Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2022

[t17l09] Leicester tetap hormati kemampuan Newcastle

Imej
LEICESTER – Pengurus Leicester City, Claude Puel mengakui beliau sentiasa menghormati Newcastle United dan Rafa Benitez menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana England malam ini. The Foxes bakal melakukan kunjungan ke Stadium St. James Park malam ini dengan sasaran mencatat tiga kemenangan berturut-turut sejak diambil alih Puel Oktober lalu. Bagaimanapun, bekas pengendali Southampton itu menegaskan beliau tidak akan memandang rendah kemampuan Newcastle biarpun pasukan tersebut sering menampilkan aksi kurang konsisten. “Kami sentiasa menghormati pasukan seperti Newcastle. Mereka merupakan sebuah pasukan yang berkualiti serta memiliki pengurus berkaliber. “Mereka bermula dengan agak baik pada saingan musim ini dan sangat berbahaya ketika melakukan serangan balas pantas, jadi kami perlu berwaspada dengan permainan mereka,” kata Puel. Jurulatih dari Perancis itu berkata, mereka bakal berdepan cabaran sukar pada aksi malam ini memandangkan Newcast...

[t13e24] Ketulan dalam makanan kucing jenama Purina One Beyond

Imej
Berhati-hati dengan makanan kucing anda, mungkin ada ketulan pelik di dalamnya. Kejadian ini berlaku di Amerika Syarikat, namun boleh dijadikan pengajaran. Ketulan biru hijau dijumpai di dasar beg. Disyaki terbentuk daripada pembungkusan makanan kucing ini sebelum ia benar-benar sejuk.   Seekor kucing yang memakan makanan ini muntah-muntah.   Purina berjanji akan siasat kes ini dan menyatakan bahawa tiada aduan daripada pengguna-pengguna lain. Bacaan lanjut mengenai kes makanan kucing berketul: Mold Reported in Purina One Beyond Purina, FDA investigate claim of moldy cat food 24 Mei 2013, 20130504

[t22i22] Pemain Badminton Kidal Terkemuka

Kiriman ini khas buat Master, mana tahu boleh dijadikan rujukan. Master bemain badminton menggunakan tangan kiri Master adalah pemain badminton yang menggunakan tangan kiri untuk bermain.  Jadi adalah sukar untuk Master menggunakan teknik yang sama dengan pemain kanan. Kesukaran itu amat ketara ketika Master bermain ping-pong, di mana dikatakan kelebihan Master sepatutnya pada pukulan kilas belakang (backhand) sedangkan Master tiada kemahiran itu. Oleh itu Tedi senaraikan beberapa nama (mengikut turutan abjad) untuk dikaji Master. Bao Chunlai Terima servis: kaki kanan di hadapan. Kaki kiri melangkah ke hadapan apabila bulu tangkis sampai. Tangan kiri sentiasa di hadapan. Lin Dan Apabila tahu sahaja nama Lin Dan masuk dalam senarai ini, Master terus berasa bangga dan suka hati, seolah-olah dia terus jadi hebat. Lin Dan adalah musuh ketat kepada Lee Chong Wei, jadi nama beliau memang mudah dikenali pada masa ini, terutamanya buat peminat Lee Chong Wei sendiri. Terima ...

[t22i27] Panduan main boling pemain kidal buat Master

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Lusa pejabat Master akan adakan sesi bermain boling di Bukit Jalil. Tak tahulah sama ada Master akan dapat turut serta atau tidak kerana pada masa ini Aina dan Aidan sedang demam, batuk dan selsema. Aina pula paling teruk keadaannya sehinggakan semalam dan kelmarin Aina diberi rawatan aerosol menggunakan nebuliser. Memandang sudah lama Master tidak bermain boling maka pada pagi ini Master meminta Tedi memberikan pencerahan mengenai pemilihan bola boling yang sesuai untik dirinya. Panduan ini adalah bersandarkan kepada kiriman sebelum ini bertajuk  [T15F06] Tips memilih bola boling .   Berat bola boling yang sesuai untuk Master Berat bola boling adalah dalam pound. Berat bola boling yang dicadangkan adalah 1 per 10 berat badan kita (dalam pound). Berat badan Master adalah 65.91 kilogram bersamaan dengan 145.30668 pounds. Jadi berat bola boling yang harus dipilih Maste...

