[t14h30] Makan malam di MR KB, Cyberjaya
Letihnya badan Tedi, bangun awal pagi pun masih keletihan? Tapi Tedi tetap mengambil peluang ini untuk mencoret sesuatu kerana pengalaman semalam rugi jika dibiarkan begitu sahaja. Kisah bermula apabila kami kelaparan dan mengisi minyak di Cyberjaya . Selalunya di Cyberjaya kami akan singgah makan di Restoran Saba atau Sanaa (yang Master dah senaraihitam sebab khidmat dan hidangan tak memuaskan padahal masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan). Adalah sekali kami singgah ke Restoran Sedap Senghoti . Tapi malam itu, Master nak mencuba kedai lain pula, maka kami berlegar di kawasan The Domain . Persekitaran di sana agak meriah mungkin kerana ramainya warga Timur Tengah yang belajar di Malaysia, menetap di sana. Di kawasan yang ceria itu, ada satu kedai yang amat menarik perhatian dek rupanya iaitu Mr. Kabab & Biryani . Selebihnya, biarlah gambar yang berbicara. Mr. Kabab & Biryani menyediakan makanan tradisi Arab dan Pakistan. Restoran ni ...