T17F11 Dari Salak Tinggi ke Bukit Rokan Utara
Semalam kami bergerak pulang ke Felda Bukit Rokan Utara pada jam 2 pagi. Mummy berurut badan di rumah Kami bergerak lewat kerana Mommy ada temujanji berurut badan di rumah. Bilik di mana Mommy diurut dipenuhi oleh bunyi sendawa yang mana Tedi tak tahu dikeluarkan oleh siapa... Adakah yang diurut atau yang mengurut? Sesi mengurut badan Mommy itu berlangsung hampir 3 jam. Selesai sesi mengurut, makcik yang mengurut tu tak sebut berapa upah mengurut badan Mommy, sebaliknya menyerahkan kepada Mommy untuk beri upah seikhlas hati. Pening juga nak bayar berapa ni? Berapak bayaran untuk urut badan wanita? Kalau nak kira upah seikhlas hati ni, kita kenalah kira berapa upah per jam, barulah senang kira. Keringkan baju bayi di Clean Pro Selepas itu dalam jam 12 malam, Master pula pergi ke Clean Pro untuk keringkan baju bayi Aina yang telah dicuci. Bergerak pulang ke Felda Bukit Rokan Utara Perjalanan kali ini adalah melalui Lebuhraya PLUS beemula dari Nilai ke sus...