Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

[t23h30] Ikan Tak Gatal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kali ini Tedi ingin berkongsi dengan anda mengenai "ikan tak gatal". Karangan ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang sejenis ikan yang tidak mempunyai saraf gatal dan bagaimana ia boleh bertahan hidup di alam laut. Ikan tak gatal adalah nama umum bagi ikan dari famili Ophidiidae , yang terdiri daripada lebih 300 spesies . Ikan ini mempunyai bentuk badan yang panjang dan ramping , seperti ular, dan kebanyakan daripada mereka hidup di dasar laut . Ikan tak gatal tidak mempunyai sisik , tetapi kulitnya dilindungi oleh lendir yang mengandungi bahan kimia yang boleh menolak parasit dan bakteria . Ikan tak gatal tidak mempunyai saraf gatal kerana ia tidak perlu menggaru kulitnya untuk menghilangkan parasit atau bakteria . Ia juga tidak perlu bimbang tentang pemangsa yang akan menyerangnya kerana ia boleh menyembunyikan diri di celah-celah batu atau pasir . Ikan tak gat...

[t13g25] Politik Tedi: Kan betul BN menang PRK Kuala Besut.

Imej
Tedi dah agak dah yang BN akan menang punya. Sebelum ni Tedi dah cakap (taip) yang BN akan menang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut (N01) . Ternyata telahan Tedi itu betul, hehehe. Boleh agak dah pola pengundian di Malaysia ni, asalkan PRK jer , mesti nak setara dengan Kerajaan Persekutuan. Kalau kubu kuat pembangkang pun, Tedi rasa boleh goyah dibuatnya. Tengku Zaihan Che Ku Rahman (BN) - 8,288 undi. Azlan Yusof (PAS) - 5,696 undi. Majoriti - 2,592 undi. ASTRO Awani: 79.78 per cent cast votes in Kuala Besut. Kini Kuala Besut akan kembali aman dan mungkin kembali sepi. Tunggu saja janji-janji pilihanraya itu dilaksanakan. Beruntung rakyat Kuala Besut, giliran siapa selepas ini? Wakil rakyat sepatutnya menginsafi Kuala Besut dengan mesej, "Bila-bila masa boleh mati, bekerjalah dengan baik."   Nampak gayanya, bolehlah Tedi teruskan jadi penganalisis politik lepas ni, kan? Baru sekali je serkap jarang mengena dah nak berlagak, lol. Mengenai pilihanraya ni, Tedi geli...

[t23h29] Jenama Lampu LED

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Lampu LED mula memainkan peranan penting dalam hidup kami sekeluarga apabila Master mula mencari mentol atau lampu cekap tenaga untuk menggantikan mentol-mentol lama di rumah kami. Demi mencapai hasrat murni Master itu Tedi membantu beliau untuk senaraikan jenama-jenama lampu LED di dunia. Jenama lampu LED ini disusun mengikut susunan huruf. Jenama yang ditebalkan adalah jenama yang pernah Tedi ketemui. Acuity Brands (USA) Cree (USA) Eaton (USA) EcoSmart (USA) Everlight Electronics (Taiwan) FSL (China) Feit Electric (USA) GE Lighting (USA) Lumileds (USA) Lumitronix (USA) MLS (China) Opple (China) Osram (Germany) Panasonic (Japan) Philips (Netherlands) Samsung (South Korea) Seoul Semiconductor (South Korea) Sylvania (USA) TCP (USA) Westinghouse (USA) Zumtobel Group (Austria) Lampu LED bermaksud 1 set lampu LED atau juga hanya mentol LED. Mentol LED yang kami beli selalunya berbentu...

Kolaj Terkini Aina (Highlights of Aina)

Imej
 Kolaj terkini Aina adalah kiriman yang berkongsi koleksi kolaj yang dijana secara automatik dan dicadangkan oleh Google Assistant menggunakan tajuk Highlights of Aina. Dijana pada 28 Jul 2019 oleh Google Assistant # IMG_20190629_165634-COLLAGE # Sony G3226 Bermain di laman semasa temani Mummy berpantang | makan roti cheese cicah air suam | tengok kapal terbang mendarat | panaskan enjin kereta mak long | makan kek di Secret Recipe BB Nilai semasa Aidan berumur 60 hari | temani Master tukar minyak gear manual kereta Proton Persona | pergi open house rumah kawan Mummy di Kota Bharu Kelantan. Hari Rabu nanti Master akan pergi ke satu sesi temuduga. Diminta kawan-kawan doakan keberhasilan yang baik-baik untuk agama dan keluarga kami ya. 26 Apr 2019 12:36 # DSC_7184-COLLAGE # Xiaomi Redmi Note 5A # Di Nando's Chicken Nilai # Cuba baju raya kanak-kanak # Minum air susu kotak di taman permainan # Di kenduri kahwin kawan Mummy # Di Suneeta Seafood # Duduk dalam bakul kain sambil berangan m...

