Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

[t15c28] Hari Pertama di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Koleksi gambar pada hari pertama kami berada di Taman Negara Kuala Tahan untuk Teambuilding GIT jabatan IT pejabat Mummy. Agak menarik kerana keluarga juga boleh menyertai rombongan Teambuilding ni. Kami menaiki bas dari pejabat Mummy di Menara TM dan tiba sekitar jam 2 petang. Aktiviti kami pada hari ini ialah daftar masuk bilik dan bersiar-siar di sekitar kawasan kampung. Aktiviti pada malam ini pula adalah mengembara masuk ke dalam hutan Taman Negara. Gambar papan tanda kedai di Taman Negara Kuala Tahan semasa kami tumpang berteduh dari hujan # 3rd Hostel, Askhasyara Enterprise, No: 3 Kedai JKKK Fasal 2, Taman Negara Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang, Malaysia # Saturday, 28 March 2015, 18:47 # 20150328 # 20150328C Taman Negara (78).JPG # Canon EOS 500D # Xcape Resort @ Taman Negara dari jauh berlatarbelakangkan kabus dari hutan dan bukit di ketika kami berjalan kaki...

[t13e12] Gambar di sekitar Teriang / Triang di Pahang di Malaysia

Imej
  Teriang atau Triang, Tedi tak pasti mana satu ejaan yang betul, adalah pekan (ataupun mungkin bandar) terhampir dengan Felda Sungai Lui Negeri Sembilan, walaupun ia terletak dalam negeri jiran iaitu Pahang Darul Makmur. Memandangkan ia pekan, maka Teriang mempunyai kemudahan yang kadangkala diperlukan penduduk di kawasan luar bandar. Kami kadangkala ke Teriang untuk menggunakan kemudahan itu. Ini adalah koleksi gambar di sekitar Teriang yang sempat Tedi masukkan. Bas Bahau Liner Medan Selera Triang Pasar Awam Triang Triang adalah ejaan sebenar? Terminal Bas dan Teksi Triang   Bas Bahau Liner Gambar sebuah bas berwarna hijau dengan label Bahau Liner dan SKB dan Cuti-Cuti Malaysia. Gambar sebuah teksi lama bernombor pendaftaran CP 7514. Gambar sebuah motosikal.  SKB bermaksud Sistem Kenderaan Bumiputera.  Bahau Liner menghubungkan bandar Bahau di Negeri Sembilan dan bandar Teriang di negeri Pahang. Kekerapan bas ini pada masa dahulu adalah 1 jam 1 bas. # Sunday, 12 M...

Bermalam di Green Garden Hotel di Berastagi di Sumatera Utara di Indonesia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Setelah menaiki kereta agak lama juga akhirnya kami tiba di Berastagi. Penginapan kami pada malam ini ialah di Green Garden Hotel. Sampai sahaja di Green Garden Hotel Berastagi kami terus daftar masuk bilik. Badan kami sudah lesu ketika itu kerana lama berada dalam kereta. Jarak perjalanan tidak jauh jika diteliti semula, tetapi keadaan jalan menjadikan perjalanan kami menjadi lama. Insha Allah jika Tedi sempat mengkaji, Tedi akan sertakan peta perjalanan kami. Pemandu pelancong kami sempat menyatakan bahawa maksud Berastagi ialah "beras tak ada lagi" atauk maksudnya sudah kehabisan bekalan beras. Tak tahulah jika pemandu pelancong kami tu bergurau atau itu memang asal-usul nama tempat Berastagi ini? Suasana di Berastagi memang sejuk, tidak memerlukan pendingin hawa untuk menyejukkan bilik. Apabila masuk sahaja ke dalam bilik di Green Garden Hotel ni Master terus berselubung dengan selimut di atas katil. Master memang alah dengan ...

[t13k18] Petani Kenya kejar dan tangkap Cheetah dengan hanya berlari!

