Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

[t19i13] Mummy bawa Aidan ambil pelalian 3 bulan

Imej
Mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan Salak berdua sahaja. Nasib baik Aidan duduk dengan baik dalam car seat. Master ada team building di Melaka . Temujanji ini adalah untuk suntikan 3 bulan Aidan, tidak boleh ditangguhkan lagi kerana Aidan dah nak masuk 4 bulan. Banyak cuti pada hari Isnin sedangkan giliran taman perumahan kami di Klinik Kesihatan Salak ialah pada hari Isnin sahaja. Nasib baiklah Mak Lang Yan sudi menjaga Aina di rumah. Umur Aidan pada masa ini ialah 3 bulan 15 hari. Mummy kata Aidan okay je dalam car seat, cuma dia akan menangis semasa kereta berhenti. # Friday, 13 September 2019, 15:25 # 201909131525 # DSC_9313 # Sony G3226 # 20190913

[t20e28] Projek PPA1M Presint 11 'indah khabar dari rupa'

Imej
Sedih membaca berita macam ni. Ia berlaku pada penjawat awam kerajaan Malaysia, dan ia berlaku di dalam kawasan pentadbiran Kerajaan Malaysia iaitu di Putrajaya. Bayangkanlah jika kakitangan kerajaan, di kawasan kerajaan pun ditindas sebegini, bagaimana pula dengan pembeli biasa di kawasan yang jauh daripada mata dan telinga kerajaan? Adakah ini bermakna pemaju yang sebangsat ini boleh sesuka hati mempermainkan para pembeli? Pemaju bangsat ini tentu sahaja bahagia kerana pihak bank akan tetap membuat bayaran kepada mereka manakala pembeli pula menanggung derita. Semuanya atas dasar kenyang perut sendiri. Semoga kerajaan akan bertindak tegas dan menghukum pemaju sebegini, barulah boleh bertahan lama sebagai sebuah kerajaan, apabila rakyat melihat yang salah dihukum dan yang tidak bersalah dilindungi. Bukan hanya politik, politik, politik... semua benda nak dipolemikkan sebagai isu politik, bukan atas dasar kepentingan rakyat. PUTRAJAYA: Bangunan projek perumahan Perumahan Penjawat Awam ...

[t13a11] Pergi lebih jauh (Tedi duduk sini jerr)

Imej
Tedi selalu dengar iklan Shell yang menyatakan pemanduan mengikut had laju boleh menjimatkan minyak. Tedi malas nak percaya kerana Tedi memang tak berapa nak percaya propaganda para penjual ni. Semua produk mereka adalah hebat... cit... Tedi: Master, selalu master gi keje pecut berapa KM/j? Master: Mengapakah Tedi bertanyakan soalan itu? Tedi: Saja Tedi tanya untuk merungkai beberapa persoalan yang bermain di minda. Master: Selalu 100KM/j jer, itu pun dalam area MEX. Tedi: MEX tu apa master? Master: Maju Expressway. Ada orang sebut Highway KL-Putrajaya... Kenapa Tedi sibuk nak tau? Tedi: sebab iklan tu kata kalau bawak ikut had laju boleh jimat. Master: owh, betul la tu. Tedi: ye ker Master? Master: ha'ah. Kalo bawak 90KM/J kat MEX tu kita boleh pergi lagi 21KM. Kalau bawak 110KM/J lak kita akan hilang dalam 18KM. Tedi: oooo.. betul la iklan tu ek? Master: erm, nampak gayanya la. Lagipun master check gitu-gitu jer. Master pun dah mengiyakan kebenaran iklan tersebut, maka ...

[t13f18] Akhirnya kubis Tedi dah bertunas...

