BEKO jadi penaja jersi latihan FC Barcelona
BARCELONA: Barcelona membuat pengumuman pada 15 Februari 2018 berkenaan sambungan kontrak tiga tahun perjanjian penajaan bersama jenama elektronik Beko, di mana syarikat dari negara Turki itu akan menaja jersi latihan kelab FC Barcelona . Beko? Syarikat elektronik? Haah, Tedi pernah mengirim satu karangan pasal mesin basuh keluaran Beko iaitu di Beko WMB101433LW: Mesin basuh terbaik bawah MYR 1700 sebelum ni. Jika anda masih memperlekehkan jenama barangan elektrik oleh Beko ni, boleh lawat laman web rasmi Beko Malaysia untuk mengenali mereka. Kelab bola sepak FC Barcelona tidak mendedahkan maklumat kewangan berkenaan perjanjian tersebut dalam pengumuman oleh presiden FC Barcelona, Josep Maria Bartomeu dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique. Tetapi sumber-sumber yang boleh Tedi percayai yang dilaporkan oleh media akhbar tempatan melaporkan bahawa perjanjian itu bernilai 57 juta euros (50.48 juta pounds) atau jika dit...