Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2024

Tedi memasang langsir

Imej
Hari ini Tedi nak memasang langsir sendiri untuk rumah kami. Yah, Tedi nak pasang langsir la... Cara pasang penyangkut langsir secara DIY ialah: Mula-mula kena ada penutup landasan ( rail-cap) , besi penyangkut langsir (panjang atau pendek) & cecincin ( ring ) .... Masukkan cincin dalam rel pastu tutup dengan cap. Cecincin ni nanti yang kita akan gantungkan langsir yang disangkut menggunakan besi penyangkut langsir. Ini kain langsir untuk bilik tidur utama ( master bedroom ). .... Masukkan penyangkut langsir ke dalam kain langsir. .... Pastu masukkan sebelah lagi, jadila kedut-kedutan gitu... Kadar kedutan adalah ikut citarasa masing-masing Selain itu panjang kain langsir juga menentukan berapakah kedutan yang anda boleh buat. ....  Yang kiri tu penyangkut langsir bersaiz panjang, yang kanan pula adalah penyangkut langsir bersaiz pendek, bezanya kalau guna yang pendek, bolehla sorokkan rel belakang langsir. .... Penatnye... rehat dulu la... eh, apasal Tedi sekor-sekor jer ni? ...

[t22l07] Nafuzi tekad julang Kedah Darul Aman FC

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alor Setar : Ketua jurulatih baharu Sang Kenari , Nafuzi Zain mahu terus pandang ke depan bagi mengorak langkah baharunya bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Sebaik diumumkan sebagai pengendali Sang Kenari, Nafuzi yang turut terkenal sebagai arkitek pembangunan pemain muda berkata, potensi besar bakat muda yang ada di Kedah turut menjadi tumpuan utamanya. "Saya tahu cabaran besar dihadapi musim depan dan kita perlukan kombinasi terbaik pemain dalam usaha menyiapkan pasukan yang dahagakan kemenangan." "Sebagai jurulatih saya tahu hanya kemenangan akan memberi kita 'jalan' kepada penyokong dan kelab. Saya mahu hadir ke sini sebagai pemenang serta berazam melaksanakan tugas dengan terbaik pada setiap perlawanan. "Saya berterimakasih kepada pihak pengurusan KDA FC yang memberi sepenuh kepercayaa...

[t23j24] Tayar Westlake Bagus atau Tidak

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Prakata Tayar Westlake berbahaya di jalan basah? Komen Tedi Rujukan Prakata Tayar Westlake ini pertama kali dibincangkan dalam interpretZZ dalam satu kiriman mengenai tayar kereta buatan Thailand. Kawan-kawan boleh membacanya di  Jenama Tayar Buatan Thailand: Westlake . Tayar Westlake berbahaya di jalan basah? Menurut satu sumber, tayar Westlake adalah antara beberapa jenama dari China yang menunjukkan prestasi buruk dalam ujian brek , terutamanya di jalan basah . Tayar berjenama Westlake ini memerlukan jarak yang melebihi had ujian untuk berhenti , yang membawa kepada kesimpulan bahawa tayar Westlake ini berbahaya dalam keadaan basah . Walau bagaimanapun, prestasi tayar Westlake berbeza berdasarkan model dan keadaan penggunaan tertentu. Kawan-kawan boleh semak ulasan dan penilaian terkini mengikut model tayar Westlake yang anda pertimbangkan. [Kandungan] Komen T...

[t15e09] Singgah di Kolej ke-13 Universiti Putra Malaysia

Imej
Blok Utarid D itu menjadi destinasi kami kali ini untuk mengambil barang-barang Pak Long Fikri. 09 Mei 2015 - angkut barangan Pak Long Fikri yang menamatkan pengajian asasinya. Pak Long Fikri telah menamatkan pengajian asasinya dan perlu mengosongkan bilik untuk diduduki pelajar baru. Sebut mengenai Kolej Ke-13 ni, Tedi tengok bangunannya adalah rekabentuk lama seperti berek polis zaman British . Tandasnya pun terletak di luar, tak kiralah untuk siswa atau siswi. Nak ke tandas tu kena melalui koridor yang juga terletak di luar, jadi memang orang ramai boleh nampaklah kita ke tandas. Salah satu perkara yang menarik perhatian Tedi adalah perkataan Putra Niaga yang terpampang pada satu papan tanda di blok itu.  Papan tanda Putra Niaga ni Tedi nampak ada di mana-mana di UPM ni, Tedi pun tak tahu apa kejadahnya Putra Niaga tu, tapi mungkin satu projek atau kesatuan yang membantu para siswa siswi di sana berniaga, almaklumlah pada zaman ini siswa siswi tidak di...