Imej
Setelah lama menanti, akhirnya mimpi menjadi kenyataan. Ini adalah semaian Tedi yang ke-3. Tiga kali baru berjaya keluar tunas! Sedih sungguhlah nasibku ini, huhuhu. Mula dari Januari , bulan Jun baru dapat tengok kubis Tedi bertunas... Ini bermakna inilah sayuran kedua yang Tedi berjaya "menumbuhkannya". Bukanlah Tedi yang tumbuhkan, Allah subhanahu wa ta'ala juga yang tumbuhkannya, cuma Tedi nak ringkaskan kepada 1 perkataan mewakili usaha Tedi dalam melihat ia tumbuh. "Ringkas konon, last-last berjela." Shut up you! Sebelum ini Tedi berjaya melihat sebiji kacang botol berbuah . Itupun cuma 1 pokok sahaja yang menjalar daripada banyak-banyak benih yang Tedi tanam. Nasib baik 1 je, kalau banyak, macam boleh roboh pula pagar rumah Mommy tu. 8 hari juga Tedi menunggu kubis itu bertunas sehinggakan Tedi dah nak give-up. Nasib baik Tedi tak campak jer  pasu tu dalam longkang. Baru bertunas. Nampaknya mungkin ada banyak lagi cabaran di hadapan yang per...

[t11l18] Travelog Universal Studios Singapore

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Puss in Boots Tranformers The Ride Puss in Boots Mummy tidak melepaskan peluang bergambar dengan Puss in Boots. Watak sampingan dalam filem Shrek ini kemudian memiliki filemnya sendiri pada tahun 2011. # Sunday, 18 December 2011, 14:40 # NIKON CORPORATION NIKON D90 # IKCM-USS-111218-115.jpg # Universal Studios Singapore # <top> Tranformers The Ride Tak melepaskan peluang mencuba tarikan terbaru Transformers The Ride di mana kita menaiki satu kenderaan macam roller coaster kemudian mengalami aksi virtual reality seolah-olah kita dalam filem Transformers. Seronok tapi ramai sangat orang, lama menunggu untuk mengalami aksi beberapa minit. Kita adalah ahli NEST dan dalam misi melarikan diri menaiki kapal angkasa sementara diburu oleh pihak musuh iaitu Decepticon. # Sunday, 18 December 2011, 15:32 # OLYMPUS IMAGING CORP. E-P3 # PC180449.JPG # Gambar logo pada dind...

[t11a03] PERMOHONAN PERTUKARAN KOS PENTABIRAN DARI 3% KEPADA 1% (UJRAH)

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Alhamdulillah, hari ini Master menerima email daripada webmaster@ptptn.gov.my memaklumkan mengenai keberhasilan menukar bayaran pinjaman PTPTN daripada konvensional kepada konsep ujrah. Semoga dengan usaha sebegini dapat mengelakkan riba dan membantu Master melunaskan hutang beliau.   Tuan / Puan, Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian. Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata:- No KP:  Kata Laluan :  Sekian terima kasih. Lampiran: Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah. 20110103

[T20F26] Bermalam di Dorani Bayu Resort di Sungai Besar di Selangor di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Selesai sahaja melawat Bukit Melawati, kami meneruskan jalan-jalan PKPP kami dengan mencari tempat bermalam. Pada awalnya Mummy bercadang nak menginap di Sekinchan. Memandangkan kami hanya serbu sahaja dan tidak membuat tempahan awal, taqdir menemukan kami dengan Dorani Bayu Resort and Services yang terletak di Sungai Besar. Resort terapung di atas lautan Selat Melaka ini kami diami dengan harga RM 180 (satu ratus dan lapan puluh Ringgit Malaysia) iaitu kadar semalaman bagi chalet terapung dengan katil queen dan menghadap laut. Chalet lain di Dorani Bayu Resort ini ditawarkan dengan harga lebih rendah. Dorani Bayu Resort ni terletak bersebelahan dengan D'muara Ikan Bakar. Tedi pernah dengar nama kedai makan tersebut. D'muara Ikan Bakar adalah tempat makan terkenal bagi pencinta makanan laut, malahan di sini anda boleh juga bermalam di bilik yang disediakan. Gambar resort di atas lautan Selat Melaka # DORANI BAYU RESORT & SERVICES SD...

