Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2023

[t16a29] Pertemuan dan Perpisahan

Imej
Lagu Pertemuan dan Perpisahan ni memang malar hijau. Ia tidak menghairankan kerana pertemuan dan perpisahan adalah norma kehidupan. Lagu ini terdapat dalam beberapa versi, tetapi kesemuanya menceritakan hal yang sama: Ucapan selamat tinggal Janji takkan lupakan hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama dan memori yang dikongsi. saling mendoakan kesejahteran masinng-masing. Harapan untuk bertemu semula. Pada pendapat Tedi, kekuatan lagu ini terdapat pada liriknya yang ringkas dan iramanya yang berhantu. Lirik lagu Pertemuan dan Perpisahan versi lama Telah lama Tedi mencari lirik lagu ni akhirnya ketemu juga... Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa Hilang di mata tapi di hati tidak lupa Berdoalah kita agar aman dan sentosa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa Jika salah dan silap harap dimaafkan Moga berkat aman dapat diabadikan Segala kenangan tidak akan dilupakan Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa...

[t13g13] Kenapa seseorang diserang nyamuk padahal orang lain tidak?

Imej
Kebelakangan ini Mommy sering mengadu dia diserang nyamuk. Perkara itu sungguh menghairankan kerana Master, Tetot, Bubuq, Pogy dan Tedi sendiri tiada masalah dengan nyamuk-nyamuk di rumah ini. Bukan digigit nyamuk, malahan batang hidung nyamuk pun kami tak pernah nampak! Itupun kalau nyamuk ada hidung. Maka Tedi pun melakukan pencarian yang sepatutnya dengan menaip, "budak couple seminggu putus" ... err... acah jer la.. hehehe. Tedi buat kajian kenapa nyamuk suka gigit saya tapi tak gigit orang lain? Kajian Tedi telah menghantar Tedi ke satu kiriman menarik   Silakan juga baca kiriman Tedi sebelum ini: " Petua menghalau nyamuk tanpa menggunakan racun nyamuk. "   Jika anda sangka anda sasaran nombor 1 serangan nyamuk, anda mungkin tak gila! Katakanlah kawan-kawan dah guna racun nyamuk, pakai baju lengan panjang dan tak keluar rumah pun. Namun kawan-kawan masih diburu oleh nyamuk dan yang paling sedih, cuma anda seorang, janganlah risau kerana anda sebenarnya masih w...

[t23i21] Peribahasa Mengisi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Peribahasa yang mengandungi perkataan "mengisi". Mengisi gantang pesuk Maksud peribahasa "mengisi gantang pesuk" ialah: Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil . Gantang = alat untuk menyukat beras dan sebagainya. Pesuk bemaksud tembus atau bocor dalam konteks peribahasa ini. Mengisi perian bobos Maksud peribahasa "mengisi perian bobos" ialah: Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil . Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk . bobos = berlubang besar. perian = sejenis bekas yang daripada buluh yang digunakan untuk mengisi air. Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ~20230921~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t10c27] Iskandar vs Alexander vs Zulqarnain

Imej
Zulqarnain merupakan satu watak yang diceritakan dalam al-Quran Kisahnya berkisar mengenai pengembaraan seorang raja yang adil dan mentaati Allah Subhanahu wa ta'ala. Kerajaan Zulqarnain ni pula meliputi dari Timur ke Barat . Kerana Master adalah seorang yang agak menggemari sejarah, beliau telah membeli dua buah buku berkenaan Zulqarnain . Buku pertama adalaha " Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain ". Buku kedua pula bertajuk, " Alexander adalah Zulqarnain ". Kedua-dua buah buku ini memberikan pendapat mereka mengenai Zulqarnain daripada sisi pandangan yang berbeza. Perbezaan pendapat yang diraikan oleh Master. Benarkah Alexander bukan Zulkarnain? 20100327

