego menyebabkan Tedi sokong Kelantan. Sebelum ni pun Tedi tak sokong Kelantan kerana sikap penyokong mereka, namun kini mereka macam dah insaf, ye lah, pemain bintang dah tak ramai kan? Kini penyakit itu berjangkit ke penyokong JDT semata-mata kerana ramai pemain bintang di sana. Mungkin cuma segelintir tapi resamlah, "seekor kerbau membawa lumpur, yang lain terpalit sama" . Logo FELDA United Apa kes Tedi letak logo FELDA United lak ni? Err... suka hati Tedi la... hehehe Sumber:  Felda United Malaysia Super League Watch. Sedarlah, pemain bintang takkan ke mana jika pengurus sendiri tidak pandai menggunakan ...

Dasar-dasar al-akhlaqul karimah

Imej
Akhlaq karimah (mulia) sangat luas maksudnya bukan setakat perangai, cara berpakaian, cara bercakap malah mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Baiknya akhlak tanda kesempurnaan iman. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang (199) Jadilah engkau pemaaf dan serulah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpaling daripada orang-orang yang bodoh. (200) Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan (la'natullah), maka berlindunglah kepada Allah [1]. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [1] Maksudnya membaca lafaz "a'udzubillahi minasy-syaitanir-rajiim" (201) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan (la'natullah), mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan. (202) Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-henti (menyesatkan) (Surah al-A'raf, 199-202)

Aku sanggup duhai Muhammad...

Imej
"Aku sanggup duhai Muhammad" berkisar tentang apa? 100 kisah Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam dikejar, diburu, ditindas, difitnah, digoda wanita, dicemburui umat, & pengakuan isteri-isteri. Hutang gambar:  mirazme.blogspot.com: Aku sanggup duhai Muhammad Kisah di sebalik pembelian buku. Master beli buku ni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang lalu. Sebab Master beli buku ni adalah untuk mengenali Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam memandangkan Master tak kenali  Baginda sollallahu a'laihi wassalam. Dalam membeli sesebuah buku Master akan tengok siapa penulis , jika tidak dikenali, Master akan baca komentar mengenai buku tersebut yang kebiasaannya oleh tokoh-tokoh tertentu. Setelah membelek ruangan "Kandungan" yang memaparkan 100 tajuk  di mana banyak tajuk tu Master tak pernah dengar, rasanya patut beli tambahan dengan harga RM18-RM21 sahaja . Buku ini dibeli setelah Master tak jumpa sebarang pesain...

Ops Pemulihan Tanah kod 130609

Imej
Apakah itu Ops Pemulihan Tanah? Ini adalah tajuk operasi yang diberi Master melibatkan proses menyuburkan tanah bukit di depan rumah. Operasi ini merupakan prosedur berterusan memandangkan tanah bukit itu dipenuhi batu-batuan dan tanah liat-liatan (sungguh liat la kononnya). Memerhati kehijauan alam la kononnya tu? interpretZZ: Beruang pun ada masalah. Proses-proses yang terlibat adalah: Menggali tanah liat & batu-batuan sedalam mungkin. Batu-batu akan dicampak jauh-jauh. Tanah liat akan ditimbun ke atas semak-samun berhampiran (kononnya nak matikan semak samun tu sambil menjadikannya baja semulajadi). Lubang yang digali dibiarkan dan disumbat dengan bahan-bahan mudah reput Tiru idea lubang kompos kak Ummu Aidan je sebenarnya ni, hehe. Supaya tak nampak plagiat, Tedi bagi nama lubang semi-compos, hehe. Tanah yang telah melalui proses penggalian sebahagiannya digaul dengan tanah bakar & najis ayam Tanah ni digunakan untuk penanaman pokok2 yang ada sekarang ni. Tapi tanah ni pun ...