[t23g10] Menyampah dengan Tuan Anas Mikael 5 hari beraya

Imej
Hari ini tertonton salah satu episod Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya . Drama bersiri Tuan Anas Mikael ni bukanlah kegemaran Tedi, tapi makcik yang jadi mak kepada Cik Ayu Maisarah tu comel dan kelakar. Lagi-lagi kalau dia gaduh dengan anak gadis dia. Memang gembira je tengok perbalahan anak-beranak tu. Tapi untuk sekuel raya ni Tedi rasa menyampah, bukan sebab ceritanya tapi disebabkan barisan pelakon tambahan dalam drama ini. Bukan seorang, ada dua orang pula tu! Seorang pelakon tambahan wanita yang menamakan diri beliau Erra Fazira dan seorang lagi pelakon tambahan lelaki yang menamakan dirinya Hans Isaac . Erra Fazira tidak berapa Tedi gemari sebab mulut dia cabul semasa dia menjanda dulu, komen sesuka hati mentang-mentanglah dia diva. Hans Isaac pun sama juga mulut seperti tiada insurans, tapi Tedi tak berapa ingatlah pasal dia, not worth it , kata omputeh. Boleh dikatakan Tedi memang akan  banned rancangan TV seperti drama yang dibintangi artis-artis yang Tedi banned diseb...

[t23h08] Durian Kampung dari Kelantan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tok Abah ada tanah yang ada ditanam pokok durian kampung. Kadangkala Tok Abah akan kirim durian melalui perkhidmatan kiriman untuk cucunya si Aidan yang memang hantu durian. Demam-demam pun dia boleh lagi makan durian. Aidan bergembira membuka bungkusan yang dikirim Tok Abah dari Kelantan berupa durian kampung. # Tuesday, 8 August 2023, 14:39 # 20230808 # kamera: OPPO Reno8 Pro 5G # gambar: IMG20230808143934 # Lokasi: rumah BBST # Inilah bungkusan yang diterima melalui perkhidmatan kiriman segera iaitu durian kampung dibungkus dalam kain batik dimasukkan ke dalam kotak polisterin dan diwangikan dengan daun pandan. Tapi bagi Tedi kaedah sebetulnya ialah gunakan arang kerana karbon menyerap bau. Tetapi karbon pada arang tidak sebagus karbon aktif yang dikhususkan untuk menyerap bau. # Tuesday, 8 August 2023, 14:37 # Kamera: OPPO Reno8 Pro 5G # Gambar: IMG20230808143736 # Lokasi: Rum...

Maklumat peribadi 150000 pengguna Muslim Match bocor

Imej
Maklumat peribadi 150,000 pengguna dan 7,000,000 mesej peribadi di antara ahli Muslim Match dilaporkan telah dikirim ke dalam internet setelah laman temujanji (dating)  itu didakwa telah digodam ( hack ). Laman web Muslim Match mengeluarkan kenyataan yang berbunyi,  "Kami telah dimaklumkan mengenai dakwaan kebocoran keselamatan dan kami sedang memeriksa sistem kami di samping memperbaiki keadaan dan mengetatkan tahap keselamatan sistem kami". Di antara maklumat yang dibocorkan saperti yang ditemui oleh penyelidik keselamatan Tory Hunt ialah nama, alamat email, majikan, status perkahwinan, status muallaf, pengawal Skype, dan lokasi. Syarikat pengelola laman carian jodoh tersebut memaklumkan bahawa operasi laman web itu akan ditutup sehingga bulan puasa (Ramadhan). Tidak dapat dipastikan bagaimana laman tersebut telah digodam, tetapi berdasarkan kepada kelemahan tahap keselamatan laman web temujanji tersebut, punca kebocoran maklumat itu mungkin disebabkan oleh suntikan SQL. Ta...