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Wow! Sekarang rakyat Malaysia harus sedar kenapa Kenya punyai ramai jaguh marathon! Selama ini (dan mungkin untuk selamanya) manusia menyangka mereka akan sentiasa kalah apabila berlumba lari dengan Cheetah yang terkenal dengan kepantasan mereka. Akhirnya buku bertemu ruas, Sang Cheetah yang dikenali dengan kepantasan mereka berlari berjaya dikejar dan ditangkap hidup-hidup oleh petani di Kenya. Namun semua itu berubah apabila seorang petani bernama Nur Osman Hassan, seorang petani dari Wajir di timur laut Kenya, berasa bosan dengan kes serangan Cheetah ke atas kambing ternakannya. Tidak mahu menggunakan senapang, sebaliknya pakcik itu mengumpulkan 3 rakannya dan mereka mengejar pemangsa ternakan mereka dengan berlari dalam cuaca panas siang. Saja je pakcik tu tunggu sehingga cuaca betul-betul panas dengan harapan Cheetah itu akan keletihan dan taktik mereka berjaya. Syabas k...

[t13e21] Staff AmBank Amcorp Mall yang sungguh bongkak

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Master pergi ke AmBank di Amcorp Mall untuk bayar pinjaman kereta. Selalunya Master bayar di kaunter AmBank Kompleks Azman Hashim . eforericyong: Banks increase interest rates & how will it affect you. Lengang, takder orang! Giliran Master pun tiba. "Ye encik, ada apa?" "Saya nak bayar loan  kereta.", jawab Master. "Bayar di ATM luar sana. Senang je. Sekejap je.", jawab staf lelaki tersebut. Hek eleh, bongkak sungguh. Selalu Master bayar di kaunter relax jer , dah la ayat pun entah hapa-hapa. Bukannya ada orang pun. "Sila bayar di ATM!", kata pakcik2 ni. Takderla, gurau jer, pakcik2 ni jadi model ATM jer. Takde kena-mengena dengan cerita ni. Cerita sebenar mereka adalah " mybroadbandnews: AmBank wins award for its wireless ATM services " Master tak bayar di ATM sebab baki hutang tak dipaparkan. Selalunya kalau Master bayar d...

[t14e03] Kasihan Singa Biru

Imej
Baru saja sampai rumah... Lewat sedikit sebab Master ada kerja perlu diselesaikan. Itupun nasib baik Master tak siapkan kerjanya disebabkan lampu pejabatnya asyik tertutup setiap 15 minit. Sudahlah Master tinggal seorang diri! Teknologi moden memang mengerikan. Tedi pun dah keletihan ni, seharian belajar di sekolah, memang letihlah. Mommy pun keletihan juga sebab dia ke Jalan Tunku Abdul Rahman usai bekerja dek kerana mencari baju yang sesuai dipakai semasa kenduri kahwin Mak Lang Yan nanti. Keesokan hari kami akan bergerak ke kampung halaman Master di Negeri Sembilan untuk menghantar barang-barang kahwin. Penuhlah kereta nanti ni, tambahan pula ada 2 comforter yang perlu dibawa bersama.   2 biji comforter untuk dihantar ke kampung di Sungai Lui. Salah satunya dibeli di jualan gudang Metrojaya di Pusat Konvensyen TM (TM Convention Center), yang bawah tu. Dua-duanya warna ungu sebagai memenuhi tema kenduri nanti. Takziah! Owh, kepada para peminat Singa Biru (Chelse...

[t17a25] 1 liter minyak petrol berapa kilometer?

Imej
Ini adalah satu soalan yang subjektif kerana jawapannya akan mengikut kenderaan yang manusia gunakan. Tedi boleh menjawab soalan ini mengikut pengalaman kami menggunakan dua buah kenderaan iaitu Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual dan Subaru XV STI Transmisi Automatik Lineartronic. Proton SAGA BLM 1.3 IAFM MT 2009 Sudah lama Tedi tidak kemaskini catatan rekod penggunaan petrol untuk Proton SAGA BLM ni, jadi Tedi akan jawab ikut pengalaman lalu yang dicatatkan dalam kiriman lepas-lepas-lepas iaitu Penggunaan Purata Petrol Proton SAGA BLM ,  Prestasi Merosot ,   dan Rekod Penggunaan Bahan Api . Proton SAGA kami manggunakan minimum 5.9 liter petrol untuk setiap 100 kilometer, dan maksimum 7.1 liter petrol per 100 kilometer. Itu bermakna dengan 1 liter minyak petrol, jarak yang boleh dicapai oleh Proton SAGA BLM ialah di antara 14 kilometer hingga 16.95 kilometer. Secara puratanya 1 liter minyak petrol bersamaan 15.475 KM (kilometer). Subaru XV STI 2.0 2015 Seperti yang ...

