Catatan

Menu Buka Puasa Biskut dan Sup

Imej
Puasa pada tahun 2019 ini merupakan satu puasa yang agak bermakna bagi kami sekeluarga sebab Aina dah berusia 2 tahun. Budak perempuan ni pun dah pandai nak berbuka puasa walaupun tak puasa, dan mungkin Aina adalah ahli keluarga kami yang paling sibuk semasa berbuka puasa. Aina ni susah nak makan nasi. Lebih banyak nasi ditaburnya berbanding yang masuk ke dalam mulut dan perut. Aina juga hantu biskut, dan hantu sup. Dia memang suka makan biskut terutamanya biskut cream crackers. Sup bagi Aina adalah sebarang jenis kuah dan istilah itu agak tepat kerana orang putih memanggil kuah sebagai sup ( soup ). Pada hari pertama berbuka puasa pada tahun 2019 ni, punyalah banyak makanan atas meja (banyak untuk 3 orang makan), Aina tetap nak makan biskut. Lebih haru lagi dia nak sup, dan hasilnya... biskut cream crackers cecah sup tulang padu punya. Hari pertama berbuka puasa bersama, Aina mencipta menu berbuka puasanya sendiri iaitu biskut cream crackers dicicah dengan sup daging. Umur Aina p...

Kedah layak ke separuh akhir Piala FA

Imej
ALOR SETAR 10 Mei - Kedah melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA setelah menumpaskan PKNS dengan agregat 4-2 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam ini. Dalam perlawanan tersebut, Lang Merah yang sekadar seri 1-1 sudah cukup untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas mempunyai bekalan selesa 3-1 ketika aksi suku akhir pertama di tempat lawan, sebelum ini. PEMAIN Kedah, Mohd. Amirul Hisyam Awang Kechik (tengah) dikawal pemain PKNS FC dalam perlawanan Piala FA di Stadium Darul Aman di sini, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO Tirai jaringan Kedah dibuka pada minit ke-16 apabila penyerang sensasi mereka, Jonatan Bauman bijak memanfaatkan hantaran lintang Fernando Rodriguez dari sebelah kiri pintu gol PKNS. Tersentak dengan jaringan itu, PKNS cuba bangkit bagi menghidupkan sisa peluang mereka untuk merapatkan jurang jaringan melalui beberapa percubaan menarik. Hasilnya, mereka berjaya meraih satu gol berpunca jaringan sendiri pemain pertahanan Kedah, Azmeer ...

Panorama di Kuala Pilah

Imej
Tak tahulah ketika ini Mommy dan Master nak ke mana? Tapi kalau melihat kepada papan tanda tu rasanya macam di Kuala Pilah, mungkin nak balik ke Felda Bukit Rokan Utara... Jika nak balik ke Felda Bukit Rokan Utara melalui Kuala Pilah, kita akan menuju ke kanan iaitu ke Tampin atau Melaka. Dari Salak Tinggi atau Seremban, kita akan melalui Taman Rekreasi Ulu Bendul sebelum menemui persimpangan ini. Ia adalah simpang empat tetapi lebih kepada simpang 3 sebab ada 1 lorong itu dilarang masuk dari jalan besar. Jika anda perhatikan di belakang papan tanda tu ada satu bangunan bertarikh 1965, menunjukkan Kuala Pilah ini memang ada mempunyai bangunan-bangunan lama yang masih digunakan dan rekaannya memang klasik. Gambar menunjukkan satu papan tanda jalan berlatarbelakang bangunan lama yang dibina pada tahun 1965. Arah kiri menuju ke: Bahau, sebuah pekan yang mempunyai stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang menyambungkan landasan keretapi timur dan barat semenanjung Malaysia. K...