[t17h30] Singgah di POS Malaysia di Wakaf Bharu

Imej
Karangan kali ini adalah mengenai lawatan kami ke Pejabat POS Malaysia di Wakaf Bharu di negeri Kelantan Darul Naim. Tujuan Tedi ke sana adalah menemani Master untuk memperbaharui lesen memandu kelas D beliau yang telah tamat beberapa hari sebelum hari kejadian. Tedi menggunakan kamera telefon Honor 3C yang sudah kabur, maka hasil gambar ini tidak seberapa. Biarkanlah gambar berbicara. Nombor Giliran: 2099 Seperti biasa apabila masuk sahaja ke sana, Master kena ambil nombor giliran. Nombor giliran Master ialah 2099 dan pada masa itu nombor yang sedang dilayan ialah 2080, bermakna kami perlu menunggu 18 orang dilayan oleh POS Malaysia Wakaf Bharu sebelum tiba giliran kami. Pada masa itu jam menunjukkan pukul 11:18 pagi. Mungkin kami lambat sangat ke sana sehinggakan ramai sudah orang menunggu. Kaunter Gambar di bawah adalah gambar Kaunter Pelbagai (Multi Service Counter) di Pejabat POS Malaysia Wakaf Bharu. POS ArRahnu terdapat POS ArRahnu di Pejabat POS Malaysia wakaf Bhar...

[t11j09] Mummy's teambuilding di Taiping hari kedua

Imej
Hari ini adalah hari kedua Mommy sertai aktiviti bina pasukan (teambuilding) Telekom Malaysia bertempat di Taiping. Koleksi gambar untuk hari pertama boleh didapati dalam kiriman Tedi sebelum ini yang bertajuk " Panorama: Bandar Warisan Taiping, Perak " Gambar di bawah menunjukkan aktiviti luar (outdoor) yang Mommy sertai dalam aktiviti bina pasukan bermula sekitar jam 9 pagi. Gambar menunjukkan sebuah kereta mahal berwarna merah di hadapan papan tanda Zoo Taiping and Night Safari. Safari malam itu menawarkan pengalaman "pemandangan dan bunyi eksotik oleh hidupan liar di Malaysia" kepada para pengunjung. Tetapi kalau menurut komen beberapa pengunjung memang berbaloi untuk sertai safari malam di Taiping kerana pada waktu malam haiwan liar agak lebih aktif berbanding pada waktu siang. Gambar menunjukkan batu tanda hadiah taman permainan kanak-kanak daripada Battalion ke-2, Rejimen New Zealand pada tahun 1961. This play ground is presented to the children of ...

[t14d21] Selamat jalan Chrome dan Ad-Aware... selamat datang BitDefender.

Imej
Prestasi komputer riba Tedi semakin merudum dimamah usia. Hal ini menyebabkan Tedi memilih untuk membuang semua perisian yang Tedi tak berapa guna atau tak boleh gunakan. Kali ini Tedi memilih untuk membuang Google Chrome dan perisian antivirus Ad-Aware. Google Chrome dipilih kali ini kerana ia makan terlalu banyak memori di atas komputer yang perlahan. Sebelum ini pada komputer riba yang lebih berkuasa, Tedi memang lebih gemar gunakan Chrome kerana ciri-ciri yang ada padanya. Namun pada komputer yang tak berapa hebat, jelas ia mempengaruhi prestasi komputer riba Tedi ini. Ad-Aware yang sebelum ini Tedi pasang kerana dinobatkan sebagai antivirus percuma terbaik, terpaksa juga Tedi buang kerana ia menelan kuasa komputer Tedi ini, selain ada masalah kehilangan fail jenis .dll. Selepas membaca beberapa pendapat Tedi memilih BitDefender Antivirus Free Edition yang dikatakan sebagai antivirus percuma terbaik yang berupaya mengesan virus merbahaya dan juga tidak melahap kuasa ...