[t18l14] Lebih Tegang Tak Semestinya Lebih Kuat

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Itulah kata-kata Master kepada beberapa budak-budak yang ikut bermain badminton bersamanya pada malam itu. Kanak-kanak anak-anak jiran Master sibuk berkata kepadanya nak tukar tali raket badminton mereka supaya lebih tegang. Tapi Master kata, tidak semestinya pukulan bulu tangkis akan jadi lebih kuat jika kita gunakan tali badminton yang lebih tegang. Jika kita adalah pemain badminton biasa-biasa, tali badminton yang kurang tegang adalah lebih baik kerana ia akan bertindak sebagai spring yang melantunkan semula bulu tangkis, sekaligus membantu menjadikan pukulan kita lebih kuat atau laju semasa bermain badminton. Tetapi jika kita adalah pemain badminton yang hebat, dan mempunyai kekuatan pergelangan tangan yang hebat juga, maka kita boleh gunakan penyesuaian tali raket badminton yang lebih tegang. Apabila ditanya apakah logiknya tali tegang tak hasilkan pukulan lebih laju? Master ...

[t18l13] Aina dan Roti Canai; Tengok Air Pancut Menara TM

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 13 Disember 2018 22:15, Khamis Animasi Aina sibuk nak makan roti canai Xiaomi Redmi Note 5A Salah satu makanan kegemaran Nor Aina ialah roti kosong atau roti canai biasa. Aina boleh makan roti canai tu sendiri sahaja tanpa disuap. Dia selalunya akan menyibuk apabila Master nak makan roti canai kosong. Ketika ini Aina baru berumur 1 tahun 9 bulan 22 hari. Melihat Air Pancut di Menara TM 13 Disember 2018, 20:39, Khamis Aina sedang memerhatikan air pancut di Menara TM. Xiaomi Redmi Note 5A  Jika kawan-kawan perasan, Aina makan roti canai tu pada jam 10 malam. Kami balik lewat sebab tunggu Mommy habis kerja, dan semasa tunggu Mommy tu, Master sempat bawa Aina jalan-jalan tengok air pancut di sekitar Menara TM. Aina macam biasa pantang nampak air nak terjun masuk dalam kolam selain nak sentuh air tu, tapi Master tak bagi dia sentuh walaupun setitis air pancut tu sebab air pancut ka...

[t21e07] Jenis-jenis Kereta

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kadangkala baca pasal kereta ini memang memeningkan kerana ada istilah yang tidak berapa difahami. Jadi Tedi akan kaji dan rekodkan di sini: Coupe Hatchback Sedan / Saloon Coupe Coupe atau coupé adalah kereta penumpang dengan garis atap belakang yang landai atau terpotong dan hanya mempunyai dua pintu. Istilah coupe pertama kali digunakan untuk kereta kuda untuk dua penumpang tanpa tempat duduk menghadap belakang. Ia berasal dari terjemahan Perancis "cut". [ Coupe - Wikipedia ] Walaupun hanya 2 pintu tetapi kereta coupe boleh juga mempunyai tempat duduk belakang. Bahagian kargo dipisahkan dari bahagian penumpang. Rekaan  coupe ini selalunya dipakai pada kereta mewah dan  sport . Hatchback Hatchback kalau diikutkan adalah jenis kereta yang hanya ada 2 bahagian iaitu bahagian enjin dan bahagian penumpang . Bahagian kargo berkongsi dengan bahagian penumpang. ...