Piala FA: Kedah kejutkan JDT

Imej
Persatuan Bolasepak Kedah (KEDAH FA)   melakukan kejutan apabila mengalahkan juara  Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama  Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Tali Pinggang Kulit Obermain

Imej
Sudah lama Master mencari tali pinggang. Hari itu semasa kami di Bangkok pun Master tercari-cari tali pinggang yang sesuai dan tahan lama, tapi tidak ketemu. Master berasakan bahawa tali pinggang di sana sama sahaja seperti yang dijual di AEON. Sebelum ini selalunya Master akan membeli tali pinggang di AEON dengan modal RM 30, tapi Master dah serik sebab tali pinggang itu selalu rosak. Jadi kali ini Master mencari tali pinggang yang diperbuat daripada kulit original. Ketika kami singgah di Johor Premium Outlet (JPO) dari kenduri di Batu Pahat, Master terus sahaja mencari tali pinggang dan kasut kerja. Akhirnya kami masuk ke butik Obermain. Hajat asalnya adalah untuk mencari kasut kerja Master namun macam tidak berbaloi. Akhirnya Master terserempak dengan tali pinggang Obermain ni yang dipotong 60%. Master beli dalam lingkungan harga RM60 jika tidak silap. Tali pinggang itu dibuat daripada kulit di bahagian hadapan dan kulit sintetik di belakang. Master kata tali pinggang Obermain...

Tidak selamanya kami menyanyi - UNIC

Imej
Unic kembang empayar perniagaan sebagai bekalan ketika tidak diperlukan nanti »Oleh Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my MENYEDARI tidak boleh bergantung harap kepada sumber pendapatan dari aktiviti seni saja, tiga anak muda yang menganggotai kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan , Ahmad Fadzli dan Fakhrul Radhi , menubuhkan syarikat, UNIC Nasyeed & Training Consultants . Selain terus aktif melalui persembahan nasyid, UNIC menggabungjalinkan konsep berhibur sambil mendidik melalui program motivasi dan kursus latihan di peringkat sekolah dan juga universiti. Berbekalkan pengalaman juga, mereka menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu UNIC Records . Tujuan penubuhan syarikat itu bertujuan memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat serta berfungsi sebagai pengedar kepada semua UNIC Records dan pelanggan mereka. Fadzli berkata, terus giat mengatur langkah dalam bidang perniagaan, UNIC bergerak se...

Dinar Kelantan dari Kelantan Gold Trade

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Hari ini nak  windows shopping dinar keluaran Kelantan Gold Trade, biasalah beruang tiada berwang, mampu tengok-tengok je lah kan. Dinar 2015 keluaran Kelantan Gold Trade Cantik... tapi Tedi sukakan rekaan koleksi 2008 lagi. Pergh kalau banyak duit bolehlah beli buat koleksi ni. Mesti kan orang di luar sana yang beli dinar Kelantan ni sebab nak simpan je kan? Apatah lagi kalau ada dinar emas keluaran negeri lain bolehlah beli lagi buat koleksi. Sama macam kumpul duit syiling la ni tapi ni kasta tinggi punya. Hahahaha (gelak sedih sebab mampu tengok je la). Bayangkan suatu masa nanti Dinar 2015 ni kepupusan di dalam pasaran, pergh mesti mahal ni, bukan pasal nilai emas, tapi pasal rekaannya sudah susah ditemui di muka bumi. Tedi tengok ada orang jual di AliBaba maksudnya dinar Kelantan Gold Trade ni bukan dalam pasaran Malaysia sahaja malah sudah ke pasaran antarabangsa, kalau orang China borong ni melopong la kita.. Dinar Emas ini adalah kel...

Dolfin nazak dijadikan bahan berposing...

Imej
Apa kejadahnya sampai tiada hati perut untuk tolong haiwan yang sedang cedera tu? ... Bangga la konon!   Lebih teruk daripada babi? ... Sekumpulan pelancong tanpa perasaan di wilayah Hainan, China, telah membuat keputusan yang membingungkan Tedi apabila mereka menarik seekor ikan lumba-lumba yang cedera keluar dari air dan bergambar dengannya. Bukankah mereka sepatutnya menolong haiwan tersebut? Ikan lumba-lumba itu mungkin cedera akibat berlanggar dengan sebuah bot nelayan, dan kemudian meninggal dunia akibat pendarahan yang berlebihan. Macam mana tak berlebih-lebih keluar darah, sudah cedera, tak dirawat dengan segera. Tindakan para pelancong itu telah menerima kutukan di atas platform media sosial China, Sina Weibo. "Dolphins, sebagai mamalia banyak berkembang, mempunyai IQ hanya sedikit lebih rendah daripada manusia. Tetapi orang-orang dalam gambar-gambar itu lebih teruk daripada babi," tulis seorang pengguna Sina Weibo. ... Ikan Lumba-lumba yang cedera tidak dapa...

