[t18a27] Sejauh mana boleh memandu setelah lampu rizab bahan api menyala?
Malangnya, tidak terdapat piawai industri yang menentukan berapa banyak jumlah minyak rizab dalam tangki kereta atau sejauh mana kenderaan mesti dapat bergerak selepas lampu rizab bahan api menyala. Oleh itu, tiada jawapan konkrit yang diperolehi, tetapi berikut adalah beberapa petua yang mungkin membantu apabila kita cuba meneka berapa banyak minyak kereta yang tinggal setelah lampu rizab petrol atau diesel menyala. Saiz Tangki Memainkan Peranan Pertama, selain segelintir kenderaan jarak jauh , kereta jarang mempunyai tangki yang berasingan untuk menyimpan bahan bakar simpanan. Lampu rizab bahan api hanya menyala apabila paras tangki utama jatuh di bawah paras tertentu. Setiap model kereta berbeza, tetapi sebahagian tangki simpanan biasanya mengandungi sekitar 10 hingga 15 peratus daripada jumlah minyak keseluruhan. Jika kita ambil kiraan mudah, tangki minyak 40 liter mempunyai rizab 4 liter minyak. Maklumat ini penting untuk kami jimat minyak dan mengelakkan kehabisan bahan ap...