Prestasi Hafizh Syahrin buat Poncharal berang

Imej
Bos pasukan Tech 3 KTM, Herve Poncharal mengakui dia berang dengan prestasi Hafizh Syahrin pada MotoGP Argentina. Syharin mengalami detik sukar beralih daripada motosikal Yamaha M1 yang ditungganginya pada tahun lepas kepada motosikal KTM RC16 yang digunakan pada tahun ini, dibuktikan dengan penampilan buruk dalam aksi pertamanya menunggang motosikal KTM itu di MotoGP Qatar apabila Hafizh Syahrin bukan sahaja menduduki tempat terakhir, tetapi ditinggalkan sejauh 20 saat oleh pelumba di hadapannya. Detik 20 saat adalah satu tempoh yang sangat lama dalam perlumbaan motosikal MotoGP. Pelumba yang berasal dari Malaysia itu mengaku bahawa dia tidak yakin untuk memaksa motosikal KTM RC16 tersebut, menyebabkan Hafizh syahrin menduduki tempat terakhir dalam setiap sesi latihan di Argentina. Berkata kepada MotoGP.com ketika sesi latihan ketiga pada pagi Sabtu, Poncharal yang sebelum ini pernah mengkritik Hafizh Syahrin di Misano pada tahun lepas berkata, "Hafizh, ini adalah sesuatu yang su...

Kebaikan dan keburukan muzik ke atas otak

Imej
Muzik boleh merangsang pelbagai fungsi berbeza pada otak Jadi tidak hairanlah manusia boleh berasa gembira apabila mendengar lagu yang mereka suka, tetapi pada masa yang sama  lagu kegemaran manusia itu juga mampu membawa mereka mengimbau nostalgia. Ahli kaji neuro Amerika Syarikat telah menggunakan teknologi pengimbas pengimejan resonans magnetik untuk memetakan aktiviti otak 21 orang sukarelawan muda.   Subjek dipilih kerana mereka mendengar pelbagai jenis muzik termasuk rock, rap dan klasik. Kajian ini dilakukan dengan memainkan 6 buah lagu, iaitu 4 lagu ikon kepada setiap genre, 1 lagu yang asing kepada subjek, dan 1 lagu lagi adalah lagu kegemaran subjek. Saintis melihat corak aktiviti yang memberitahu sama ada subjek suka atau tidak dengan apa yang mereka dengari . Kalau Tedi dengar apa yang Tedi tak suka, tentu sahaja Tedi akan hantukkan kepala ke meja! Saintis juga mendapati terdapat satu tanda yang memberitahu lagu kegemaran mereka sedang dimainkan . Lagu yang disuka...

Untung sebelum zakat, cukai BIMB Holdings Bhd RM1.2 bilion

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd (BHB) (KLSE:BIMB) mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) RM1.2 bilion bagi tahun kewangan 2019, meningkat 13.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kedua-dua perniagaan perbankan Islam dan takaful masing-masing menunjukkan prestasi yang kukuh. Perolehan sesaham BHB meningkat 44.75 sen berbanding 40.36 sen pada tahun kewangan sebelumnya. Sepanjang tempoh dikaji, keuntungan bersih boleh diagih kepada pemegang saham meningkat sebanyak 15.4 peratus atau RM104.8 juta kepada RM786.9 juta. Pada 29 November 2019, Lembaga Pengarah BHB mengisytiharkan pembayaran dividen interim satu peringkat bernilai RM282.3 juta atau 16.0 sen bagi setiap saham biasa untuk tahun kewangan 2019. Daripada jumlah yang diisytiharkan, kira-kira 62.89 peratus atau RM177.8 juta telah diagihkan sebagai dividen tunai. Manakala, baki 37.11 peratus berjumlah RM104.4 juta telah diagihkan melalui Pelan Pelaburan Semula Dividen (DRP) pada kadar RM3.68 sesaham. Kumpulan Ban...

Taktik Melepaskan Naga

Imej
Hari ini Tedi mahu berbicara sekilas pandang mengenai satu taktikal perang dalam Clash of Clans Taktik Menyerang Menggunakan Naga Taktikal yang Tedi maksudkan ini adalah taktik berperang menggunakan naga. Naga adalah salah satu tentera dalam permainan Clash of Clans yang digeruni kerana kemampuannya membinasakan keseluruhan kota jika digunakan dengan betul. Malah jika strateginya betul ketika melepaskan naga semasa serangan, sudah cukup untuk memusnahkan musuh. Oleh sebab itu ramai pemain menyusun pertahanan kota mereka untuk menangkis serangan naga, selalunya menggunakan taktik umpanan untuk membuatkan naga berpusing mengelilingi kota, dan meletakkan pertahanan udara di tengah-tengah untuk membunuh naga. Jadi ramai pemain telah mencipta teknik serangan naga di mana objektif serangan adalah tertumpu kepada memusatkan serangan naga dan elakkan naga daripada berpecah ketika menyerang. Sekali naga berpecah maka peluang untuk menang adalah tipis. Tetapi tidak pula meletakkan naga be...

