Aiman Afif intai kesebelasan utama KDA FC
Alor Setar: Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aiman Afif menganggap peluang beraksi dalam tempoh lebih lama pada perlawanan pra musim adalah medan terbaik untuknya membuktikan keupayaan bersama skuad Hijau Kuning. Pemain berusia 20 tahun itu diturunkan ketika aksi pra musim bertemu skuad Projek Sukan MSN Bawah 21 (U21) semalam sekali gus membolehkannya mengintai peluang membarisi skuad utama kendalian Aidil Sharin Sahak. "Kami perlu rebut peluang yang diberikan sebaiknya semasa perlawanan pra musim ini untuk membuktikan kemampuan supaya dapat terpilih ke barisan skuad utama pada perlawanan Sumbangsih dan aksi Liga yang akan bermula nanti. "Walaupun semalam kami beraksi dengan pihak lawan yang lebih muda, namun pemain dilihat dapat memanfaatkan sepenuhnya ruang yang diberikan dalam perlawanan itu sebagai persiapan untuk menghadapi aksi liga," katanya. Sementara itu seorang lagi pemain tengah KDA FC, Tam Sheang Tsung juga bertekad untuk terus bekerja keras membuk...