[t11l11] Sehari di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hari ini merupakan hari yang berbahagia buat aunty Yati dan pasangannya kerana hari ini hari perkahwinan mereka. Kenduri diadakan di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur. Sambil makan kenduri kita boleh pergi jalan-jalan beriadah di Tasik Titiwangsa ini. Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga ke Tasik Titiwangsa, sebagai keluarga, kalau sebagai orang bujang tu mungkin dah banyak kali sebab Master dulu selalu berlari-lari anak di sekitar Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini. Maka, silalah layan koleksi gambar di bawah ya... Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa Antara hiasan yang ada termasuklah sampan kayu dan peralatan nelayan tradisional seperti lampu minyak tanah, bubu,jaring dan lain-lain # Sunday, 11 December 2011, 13:53 # 20111211-kenduri-yati-TM (9).JPG # Canon EOS 500D #   Gambar ke-14 adalah gambar plak perasmian Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa yang menceritakan siapakah yang merasmikan pe...

[t18e01] Duit Siam

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Hari ni terasa nak menjelajah dunia maya mencari kisah silam pasal duit siam, tapi tak tahulah sama ada penjelajahan maya ini akan berhasil atau tidak... Mungkin kawan-kawan hairan kerana apa Tedi agak mencurigai hasil penjelajahan ini?  Gambar di bawah ini adalah salah satu contohnya... yang keluar ialah gambar duit Thailand. Ia tidak salah kerana Thailand adalah Siam. Cuma nama modennya sahaja telah ditukar kepada Thailand.   "Nak tukar duit RM kepada THB semua rate mahal. Nasihat saya tak payahlah tukar duit di lapangan terbang sebab mahal. Baik tukar di tempat lain." Komen penulis mengenai Duit Siam tukar Duit Malaysia dalam tulisannya Diari Si Ketam Batu: Trip ke Krabi 2013   Kakak Senyum Semut ni kata dia tukar duit Malaysia kepada Thailand sebanyak MYR 306 kepada THB 3000. Erm... nampaknya duit Malaysia dah jatuh pada masa itu. Tak pun kakak ni tukar den...

[t23a20] Kuaci Bunga dengan Halal JAKIM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master suka makan kuaci dan satu permasalahan ketika nak beli kuaci ini adalah logo halal yang digunakan pelik-pelik. Boleh dikatakan memang tak jumpalah logo HALAL JAKIM digunakan. Lepas tu apabila kita nak semak guna portal HALAL JAKIM macam perlahan dan tak mesra pengguna, maka Tedi senaraikanlah di sini untuk rujukan kami pada masa depan.  Produk kuaci bunga yang mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM ialah: Jenama  Produk  Nama Syarikat   Tamat Tempoh ALIBA  KUACI BUNGA MATAHARI / SUNFLOWER SEED  YEW CHIAN HAW (M) SDN BHD    15/07/2023  BRAND SEAL KUACIMAS   ROASTED SUNFLOWER SEED (KUACI)   TANG SOON LAI TRADING    30/04/2023 CHACHEER  KUACI BUAH BUNGA MATAHARI (Perasa Karamel, Kelapa, Krim, Garam Laut, Wangi, Masin dan Wangi)   CHACHEER (MALAYSIA) SDN BHD ...

Kerja Kosong di sekeliling Tedi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Berikut adalah iklan-iklan kerja kosong yang Tedi sempat snap semasa berjalan-jalan. Kiriman ini akan sentiasa Tedi kemaskini dengan iklan terbaru yang Tedi nampak dan akan dipadam iklan-iklan lama jika Tedi rasa dah tak berguna. Teks akan Tedi cuba kekalkan seperti mana dalam iklan untuk menjamin keasliannya, hehe. Iklan ni seperti yang Tedi snap, untuk sahkan sila ambil inisiatif sendiri ya. Akhir kata semoga memperolehi pekerjaan yang baik untuk kemaslahatan dunia akhirat. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang mencari rezeki dengan cara yang halal. Common Sense , AEON Mall Nilai, 2023 SKECHERS AEON Mall Nilai, 2023 Verns AEON Mall Nilai, 20220612 Jawatan kosong di D'ezyan Collections Bangi Gateway Kerja kosong di Pets WONDERLAND Bangi, 20220423 Jawatan Kosong Mafia , Bandar Baru Salak Tinggi, 20210829 MR D.I.Y Vacancy, Bangi Gateway, 20210501 Gurume Vacancy, EVO Mall Bangi, 20210429 Job Vacancy Himawari , Malakat Mal...

Prev Next

Popular