Gambar potret dilukis menggunakan hanya 1 loretan pen

Imej
Gambar potret ini dilukis menggunakan sebatang pen dengan 1 loretan sahaja Ia bermula di hidung dan berakhir di bahagian bawah. Mungkin tujuan asalnya adalah untuk promosi pen keluaran mereka. Tedi sangat mengkagumi lukisan potret seorang lelaki yang telah dilukis pada tahun 1884 ini kerana ia sangat teliti dan yang dahsyatnya lukisan ini ternyata menunjukkan bagaimana dakwat pen tersebut boleh bertahan. Hakcipta 1884 oleh Knowlen & Maxim.  

Haiwan: Tupai Merah yang kehairanan

Imej
Seekor Tupai Merah menambat hati para penduduk di sebuah kawasan luar bandar apabila ia kehairanan dengan sebuah patung anjing. Tupai ini mungkin kehairanan melihat patung anjing yang kaku tidak bergerak seperti haiwan-haiwan lain.   Ciuman atau cuba menghidu?   Merenung tepat wajah sang "anjing" bagaikan menunggu reaksi.   Melompat-lompat di sekitar "sang anjing" dan berdiri untuk mendapatkan pandangan lebih dekat.   Menunjukkan pelbagai gerakan akrobatik dan bergantung di kepala dan mengintai melalui mulut "sang anjing"   Menjamu selera  setelah penat melakukan pemeriksaan.  

[t18k27] Pemeriksaan Kesihatan Aina di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Hari ini Nor Aina ada temujanji dengan doktor di Hospital Putrajaya. Kami tiba di Hospital Putrajaya agak lewat iaitu sekitar jam 10:30 pagi hingga jam 11 pagi, maka Master terpaksalah meletakkan kereta di satu kawasan lapang di antara Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Nasional. Kawasan tempat letak kereta itu agak teruk dengan keadaannya yang berlumpur.     Toyota VIOS Hitam sangkut dalam lumpur Semasa Master meletakkan kereta ada sebuah VIOS hitam yang tampak macam mahu berundur tapi tak bergerak, dan sebaik sahaja Master selesai meletakkan kereta dan mahu keluar, barulah Master perasan bahawa tayar kereta itu terperangkap dalam lumpur. Tuan kereta itu menurunkan tingkap dan menasihati Master agar tidak meletakkan kereta di situ. Nyaris sahaja Master menjawab, "Tak mengapa, kereta saya AWD (pacuan semua roda)" , tetapi membatalkan jawapannya itu kerana terli...

[t21k22] Mencecah 2 Juta Bacaan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Rupa-rupanya interpretZZ telah mencecah 2 juta bacaan malahan pada ketika ini rekod bacaan ialah 2027427  (dua juta dua puluh tujuh ribu empat ratus dua puluh tujuh) bacaan. Macam mana pula boleh tak perasan sedangkan bacaan seminggu cuma sekitar 15000, jadi mungkin mencecah 2 juta sekitar minggu lepas. Bacaan ke 1 juta  diperolehi pada 15 Jun 2020 iaitu 1 tahun 5 bulan 7 hari yang lalu atau bersamaan dengan 525 hari. Jumlah bacaan di antara 2 tarikh tersebut ialah 1027368 bacaan. Purata bacaan sehari ialah 1956 bacaan, dengan peningkatan sebanyak 298% berbanding ketika mencecah sejuta bacaan. Diharapkan dapat konsisten merekodkan jumlah bacaan melebihi 2000 sehari atau minimum 60000 sebulan. Terima kasih kepada yang sudi membaca, semoga ada manfaat yang anda perolehi. ~20211122~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasi...

[t16l18] Semak Harga TESCO Bandar Baru Nilai

Imej
Petang tadi kami ke TESCO di Bandar Baru Nilai untuk membeli-belah. Ini adalah senarai harga untuk beberapa produk yang menjadi tumpuan kami di sana. Promosi Tesco minggu ini: Harga AVA Aroma Floral 1.8 liter ialah RM 5.55. Hadir bersama teknologi micro burst yang mungkin bermaksud ia akan menghasilkan letupan-letupan kecil semasa anda membasuh kain, hehe. Harga cecair pencuci kain BREEZE Liquid dengan haruman Comfort seberat 4 kilogram ialah RM 19.89 daripada harga asalnya RM 30.59. Wow... penjimatan hampir sebanyak RM 10 di situ! Pelembut fabrik DAIA 1800 mililiter pada harga RM 5.85. Harga pek isian semula untuk pelembut kain Goodmaid Floral 1.8 liter ialah RM 4.99. Letak je lah RM 5... nampak benor bohongnya tu. Kenapa mereka ni gemar benar letak 0.99 sen padahal akan digenapkan menjadi RM 1 juga nanti? Kerana daripada teori pemasaran, pelanggan akan berasakan harga sesuatu produk itu murah apabila bernombor ganjil. Yeah, ramuan penting dalam  Jus Alpukat kegemaran Mommy, si...