Laksa Ikan Sekoq Tip Top Langkawi

Imej
Salah satu tarikan di Pulau Langkawi adalah makan laksa di tepi pantai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA). Ia membenarkan kita untuk makan laksa sambil tonton kapal terbang berlepas dan mendarat sambil memerhatikan keindahan pemandangan tepi laut. Jenama laksa terkenal di Pulau Langkawi di Kedah di Malaysia adalah laksa ikan sekoq di mana sekoq adalah sebutan bagi perkataan "seekor" dalam loghat utara. Secara ringkasnya ia bermaksud lebih kurang laksa beserta seekor ikan. Sebagai penggemar laksa, adalah menjadi satu kemestian untuk Master mencuba laksa yang gah diperkatakan ini. Komennya, erm macam tak berapa nak ingat rasa laksa tu macam mana... hahaha... boleh kata.. biasa-biasa sajalah. Gambar sebuah kapal terbang mungkin kapal terbang AirAsia sedang terbang di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA). # Monday, 29 August 2016, 18:30 # 20160829 # 20160829-1759-langkawi (27)-EFFECTS.jpg # Kamera Digital SONY ILCE-5000 # Jalan Kuala Muda, 071...

Kasut Badminton ASICS Terbaik 2018

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai kasut badminton ASICS yang termasuk dalam kumpulan kasut terbaik dunia yang boleh kita intai pada tahun 2018 ini. ASICS adalah sebuah syarikat multinasional Jepun yang menghasilkan alas kaki (kasut dan sebagainya) dan peralatan sukan yang direka untuk pelbagai jenis sukan umumnya untuk tahap harga mahal. Nama ASICS adalah singkatan kepada ayat latin, "anima sana in corpore sano", yang bermaksud "Kesihatan rohani dari kesihatan jasmani". Kasut Badminton Terbaik Lelaki Para peminat kasut ASICS boleh berbangga apabila terdapat 2 pasang kasut badminton ASICS yang termasuk ke dalam kategori kasut badminton terbaik lelaki iaitu ASICS GEL-Rocket 7 Volleyball Shoe dan  ASICS GEL-Upcourt Indoor Court Shoe . Tedi pernah hantar satu karangan pasal  kasut badminton ASICS GEL Rocket 7  pada bulan Mac 2017, dan tak sangka sampai sekarang ia masih menjadi pilihan nombor 1 kasut badminton di dunia. Di bawah adalah review mengenai kedua-d...

Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2

Imej
Tedi membesar bersama kenangan di sekitar Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2. Tidak dapat Tedi lupakan bagaimana Menara TM gah di kawasan Jalan Pantai Baharu ketika kawasan Kerinchi masih belum dipanjat bangunan-bangunan tinggi. Malangnya pada zaman itu kamera digital adalah sesuatu yang eksotik. Laman ini akan menyimpan beberapa foto menara-menara tersebut sekadar apa yang ada. Menara TM, Bangsar  juga dikenali sebagai Menara Rebung di kalangan peminat filem Avengers ia dikenali sebagai Stark Tower kerana rekaannya yang hampir sama dengan rekaan menara filem superhero tersebut. TM Annexe, Bangsar terdapat 3 menara di mana 2 daripadanya milik TM, iaitu TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 menara yang ketiga itu jika namanya mungkin Annexe 3 telah terbengkalai, dan kemudiannya disiapkan dan diduduki oleh Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Persekitaran Menara TM, TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 Koleksi gambar: 19 Februari 2019  |  28 September 2016: Puncak Rebung |...

Areeya Seafood

Imej
Areeya Seafood adalah salah satu destinasi tempat makan kegemaran kami sekeluarga kerana ia mempunyai ruang yang luas, tempat letak kereta yang luas, dan paling penting menawarkan menu masakan Thai yang jarang kami jumpa. Areeya Seafood terletak hampir 7 kilometer dari Bandar Baru Salak Tinggi menjadikannya kami meletakkannya sebagai salah satu tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Orang Thailand suka pedas dan kami akui masakan Thailand di sini memang pedas berasap, jadi semasa membuat pesanan tu bolehlah tanya pedas atau tidak, dan boleh minta mereka kurangkan tahap kepedasan tu. Penafian: tiada kedai makan yang sempurna, begitu juga dengan Areeya Seafood ini, apa yang menarik kami makan di sini kerana masakan Thailandnya yang jarang ditemui dan membuka selera, untuk masakan lain boleh cuba rasa dan nilai sendiri. Areeya Seafood 2019 Kami datang lagi untuk tahun 2019 ini dan iki kemaskini senarai harga dan menu masakan di Areeya Seafood yang terbaru. Sekadar ...

Popular