Negeri Pulau Pinang
Bendera Pulau Pinang Maksud Bendera Pulau Pinang Biru Muda : Negeri Pulau Pinang dikelilingi lautan indah Putih : Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang aman damai. Kuning : Kemakmuran Pohon Pinang : Nama sejenis tumbuhan yang banyak didapati di negeri Pulau Pinang yang menjadi asal kepada nama negeri. Semua rakyat Malaysia mesti kenal akan Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang selalunya dipanggil Penang, terbahagi kepada 2 bahagian amnya iaitu Seberang Perai (Tanah besar) dan Tanjung (pulau). Kalau dalam peta, di tanah besar lebih popular Butterworth manakala di pulau lebih popular Georgetown. Terdapat lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas yang terletak di pulau. Seberang Perai dan Tanjung dihubungkan melalui jambatan Pulau Pinang dan juga penggunaan feri. Pada masa ini [20121016] , sebuah jambatan kedua sedang dibina untuk mengatasi kesesakan di jambatan Pulau Pinang yang sedia ada. Pulau Pinang ini asalnya di bawah kerajaan Negeri Kedah...