[t22i20] Mendapat 3 Juta Kunjungan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Tangkap layar seminggu selepas kunjungan ke interpretZZ mencecah 3 juta. Pada ketika tangkap layar jumlah kunjungan adalah 3022423 iaitu pada 20220925. Tapi pada minggu ini purata kunjungan adalah 3500 sehari jadi jika dihitung, tarikh 20220920 adalah tarikh di mana intepretZZ mencecah 3 juta paparan. Kiriman berkaitan: [t21k22] Mencecah 2 Juta Bacaan [t20f15] Bacaan ke 1 juta [t18c26] 500000 kunjungi interpretZZ [t14i07] Bacaan ke 100 ribu ~20220920~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t22i23] 2nd Communication Day Aina

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari komunikasi di Tadika Aina Pagi ni jam 10:30 ada sesi Hari Komunikasi ke-2 di tadika Aina. Sebelum ke tadika Aina, Master hantar Aidan ke taska dan bawa Aina makan roti canai di Taman Seroja. Mummy tak ikut kali ini kerana ada mesyuarat. # Friday, 23 September 2022, 10:13 # Xiaomi M2101K7BG # IMG_20220923_101309 # Berbeza dengan  sesi sebelum in i , pada sesi kali ini Aina tidak menceritakan mengenai kelas di tadikanya, sebaliknya guru Aina menerangkan mengenai prestasi Aina dalam ujian dan pembelajaran. Secara umumnya prestasi lisan Aina agak rendah, manakala prestasi dalam penulisan pula agak bagus. Terkejut pula Master kerana tidak sangka Aina boleh menjawab melalui penulisan.  Bahagian lisan pula entah kenapa Aina ni tak mahu bercakap depan guru-guru. Kalau guru dia tiada sekejap boleh pula dia jawab soalan Master. Solat jenazah dan pengkebumian jenazah ba...

[t17c01] Kasut Badminton Asics GEL-Rocket 7

Imej
Jika dibandingkan dengan pesaing lain, kasut Asics GEL-Rocket 7 menawarkan lebih keselesaan, kehangatan, kusyen, melancarkan pergerakan, dan cengkaman. Kasut badminton Asics GEL-Rocket 7 akan semakin selesa dipakai apabila semakin lama anda memakainya.

[t05d22] Selamat Jalan

Selamat Jalan Rintikan hujan, Berterusan membasahi bumi ini. Kedinginan hari, Semakin keras mencengkam lubuk hatiku. Kesepian alam, Semakin terasa bersama setiap derap langkahku Genggam janji yang kita meterai, Bersua semula suatu masa. Tiada daya untukku menghalang, Tempias hujan membias mentari, Tiada upaya menggapai warna-warni pelangi. Sekadar menatap hiasannya, Dek beza jarak ia terasing, Tiupan bayu yang lembut, Ku harap menyampaikan doaku mengiringimu, Selamat Jalan duhai teman. Lorong ku tempuhi gelap-gelita, Kehadiranmu teranginya. Ruang ku tempati sunyi sepi, Kehadiranmu hingarkannya. Jalan ku lalui tiada berpenghujung, Kehadiranmu temukannya. Semuanya hanya ku sedari sekali ini, Pada saat perpisahan kita. Kisah pertemuan kita yang singkat ini, Mustahil dinukilkan dengan ungkapan, Tiada kata dapat gambarkan gerangan perasaan. Ada masanya aku berteman dengki, Ada masanya aku berteman simpati, Kini tiada lagi dengan sebab perpisahan, Selamat Jalan duhai...

Kadar Teksi KLIA2 ke Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Pulau Langkawi di Kedah Darul Aman di Malaysia menggunakan penerbangan AirAsia AK6315. Pesawat AirAsia AK6315 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 8:20 malam. Setibanya di KLIA2 perkara pertama yang kami risaukan sebaik sahaja keluar dari Balai Ketibaan adalah bagaimana untuk pulang ke kediaman kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Mummy menyemak kadar GRAB untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi, kosnya ialah RM 45 (empat puluh lima ringgit Malaysia sahaja) untuk perjalanan sejauh 20 kilometer sahaja. Kami memutuskan untuk menggunakan khidmat teksi bermeter di KLIA2 untuk pulang ke rumah. Perkara pertama yang menjadi tanda tanya ialah berapakah kadar teksi bermeter KLIA2? Kadar Teksi KLIA2 Bermeter Teksi Bajet KLIA2 Tambang Teksi KLIA2 bermeter ke Bandar Baru Salak Tinggi Tambang teksi KLIA2 bermeter lebih murah berbanding GRAB Kenapa takut naik teksi bermeter...

