Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Prestasi merosot...

Imej
Menurut kajian yang telah Tedi jalankan dan laporkan kepada Master sebelum ini, Proton Saga BLM 1.3M Mid-line boleh mencapai 320 kilometer dalam 3 bar pertama. Kalau kawan2 tak faham apa yang Tedi maksudkan, boleh rujuk laporan Tedi yang bertajuk " Estimate jarak (kilometer) sebuah Proton Saga BLM 1.3M Midline boleh pergi untuk 3 bar pertama " Mengikut kajian itu, kereta Mommy boleh pergi sejauh 320 kilometer dengan kelajuan 100kmj-120kmj . Namun, minggu lepas Master telah memecut dengan purata 120kmj-140kmj. Kesannya penggunaan petrol meningkat. Jika sebelum ini boleh pergi 320km, sekarang hanya 220 kilometer - 270 kilometer sahaja. Ini bermakna pengurangan jarak daripada 50 kilometer sehingga 100 kilometer . Trend  ini dijangka akan berterusan pada minggu ini memandangkan Tedi ada perbincangan berkumpulan sepanjang minggu ini. Projek HUR telah bermula, diskusi pun bermula, sibuk sepanjang minggu. Lupakanlah tentang kajian itu. Insya-Allah jika ada rezeki leb...

Tedi nak masuk sekolah bestari lah

Imej
"Master, sekolah bestari tu apa?" Pengenalan Sekolah Bestari Master suruh Bing.com skseribesout.com "Tedi nak masuk sekolah bestari, boleh?" Zzzzzz..... "Master... tido la pulak..." Logo dan cogan kata sekolah bestari. Macam kelakar jer bila dia tulis font  hitam untuk pemikiran kritis dan kreatif, tambahan Tedi tak nampak pula font hitam tu. 20130102

Lapan Dua Dua Lapan

Imej
Cuba ingat nombor ini, ia mungkin menghantui anda! Esok adalah harinya, di mana rakyat Malaysia akan menyokong kontijen Malaysia buat sekian kalinya. Master turut serta pada tahun ini dan telah 2 minggu menjalani latihan intensif naik tangga 6 tingkat. "Apakah Master telah bersedia untuk larian tahun ini" "Ermm, semalam pun masih semput-semput lagi, nampaknya tahun ini memang akan pancit!" Adakah Master akan kepancitan pada keesokan hari? Sama-sama kita saksikan! Esok agak mencabar kerana kami perlu ke Dataran Merdeka, tidak ke Putrajaya sebelum ini. Mungkin kena naiki kereta, singgah di pejabat Master dan kemudian naiki LRT ke Masjid Jamek. Semoga penyertaan kami dalam Team Malaysia Fan Run 2014 ini akan membuahkan hasil. Dapat iPad pun okay juga... hahahahahahahaha.... Niat tak ikhlas sungguh Tedi ni! 20140906

Apa itu komitmen?

Imej
Alkisahnya Tedi menghadiri satu mesyuarat laporan kemajuan. Tedi melaporkan bahawa tugasan yang diserahkan kepada Tedi masih tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa halangan yang belum dapat diatasi sepenuhnya. Tiba-tiba cikgu berkata, "Tedi tahu maksud komitmen?" Tedi diam sebab tiada jawapan. "Komitmen itu maksudnya kena buat sama ada suka mahupun tidak." Tedi tak pasti adakah cikgu itu mempersoalkan komitmen  Tedi yang nampak riang ria dan balik tak berapa lewat berbanding kawan-kawan yang lain. Tedi pun jawab (dalam hati je lah), "Memanglah... masalahnya bukan satu je komitmen." 20140509

Ke Bukit Gambang Resort City

Imej
Badan Tedi letih sangat... Jadi itulah punca Tedi dah lama tak kemaskini diari Tedi ni. Lagipun tiada apa untuk dikemaskinikan pun. Adalah beberapa aktiviti tapi Tedi tak petah bercerita. Malam ni Tedi jenguk kembali album gambar Tedi dan nampakla sekeping gambar ni. Gambar lain ada tapi Tedi tak sempat nak cuci  lagi... Tuan besar Tedi sedang merancang masa depan dalam perjalanan ke Kuantan yang memakan masa 4 jam (waktu perjalanan Master) Bercerita mengenai Bukit Gambang Resort City ni Tedi keliru kenapa namanya harus sebegitu? Kenapa tidak Taman Percutian Bukit Gambang? Owh, Tedi lupa yang Tedi duduk di Malaysia, sebab itulah nama resort tu dalam bahasa Inggeris. Mengenai resort ini, adalah Taman Air dan Safari. Kemudahan lain masih dalam pembangunan. Aktiviti kecil-kecilan seperti flying fox dan paintball pun ada tapi Tedi tak nampak orang duk main. Selain itu kalau nak makan makanan laut, boleh je ke bandar Kuantan. Komen Tedi pasal Taman Tema Air di s...