[t13l31] Dinding inspirasi

Imej
Dinding putih bersih suci tidak menjana pemikiran kreatif kanak-kanak. Itulah pesan seorang pakcik. Dia menerima pesanan itu daripada seorang kawannya yang baru pulang dari luar negara. Kawannya itu adalah ahli psikologi. Ceritanya bermula apabila si kawannya itu melawat pakcik tersebut di rumahnya. "Bersih dinding rumah kau ni" "Ha'ah, tapi susah juga nak jaga, budak-budak tengah lasak, sibuk nak conteng sana-sini." "Baguslah macam tu, kau biarkan je mereka conteng. Dinding yang putih bersih macam ni, tak bagus untuk pemikiran kreatif mereka." Berkat nasihat kawannya itu, pakcik itu mencanangkan idea yang sama ke mana-mana sahaja dia pergi. Terbaru, dia melancarkan aktiviti menconteng white   board di syarikatnya. Menjadi adat ibu bapa atau penjaga melarang kanak-kanak menconteng dinding rumah tatkala kanak-kanak berada pada zaman "kegemilangan" mereka dalam mengenal alam. Kini mungkin mereka boleh fikirkan ...

[t23a05] Peribahasa Jahat

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kajian peribahasa kali ini adalah untuk mencari peribahasa berkenaan dengan jahat sama ada perbuatan jahat atau orang jahat . Walaupun fokus kepada jahat sudah tentu dalam senarai ini sedikit sebanyak termasuk peribahasa berkenaan orang baik atau perbuatan baik kerana lumrah dunia semua perkara ada pasangannya sama kawan ataupun lawan. Apa-apa pun selamat belajar. [Senarai Peribahasa Jahat] Ada bangkai, adalah hering Ada bukit, ada paya Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas Ada ubi ada talas, ada budi ada balas Air keruh, limbat keluar Air susu dibalas dengan tuba Air tuba dibalas dengan air susu Akal labah-labah; di gua buruk suka merakut Alang berjawab, tepuk berbalas / alang dijawat, tepuk dibalas Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Anak harimau jangan dibela pelihara An...

[t20l20] Maksud lagu Trouble is a Friend oleh Lenka

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Prakata Lagu " Trouble is a Friend " ini adalah salah satu lagu kegemaran Aina semasa dia berusia bawah 2 tahun. Mula-mula Tedi tertarik dengan rentak lagu yang agak nostalgia, sebelum Tedi mula sedari bahawa lirik lagu ini juga membawa makna yang agak mendalam. Jika Tedi tak salah faham makna lagu Lenka bertajuk Trouble is a Fiend ini ialah "Masalah adalah kawan" bermakna masalah sentiasa bersama kita dalam pelbagai bentuk, besar atau kecil. Sebab itu ada rangkap "masalah adalah kawan tetapi masalah adalah musuh", membayangkan bukanlah masalah itu menjadi kawan tetapi "kawan" yang dimaksudkan lebih kepada masalah selalu ada dalam hidup kita. Pendek kata manusia dan masalah takkan dapat dipisahkan. Masalah adalah ujian untuk menentukan tahap dan membentuk diri kita. Sesiapa yang mencanai masalah akan memperoleh peluang, manakala sesiapa yan...

Kenapa Air Laut Masin?

Imej
Telah lama Tedi berfikir kenapa air laut boleh menjadi masin? Pada mulanya Tedi berasakan bahawa ada banyak bangkai haiwan laut tenggelam di dasar laut menyebabkan ia masin (mungkin ia sedikit benar?). Tapi setelah membaca beberapa artikel barulah Tedi faham bahawa sangkaan Tedi itu adalah propaganda semata, tapi tak semestinya tak betul kan? Ini adalah penjelasan kenapa air laut itu boleh menjadi masin. Garam di lautan datang dari batu-batuan di daratan Air hujan yang meresap ke dalam daratan mengandungi  karbon dioksida yang diserap daripada udara. Ia menyebabkan air hujan sedikit berasid disebabkan oleh  asid karbonik   (dikenali juga sebagai asid udara) yang terbentuk daripada gabungan air dan karbon dioksida. Berlaku satu tindakbalas kimia di sana yang kira-kiranya lebih kurang air + karbon dioksida = asid karbonik . Apabila air hujan ini meresap ke dalam batu-batuan, asid di dalamnya akan melarutkan batu tersebut. Proses ini akan menghasilkan ion, iaitu partikel...

[t13j14] Kawan Tedi: Ulat bulu Hello Kitty.