[t22f17] Hari Komunikasi Taska Aina dan bermalam di Bagan Lalang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari Komunikasi di Tadika Aina Pada waktu tengah hari, Mummy dan Master ke Taska di mana Aina belajar untuk menghadiri Hari Komunikasi iaitu satu sesi di mana para pelajar tadika tersebut perlu menyambut ibu bapa mereka dan berkongsi mengenai kelas di mana mereka belajar. Aina macam biasalah, angguk angguk geleng geleng semasa dalam sesi tersebut. Dia ni tak bercakap kalau di Taska tapi kalau keluar sahaja dari tadika menjerit sana sini. Aina menunjukkan tempat duduknya dalam kelas ketika Mummy dan Master menghadiri Hari Komunikasi anjuran tadika di mana Aina belajar. # Friday, 17 June 2022, 12:28 # 20220617 # OPPO Reno2 # IMG20220617122813 # Selepas sesi tersebut kami sekeluarga pulang ke rumah termasuklah Aina. Master ke Surau Desa Vista untuk tunaikan solat Jumaat, dan sekembalinya Master ke rumah selepas selesai solat Jumaat kami bergerak jemput Aidan di taskanya sebe...

[t17b26] HR Street Cafe di Salak Tinggi di Sepang di Malaysia

Imej
Pada 26 Feb yang lalu, sebelum kami bertolak ke IKEA Cheras untuk mencari rak buku putih siri Billy, kami telah terlebih dahulu merayau di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi di dalam daerah Sepang di Selangor di Malaysia untuk mencari beberapa suap sarapan pagi atau makanan tengahari.

[t17b05] Nan Extra Cheese di RSMY Bangi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Malam ini Tedi mahu bersantai - tidak mahu mencaci dan mencarut. Jadi Tedi nak kongsikan pengalaman kami makan Roti Nan Cheese Leleh Extra Cheese di restoran RSMY BANGI BEST CHEESE NAAN yang terletak di alamat G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Pada mulanya kami nak ke Restoran Barra, tapi setelah mendapat review yang biasa-biasa sahaja, kami bertukar destinasi ke RSMY Bangi. RSMY buka dari jam 5 petang Kami pergi pada hari Sabtu, 4 Februari 2017 yang lalu, selepas pulang dari mendaki Air Terjun Lepo di Hulu Langat, malangnya kedai RSMY Bangi Cheese Nan itu tutup. Ketika itu jam menunjukkan masa di antara 4 hingga 5 petang. Kerana tidak berpuas hati tidak dapat makan Roti Nan Cheese Meleleh di kedai makan RSMY Bangi tersebut, kami berusaha untuk pergi ke sana semula pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, 5 Februari 2017, lebih-lebih lagi apab...

[t13e18] Segmen? Apa pula tu?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Dua tiga hari sejak terjebak dalam aktivit membaca laman-laman blog di Malaysia ni, Tedi mulai menemui istilah-istilah baru. Sebelum ni Tedi mengenali istilah " blogwalking ", iaitu aktiviti melawat blog orang lain dan bertegur sapa di sana. Serupa macam kita melawat rumah jiran tetangga. Aktiviti ini dijadikan disiplin di mana para penulis blog akan memperuntukkan masa tertentu untuk melawat blog kawan-kawan mereka. Hari ni pula Tedi mula mengenali istilah " segmen ". Gambar kulit pilihan Tedi kali ini: " Teddy for her... "   Tedi bertanya kepada seorang blogger apakah itu "segmen"? Tengok nanti dia jawab tak? Mana tau manusia fikir Tedi ni ngada-ngada? Tadi dah baca pasal banyak binatang mati disyaki akibat bom . Lepas ni nak baca pasal pilih kasih di antara kumpulan haiwan lak. Tadi nak baca satu kiriman di  kakisem...

[t16g09] Visit Pengkalan Kubor Free Duty Zone

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tajuk bahasa omputeh tu bagi gempak sikit, bukannya apa, sebab dah banyak kali terjah Pengkalan Kubor ni. Kali ni bawa Tok Mak, Tok Ayah, Mak Ngah dan family, Pak Teh, dan Pak Su dua orang (kembar). Kami semua baru sampai dari Marang, Terengganu semalam. Bermalam di rumah Tok Abah di Wakaf Bharu. Semalam kami beraya di Ketereh kalau tak silap di Kampung Tok Piah , di rumah keluarga seorang staff Tok Ayah di sana. Malam semalam pula kami terjah Wakaf Che Yeh beli permaidani harga MYR 90 (Sembilan puluh Ringgit Malaysia). Hari ni saja ke Pengkalan Kubor, mana tau mereka nak beli coklat di sini. Punyalah sesak Pengkalan Kubor sampaikan kami terpaksa parking kereta hampir 1 kilometer jauhnya disebabkan kami tak mahu beratur cari tempat letak kereta di dalam kawasan bebas cukai ni. Master nak keluarkan duit di mesin ATM BSN di sini yang satu-satunya auto teller machine di kawa...

Prev Next

Popular