Vine kini sedia untuk Android

Imej
Aplikasi klip video 6 saat popular milik Twitter mencecah 13 juta pengguna Pemilik gajet Android seperti Tedi tidak perlu cemburu lagi kepada pengguna iPhone sebab aplikasi popular Vine kini boleh digunakan atas platform robot hijau tersebut. Vine adalah applikasi kreatif yang membolehkan pengguna menghasilkan video kreatif 6 saat. Ciri terbaru Vine yang membolehkan pengguna mula & henti merakam hanya dengan 1 sentuhan, membolehkan pengguna tidak hanya merakam klip video berdurasi 6-saat, tetapi banyaaaaaak video berdurasi 6-saat yang bersambungan. Dapatkan Vine di Google Play Store sekarang! Kawan2 boleh lakukan carian "Vine Co." dalam Google Play Store; atau klik sahaja link ke aplikasi Vine di sini . Pengguna iPhone akan cemburu dengan kita, hahaha Kenapa? Sebab Vine versi Android mempunyai keupayaan untuk fokus tidak seperti versi iPhone... hahahaha. Untuk fungsi-fungsi lain Vine silalah baca sendiri di sini . Vine finally comes to Android phones ...

[t13f03] Tedi singgah di Azman Tomyam

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Azman Tomyam terletak di awal susur masuk ke Dengkil daripada Cyberjaya melalui Jalan Pintasan Dengkil Dengkil Food Paradise Samosa Hangit Inti Sardin Azman Tomyam terletak di awal susur masuk ke Dengkil daripada Cyberjaya melalui Jalan Pintasan Dengkil Tiba-tiba sahaja Master melencong masuk ke susur masuk Dengkil. Rupa-rupanya ada kedai makan di tepi tu dengan lampu berwarna-warni. Di situ terdapat kedai Azman Tomyam , kedai Dengkil Food Paradise , kedai cuci kereta dan juga  bengkel kereta. Kedai cuci kereta tu buka lagi pada waktu itu, jadi bolehlah jika kawan-kawan nak basuh kereta pada waktu malam di situ. Sebenarnya Master berkenan untuk singgah di Dengkil Food Paradise tu tapi suasana di kedai makan tu gelap sahaja, tak bukak la tu. Jadi terpaksalah makan di Azman Tomyam, takkan nak naik kereta cari tempat makan lain pula kan? Master kata Nasi Goreng Seafood dia ...

Belut diancam kepupusan?

Imej
Ini satu lagi berita yang mendukacitakan. Tak sangka Tedi akan mendapat berita seperti ini sejurus saja Tedi habiskan Cendol Pulut Biasa yang Mommy beli tadi. Puak Belut nampaknya kini diancam kepupusan.  Penyebabnya masih lagi jadi misteri kepada para penyelidik. Belut Amerika, kepupusan mereka merupakan satu berita sedih kepada dunia.  Seed Daily: Slippery Eels toward disaster. Spekulasi mengatakan belut mengalami kepupusan adalah bersandarkan kepada fakta bahawa semakin kurang bilangan anak Belut yang berpindah daripada Lautan Antlatik ke sungai-sungai di sepanjang pantai Amerika Utara. Tak pasti pula bagaimana dengan keadaan belut2 di Malaysia kerana Tedi percaya orang Malaysia bukan peduli pun dengan kemaslahatan haiwan2 di Malaysia ni. Kalau kucing, anjing, arnab tu ada la juga yang bising-bising. Itu pun banyak je anjing-anjing terbiar melata, belum lagi kucing dibuang tak tentu hala. Sentuh pasal belut, binatang ini mempunyai permintaan tinggi bukan saja di Asia, malah...

Master... pakai macam Mommy.. baru la matching!

Imej
Ah sudah, terbaca lagi entry   Diana Rashid . Takperla , last baca la ni. Nak tambah sikit untuk entry ni " ABANG..PAKAI YANG INI.... " Sebagai pengenalan biarlah Tedi membuka karangan ini dengan ulasan Tedi dahulu. Sudah menjadi adat untuk pasangan mahu mengenakan pakaian yang sepadan iaitu selalunya sama warna, jika tidak sama corak, atau sama tema. Tetapi seringkali terjadi cuma golongan wanita sahaja yang mahu kenakan pakaian yang matching dengan pakaian pasangan mereka. Bagi lelaki pula mereka akan bersiap dan selalunya kenakan apa yang selesa dipakai, sehinggalah tiba-tiba si isteri berkata, eh abang... pakai yang ini. Master selalu kena ni. Mommy suruh pakai baju sama warna. Master sebenarnya tiada masalah kalau nak pakai sama warna, serupa dengan apa yang Mommy pakai. Masalahnya... Adat la kan Master siap awal daripada Mommy. Mommy baru nak mandi, Master dah siap pakai baju... cuma tak sikat rambut jer . Pastu bila Mommy nampak, "Abang, kenapa pakai ...