Imej
Watak Hello Kitty yang terkenal juga ada pada alam semula jadi Siapa tak kenal Hello Kitty? Jenama dengan watak kucing pink ini boleh didapati pada banyak produk. Kini seekor kawan Tedi pula menjadi terkenal kerana paras rupanya yang menyerupai watak popular itu. Ulat Bulu Hello Kitty khabarnya telah dijumpai di serata Asia, iaitu benua asalnya Hello Kitty. Ulat Bulu Chinese Bush Brown menyerupai Hello Kitty Mungkin manusia tak kenal siapa sebenarnya Ulat Bulu Hello Kitty tu, maka mereka jadi sangat teruja. Ulat Bulu Hello Kitty sebenarnya adalah daripada spesies rama-rama Chinese Bush Brown. Ini koleksi foto yang dihebohkan orang ramai: Caterpillar in Malay is ulat bulu or beluncas   Sumber coretan Tedi ini adalah daripada: A Caterpillar That People Say Looks Like Hello Kitty. 20131014

[t16l13] Mandi Air Sejuk di Kali

Imej
Salah-satu maksud perkataan "kali" ialah sungai Tedi kalau mengisahkan suasana kampung dalam karangan Bahasa Melayu, pasti Tedi akan selitkan perihal kesejukan air di kali. Kali adalah nama lain bagi perigi sungai. Jika ditulis " sejuknya air di kali " akan tampak lebih sastera berbanding "sejuknya air di perigi sungai" atau "sejuknya air di telaga" . Terima kasih kepada pembaca yang menegur mengenai perkataan kali bukanlah bermaksud perigi . Setelah merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar Edisi Kedua , salah satu maksud perkataan "kali" ialah  sungai dan perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa . Selalunya Tedi akan gunakan pula perkataan "dingin" untuk menggantikan "sejuk" hingga menjadi "dinginnya air di kali" , kerana perkataan dingin itu tampak macam sejenis kesejukan yang menyegarkan dan tidak menyeksakan. Tapi hakikatnya kesejukan air di kampung memang menyeksakan, sehingga ...

[t17j14] Teh Tarik Session dan rumah Desa Mentari mula disewakan

Imej
Tedi baru terjaga dari lena setelah semalam terlelap awal kerana rasa mengantuk yang amat. Pagi ni terjaga dengan niat nak belajar pasal DOJO Toolkit sikit. Tetapi memandangkan interpretZZ ni sudah lama tidak dikemaskini, Tedi terpanggil untuk mencatat aktiviti pada hari ini sebagai satu memoir. CEO ajak Master minum teh tarik Sumber gambar:  kevin's teh tarik. (AhmadDundee, Oct 2016)   Petang semalam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Master bekerja telah mengajak beliau menghadiri satu sesi minum teh tarik dan makan sandwich . Mereka membincangkan tentang impian dunia tanpa tunai di Malaysia dan dunia. Rupa-rupanya sesi itu adalah satu sesi untuk kakitangan syarikat itu yang akan dipindahkan ke sebuah syarikat baru. Masih tiada bayangan bagaimana anak syarikat baru itu akan beroperasi, dan tidak juga Master tahu bila masanya dia akan bertugas di tempat baru. Rumah sewa sudah ada penyewa Semalam juga pada jam 8 malam, calon penyewa rumah sewa Mommy di Desa Ment...

Belarus buang 4 kosong daripada matawang Ruble

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Belarus telah membuang empat angka kosong daripada mata wang ruble , mengubah semula nilai mata wang negara itu untuk kali ketiga sejak 1992. Nilai baru 1 Belarusian Ruble adalah bersamaan dengan 10000 Belarusian Ruble lama. Keputusan itu diumumkan pada tahun lepas lagi apabila Belarus dilanda krisis ekonomi yang memaksa negara itu mengurangkan nilai rasmi mata wang berbanding mata wang dunia yang lain. Perubahan mata wang ini bertujuan untuk menyederhanakan transaksi kewangan, mengurangkan kos pencetakan wang, dan meningkatkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap mata wang ruble . ~20160701~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t12i15] Diari Kembara Phuket

