[t25d24] Aina buat hal di sekolah kebangsaan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini tiba-tiba sahaja Mummy terima panggilan telefon dari Sekolah Kebangsaan di mana Aina belajar. Aina buat masalah di sekolah. Mummy telefon Master yang bekerja dari rumah meminta Master ke sekolah kerana guru kaunseling dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mahu menemui beliau. Master punyalah risau memikirkan Aina mungkin telah mencederakan kawan-kawannya kerana Aina itu boleh dikatakan kasar jika bermain. Master membawa Aidan bersamanya kerana kebetulan Aidan tidak ke tadika kerana batuk. Rupa-rupanya Aina telah merosakkan 15 buah buku tulis pelajar darjah 5. Terkejut juga Master kerana bilakah masanya Aina boleh melakukan perkara itu tanpa disedari sesiapa. Hal kerosakan buku-buku itu hanya disedari oleh murid-murid tahun 5 apabila mereka mahu menggunakan buku tulis mereka yang disimpan di loker dalam bilik darjah. Kelas Aina dikongsi dengan pelajar tahun 5 p...