Sejak bila Tedi pandai baca blog?

Imej
Mommy pelik lak bila tengok ada manusia komen di blog Tedi. "Siapa tu Tedi?", tanya Mommy. "Entah, Tedi tak kenal pun."

Bangkai2 haiwan terdampar di pantai Chile

Imej
Berita sedih buat Tedi dan semua kaum haiwan. Ratusan kawan2 kita dijumpai mati terdampar di pantai Chile . Di antaranya Sang Penguin, Pelican & banyak lagi haiwan lain. Keadaan ini disyaki berlaku akibat kerakusan para nelayan di sana menggunakan bom untuk mendapatkan lebih hasil tangkapan. Tedi memuji langkah Chile's National Fishing Service yang mengambil langkah menyiasat semua bot dan kapal dengan bantuan angkatan tentera laut. Sementara itu Oceana , sebuah pertubuhan manusia yang memihak kaum haiwan mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat & menghukum sesiapa yang bertanggungjawab. Manusia semakin ganas, kenapa kita masih berdiam diri? "Bersatu haiwan teguh, bercerai kita kena bunuh" Tribute kepada: http://www.washingtonpost.com/world/the_americas/chile-officials-investigate-hundreds-of-dead-animals-washing-up-on-shores/2013/05/17/61ac694e-bf19-11e2-b537-ab47f0325f7c_story.html Oceana

Samsung rebut pembekal komponen Apple

Imej
Samsung perlukan pembekal baru untuk barisan gajet-gajet keluarannya. Geen verbod op Samsung smartphones en tablets in de Verenigde Staten Tedi tak faham, korang faham? Samsung semakin ganas! jeng jeng jeng . Sebelum ni Apple mendahului pasaran telefon pintar melalui siri iPhone. Kemudian Samsung memintas melalui barisan produk Galaxy S dan Galaxy Note di samping Galaxy-Galaxy yang lain. Punyalah banyak Galaxy oleh Samsung ni, memang sesuai bagi nama galaksi sebab luas sangat. Adakah Samsung telah memenangi pertandingan ini? Apple or Samsung? You're with me or against me? Adatlah bila dah terlalu banyak produk perlukan lebih komponen untuk hasilkan produk. Sedangkan sebelum ni Samsung merupakan pembekal komponen (termasuk kepada Apple). Dan kini dikhabarkan Samsung akan cuba merebut pembekal2 komponen kepada pesaing mereka, Apple. Sumber bacaan Tedi untuk karutan ini: Stretched Samsung chases rival Apple's suppliers

Bacaan Tedi: The first term memory.

Imej
Our Simple Garden: The first term memory. Sinopsis: Kisah seorang pakcik yang berdedikasi melakukan kerja2 amal untuk masyarakat. Bukan sesuatu yang mudah. Master cuba la contohi pakcik ni. "Umat Islam yang terbaik adalah yang paling memberi manfaat kepada orang lain" , Master tak faham2 lagi ka?

Kaum serangga membantah dakyah PBB... wonderpet hilangkan diri!

Imej
Bubuq melaporkan sekelompok serangga membuat bantahan kepada Persatuan Bangsa2 Bersatu (United Nations) yang mencadangkan agar manusia menjadikan kaum itu sebagai sumber protein utama. Tolong lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. Tolong la.... Kononnya dengan memakan kaum serangga, manusia boleh melawan kebuluran & mengurangkan pencemaran. Kaum serangga didoktrinkan sebagai kaya protein & serat. Sekarang mesti hidup Bubuq dah tak aman dek dakyah PBB itu. Hidupnya mesti diselubungi kegusaran bahawa pada suatu pagi Mommy akan pergi kepadanya dan meratahnya hidup2. Adakah Mommy juga akan melahap Bubuq seperti ini? The Best Of “TED Talks” Part 1 / Marcel Dicke Atau Mommy akan terlebih dahulu menjadikan Bubuq sebagai resepi dalam pizza? http://banglatv.ca/contact/marcel-dicke Bubuq kini menyeru agar semua serangga bersatu & melupakan semangat racist  yang tebal di dalam diri masing2. Kini tiba masa untuk melawan! Di manakah  wonderpets  s...

Popular