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kenangan di Phuket] Gems Gallery Phuket Gems Gallery Phuket Bijak sungguh orang Thailand dibawanya kami melawat Gems Gallery (Galeri Permata) di Phuket ini. Kaum wanita rambang mata melihat perhiasan di sana, hasilnya Mummy telah membeli sebentuk cincin Amethyst. Jika diterjemah namanya ialah Batu Kecubung yang mana tidak pernah Tedi mendengarkannya.   Gambar peserta rombongan sedang menunggu dijemput van pelancong selepas membeli-belah di Gems Gallery Phuket. # Saturday, 15 September 2012, 14:41 # kamera Canon EOS 500D # gambar _MG_4840 # lokasi: Gems Gallery Phuket Co., Ltd. ( https://goo.gl/maps/ctxKSZL8Uwd3r3tQ7 ) # Resit pembelian cincin Amethyst oleh Mummy di Gems Gallery Phuket bernilai 2400 baht. # DATE 15/09/2012 JOB NO. 0227 42 AF MASTER FORM INDUSTRY CO.LTD. TEL 0-2183-5777 (AUTO) FAX 0-2183-5778 NAME OF PASSPORT/ID/DL. ADDRESS COUNTRY HOTEL ROOM 02115 CREDIT CARD ...

[t14k10] Dunlop... Power... dan Prokennex

Imej
Tebus SmartTAG menggunakan kredit Maybank Semalam kami ke One Utama untuk tebus SmartTAG menggunakan mata ganjaran Maybank. Sejurus keluar dari Maybank, Master ternampak kedai Studio R , sebuah kedai peralatan sukan. Master yang memang sedang mencari kedai badminton  kerana mahu belikan towelling grip  untuk raket badminton beliau terus membawa kami singgah di sana walaupun nama kedai Studio R itu tiada iras-iras nama kedai badminton . Malangnya tiada towelling grip  sebaliknya cuma ada grip yang biasa. Master mahu gunakan towelling grip  kerana mahu tiru Taufik Hidayat , bezanya Taufik Hidayat guna barangan mahal manakala Master cari yang murah-murah sahaja. Tak jumpa towelling grip , Master mula perhatikan semua kasut di sana. Ternyata kasutnya murah-murah dan kasut badminton punyalah banyak! Power Vapor D 214, RM 80.   Walaupun Master sudah punyai kasut Power Vapor D 214 yang dibeli sebelum ini di Kedai Kasut BATA di Tesco Bandar Baru Nilai , beliau bercada...

[T21I06] Cara Pilih Raket Badminton

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Assalamu'alaikum semua, Tedi harapkan anda sihat-sihat sahaja. Sudah lama tidak bermain badminton sejak rakyat Malaysia disekat pergerakan mereka dalam usaha membendung penularan Covid-19 melalui beberapa versi Perintah Kawalan Pergerakan. Tetapi hari ini Tedi akan menjawab satu pertanyaan pembaca iaitu apakah cara pilih raket badminton? Kalian boleh juga baca kiriman sebelum ini iaitu  Review Raket Pernah Saya Guna , dan Cari raket Voltric di Sports Direct Subang Jaya . Tedi faham untuk memilih satu raket badminton yang sesuai terutama kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan sukan badminton ini agak memeningkan kepala. Pening kepala sama ada tengok harga raket tu sendiri sama ada berbaloi untuk dibeli atau apabila murah kenapa murah? Nak cuba raket di kedai itu satu masalah pula terutama yang berantai. Lagipun setakat hayun-hayun kosong di kedai itu mana nak tahu...

[t10g31] Web: Selamat Tinggal Hotmail, Selamat Datang Outlook.com

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Outlook.com daripada Microsoft. Mel berasaskan web ini merupakan pertaruhan terbaru Microsoft untuk menafikan penguasaan Google Mail. Outlook.com menggantikan Hotmail.com, namun masih ada pilihan untuk bertukar di antara 2 web-mail tersebut. Secara keseluruhan, Outlook.com mewarisi banyak ciri-ciri Hotmail, di mana ciri-ciri pada Hotmail itu mungkin merupakan asas penyelidikan dan pembangunan mereka. Berasaskan antaramuka Metro, web-mail ini semakin ringkas dan ringan. Menu mini pada setiap email   Pilihan untuk mengosongkan kotak mel anda.   Kekal dengan 3-tingkap, cuma di bahagian kanan yang selalu diisi dengan iklan kini diganti dengan alatan untuk berhubung melalui media sosial.   Cara baru mengurus hubungan. http://www.zdnet.com/goodbye-hotmail-hello-outlook-com_p2-7000001893/ ~31 Julai 2010, 20100731~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya...

Prev Next

Popular