[t22j25] Hari ke-5 di Terengganu, bertolak balik ke Sepang, singgah di Marang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Singgah di Kampung Kijing, Marang, Terengganu Sudah lama tidak balik ke Terengganu maka kesempatan kali ini kami singgah sebentar di Kampung Kijing. Sebelum ini pernah beberapa kali cuba singgah tapi tidak kesampaian kerana beberapa cabaran seperti kesesakan teruk lalu lintas dan juga Aina dan Aidan muntah-muntah dalam perjalanan. Aidan sedang bermain dengan bayang-bayang semasa tumpang mandi di Kampung Kijing. Kebetulan ketika kami singgah lampu di bilik air itu rosak maka terpaksa gunakan lampu suluh. Aidan ambil kesempatan ini main bayang-bayang merubah rambutnya menjadi trojan dan juga menjadi tanduk. Lama jugalah dia berada dalam bilik air. Jam sudah menunjukkan pukul 8:41 malam pada masa ini. Kami akan terus pulang ke Sepang jadi lebih mudah jika budak-budak berdua ni siap mandi dan tukar baju dulu, tak perlu kami singgah di mana-mana dalam perjalanan. # Tuesday, 25 Oct...

[t08j24] Jamuan Raya TM

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Jika tidak silap, Master menghadiri jamuan Hari Raya TM ini ketika singgah di Menara TM selepas balik dari bekerja di UNIKL MIIT Kuala Lumpur. Pengacara Faizal Ismail dan Fara Fauzana yang dijemput mengacarakan majlis jamuan Hari Raya TM pada tahun ini. Mereka berdua adalah pengacara popular pada masa ini sama ada di radio atau di televisyen. # Friday, 24 October 2008, 18:13Friday, 24 October 2008, 18:13 # Samsung Techwin <Digimax S600 / Kenox S600 / Digimax Cyber 630> # 20081024 (19).JPG # TM. Aidilfitri ini, raikanlah bersama taulan serta saudara, jauh dan dekat jangan dilupa, jalinan kemesraan dikukuh bersama. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kumpulan TM. # Friday, 24 October 2008, 19:10 # 20081024 # Samsung Techwin <Digimax S600 / Kenox S600 / Digimax Cyber 630> # 20081024 (33).JPG # Lokasi: Menara TM # Fara Fauzana sedang mengadili pemenang pertanding...

[t14e11] Singgah di Cheonggyecheon di Seoul di Korea Selatan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Okay, setelah melawat The National Folk Museoum of Korea , kembara Mummy di bumi Korea Selatan diteruskan dengan melawat Cheongyecheon . Gambar ahli rombongan Mummy bergaya di Cheongyecheon Ia adalah projek pemulihan dan pengindahan sungai sehingga menjadi lokasi pelancongan. Kawasan sungai ni menjadi meriah semasa Pesta Tanglung Tahunan (Annual Lantern Festival) di mana dikatakan 35000 tanglung akan berada di sini. Wah wah wah. Tedi rasa teruja nak menyaksikan Festival Tanglung tu tetapi apabila memikirkan akan ada ramai manusia di sana, malas pula rasanya. Selain sungai yang mungkin sekadar parit tu, nak kata parit pun bukan juga, mungkin saliran air, kawasan Cheongyecheon ni juga ada banyak monumen . Erm, bagus betul mereka ni, letak monumen dah jadi kawasan pelancongan. Bukan susah sangat ye tak? Kurang-kurang pelancong ada subjek untuk bergambar. Padahal kalau monumen yang sama diletakkan di Malaysia, pun sama juga. Tapi projek pe...

Prev Next

Popular