[t14d30] Hadiah pintu Majlis Perkahwinan Mak Lang Yan siap

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Apakah itu hadiah pintu? Sebenarnya Tedi hanya membabi buta memilih istilah "hadiah pintu" sebagai terjemahan langsung kepada isitlah "door gift" . Ia adalah cenderamata yang kita berikan kepada tetamu untuk menghargai kehadiran mereka ke majlis yang kita anjurkan. Boleh juga sebagai tanda kenangan. Kali ini hadiah pintu yang Mommy sediakan adalah untuk majlis perkahwinan Mak Lang Yan. Beberapa kumpulan hadiah pintu untuk majlis kenduri Mak Lang Yan sudah sedia Kali ini Mommy menggunakan konsep minimalis dan tema warna ungu. Tema warna itu tak boleh buat apalah kan sebab pengantin yang pilih, hehehe. Walaupun tema minimalis dipilih, isinya cuba dimuatkan dengan sesuatu yang orang ramai boleh gunakan pada kemudian hari, dan mengikut perkembangan zaman pada masa ini ia diisi dengan makanan ringan. Jika hanya diisi dengan makanan ringan tiadalah tanda kenangan ...

Ucapan di antara Allah & Nabi Muhammad S.A.W.

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Master cerita pasal Israk Mikraj tadi, dia dapat daripada khutbah minggu lepas. Cerita Master tu boleh dibahagikan kepada beberapa tajuk:  Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala  |   Allah subhanahu wa ta'ala menyambut dengan ucapan salam  |   Kemudian Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam ucap salam lagi & tak lupa salam untuk hamba2 Allah yang soleh sekali  |  Komen Tedi pasal 3 ucapan tahiyyat ni:  |  Rujukan: Rupa-rupanya bacaan tahiyyat yang manusia Muslim duk baca dalam solat itu adalah ucapan2 di antara Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam dan Allah subhanahu wa ta'ala. 3 ucapan itu ialah: Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala "Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yg baik-baik semuanya untuk Al...

Frozen: Semuanya Diketemui

Imej
All is Found adalah lagu daripada filem Frozen 2 yang menghantui diri Tedi. Tak tahulah kenapa melodinya terasa nostalgia? Lagu ini dinyanyikan oleh Queen Iduna iaitu ibu kepada Elsa dan Anna semasa mendodoikan mereka. Ternyata dalam lagu dodoian ini terdapat panduan kepada Elsa mengenai sebuah sungai ajaib bernama Ahtohallan yang dikatakan mengandungi memori semua hidupan. Lagu ini memandu Elsa bagaimana menghadapi sungai ajaib Ahtohallan ni. Gambar 3 permaisuri kerajaan Arendelle iaitu Queen Iduna, Queen Elsa, dan Queen Anna. Perhatikan persamaan gaya rambut mereka yang digayakan oleh Elsa (dalam filem Frozen) dan Anna (dalam Frozen 2) pada pertabalan mereka sebagai permaisuri mungkin sebagai mengenang ibu mereka. Lagu ini sebelumnya diwariskan kepada Queen Iduna daripada ibunya, dan kemudian di dalam filem Frozen 2 ini kelihatan lagu ini diketahui oleh semua kaum Northuldra. Kenapa Tedi katakan lagu All is Found ini panduan buat Elsa, tidak termasuk Anna? Sebab Anna dah terlelap...

[t18a03] Aina sudah pandai duduk sendiri

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Malam ni Aina tetiba sahaja duduk sendiri. Pada mulanya dia meniarap macam mahu merangkak, kemudian dia duduk. Pada usia 10 bulan mungkin agak lewat. Malam ni juga Master ke IPD Sepang untuk ambil saman kecuaian semasa memandu. ~20180103~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t16l09] Aina dan Sakinah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ 9 Disember 2018 18:02, Ahad animasi Aina bersama kak Sakinah sedang berjalan-jalan di waktu petang di Serting. Masa ni Aina sedang tengok buah ciku.   9 Disember 2018, 18:12, Ahad FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD PERUMAHAN KILANG SAWIT SERTING SELAMAT DATANG KE KAWASAN PERUMAHAN KILANG SAWIT SERTING KEDATANGAN ANDA SENTIASA KAMI HARGAI XiaomiR Redmi Note 5A Æ’/2.2 1/168 3.79 mm ISO100   ~20181209~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Prev Next

Popular