Masalah Wakaf dan Hukum Faraid

Imej
Bapa saudara saya ada membeli sebidang tanah. Saya memohon skim Rumah Mesra Rakyat atas namanya tetapi bayaran bulanan rumah tersebut dibayar sepenuhnya oleh saya. Dia dan saya merancang untuk mewakafkan tanah dan rumah tersebut jika dia, isterinya atau saya meninggal dunia nanti. Saya tidak berminat memiliki rumah dan tanah itu. Jika bapa saudara membuat wasiat mewakafkan tanah tersebut, apakah ia salah dari segi hukum faraid? Bagaimanakah wasiat dapat dibuat bagi memudahkan hasrat bapa saudara dan saya untuk mewakafkan tanah dan rumah itu?  - Anak Saudara, Kedah. Ustaz Kazim Elias:  Dalam hal ini, anda perlu memerhatikan dari sudut berbuat kebaikan atau ihsan. Tanah adalah milik bapa saudara anda dan ini bermakna jika dia meninggal dunia, maka anak dan isterinya berhak mendapat pusakanya termasuklah tanah tersebut. Jika dia ingin mewakafkan tanah tersebut kepada pihak lain maka hendaklah dilihat dari sudut wasiat iaitu tidak boleh mewasiat harta kepada pihak lain melebihi sa...

[t17k30] Formasi 5-3-2 dan 4-2-4 Watford kalahkan formasi 4-4-2 NUFC

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Karangan kali ini adalah mengenai formasi bolasepak dengan fokus kepada kekalahan terakhir pasukan Newcastle United kepada pasukan Watford. Pasukan Newcastle United Football Club telah mengubah formasi mereka daripada formasi 4-2-3-1 kepada formasi 4-4-2. Mungkin ini adalah satu taktik untuk mendapatkan lebih banyak gol. Pasukan Watford pula menggunakan formasi bertahan 5-3-2 di mana lapan orang pemain mereka bertahan di hadapan gol. Keadaan ini jelas membantutkan serangan Newcastle United.   Apabila Watford mendapat bola melalui pertahanan mereka, serangan balas terus dilakukan melalui hantaran bola jarak jauh. Kebanyakan serangan Watford adalah melalui bahagian sayap kiri mereka menembusi pertahanan kanan Newcastle United Football Club sebab pemain pertahanan kanan the Magpies iaitu Yedlin suka naik ke atas menyerang. Tabiat ini disedari pengurus Watford lal...

Semua Orang (Tedi kembali)

Imej
Tadi Tedi terdengar sebuah lagu berjudul Everybody oleh Backstreet Boy (Budak Lelaki Jalan Belakang).  Mari Tedi hancurkan lirik lagu itu... hehehe Semua orang... yeah... Keraskan badan... yeah... Tedi kembali... bagus! Sumber:  kufufu.webs.com: Daesung Teddy ... Oh Tuhan! Tedi kembali! Abang, kakak, semua menyanyi... Akan Tedi bawa rencah, tunjukkan bagaimana... Tedi ada soalan, baik jawab cepat... yeah Adakah Tedi ini asli? Yeah Adakah Tedi ini seekor? Yeah Adakah Tedi ini seksual? Krik krik krik   Adakah Tedi yang manusia perlukan? Baik keraskan badan sekarang ... Sekarang angkat dan hayunkan tangan di udara Lambaikan seperti kalian tak kisah apa Jika nak adakan jamuan, sila dengarkan suara anda Kerana Tedi akan teruskan, terus adakan. Jadi semua manusia, di mana sahaja Jangan takut Tedi akan maklumkan seantero dunia, biar semua faham Selagi ada muzik, Tedi akan kembali   Sedap tak lirik Tedi tu? Hehehehe

[t20f16] Travelog Bukit Malawati

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Singgah makan tengahari di MEDAN SELERA DATARAN MALAWATI. Ada juga kemudahan SURAU dan TANDAS di sini. # Friday, 26 June 2020, 14:14 # 20200616 # Kamera: SONY ILCE-5000 # Gambar: DSC09414 # Lokasi: https://goo.gl/maps/DeB6JPyc1XyA9nCbA  # Selepas turun dari Bukit Malawati kami pusing-pusing di sekitar Dataran Malawati untuk merakam gambar tanda kenangan pernah sampai di sana. Mercu tanda Dataran Malawati bersama ikon traktor. # Friday, 26 June 2020, 15:49 # 20200626 # kamera SONY ILCE-5000 # gambar DSC09497 # KS 370, Dataran Kuala Selangor, Jalan Raja Lumu, Kampung Telok Piai, 45000 Kuala Selangor, Selangor # https://goo.gl/maps/JNCpgC7FKLpm1TPa9  # ~20200616 ~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Prev Next

Popular