Format tarikh yang degil

Imej
Sejak semalam Tedi memeriksa semua kod yang ditulis sebelum ini. Ini adalah kerana beberapa function dalam sistem yang Tedi bina tidak berjalan dengan betul. 2 buah komputer yang digunakan dalam Ujian Integrasi masing-masing menunjukkan kegagalan. Sedangkan semuanya berjalan dengan baik pada komputer Tedi dan juga komputer yang digunakan untuk Ujian Alpha. Komputer A memaparkan satu masalah berlaku namun tiada maklumat lanjut mengenai masalah itu, manakala pada komputer B, semua rekod yang dihasilkannya tidak dapat diproses oleh komputer pelayan utama. Untuk masalah pada komputer A, Tedi memeriksa kod dan mendapati bahawa ada sebahagian kod tidak menggunakan fungsi baru yang Tedi sediakan, maka Tedi hanya menukarnya semula, dan dari sana Tedi dapati bahawa pangkalan data di Komputer A sebenarnya bermasalah. Masalah B p...

KPI ikut giliran itu najis lembu!

Imej
Kenapa harus diberi markah tinggi ikut giliran? Alkisahnya adalah bos kepada ahli keluarga Tedi yang kononnya akan memberi markah tinggi dalam KPI kepada anak buahnya mengikut giliran. Ini bermakna setiap anak buahnya kan dapat markah tinggi pada suatu masa. KPI adalah " key performance index " atau selalu disebut Pak Najib sebagai Indeks Keberhasilan Utama, satu piawaian untuk menyukat prestasi pekerja, jabatan, atau syarikat. Bagi Tedi, sistem giliran itu adalah amat mengarut! Ia kan menyebabkan mereka yang tidak berprestasi tinggi mendapat laba yang tak sepatutnya, dan mungkin juga mereka takkan berusaha untuk berprestasi tinggi. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menjadi kesayangan bos, walaupun ada staff lain yang lebih berprestasi, mereka kan lebih diutamakan. Tambahan pula apabila janji lisan diberikan, "setiap pekerja akan berpeluang mendapat giliran memperolehi markah tinggi", tiada siapa akan dapat menyukat ketepatan kata-kata itu. Lagi sakit hati a...

Berapalah gaji politikus Malaysia ek?

Imej
Kadangkala terfikir kenapa manusia sibuk nak jadi ahli politik... Setelah meneliti gambar di bawah ni barulah Tedi rasa Tedi mengerti kenapa? Pernah berbual dengan seorang Pegawai Daerah, dia kata kerja sebagai D.O memang mencabar kerana nak jaga tanah-tanah di bawahnya. Lebih-lebih lagi ahli politik yang akan menggunakan tanah untuk sumber dana bagi menampung perbelanjaan politik mereka. Usah hairan bagaimana tanah rizab Bumiputera boleh menipis dengan rancaknya walaupun pentadbiran Malaysia diterajui parti Melayu.... "wang adalah raja, ibu kejahatan". Kadangkala hairan juga bagaimana mereka ini memperolehi saham-saham syarikat? Dan terkadang pelik juga apabila melihat kebetulan syarikat-syarikat yang ada hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tiba-tiba berkembang pesat. Bagi Tedi, semua orang politik sama sahaja, tak kisahlah parti mana pun, kawan sendiri pun boleh ditikam, apatah lagi musuh, tiba masanya rakyat Malaysia sedarkan mereka bahwa kuasa menentukan jatu...

Microsoft Wireless Mobile Mouse 3500

Imej
Semalam singgah di Carefour Subang Jaya untuk meninjau barangan elektrik di sana (barang2 lain tidak dibeli di sana kerna mengenangkan mereka jual arak, cuma kurang pilihan bagi barangan elektrik di tempat lain).   Microsoft Wireless Mobile Mouse 3500 warna Cyan

Aicond Haier untuk bilik tidur utama

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Akhirnya Master memasang aircond di bilik tidur utama rumah kami setelah Mummy asyik mengadu kepanasan semasa tidur dan Aina juga teruk berpeluh semasa tidur. Kandungan:  Minta Pak Lang Pasang Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama  |  Maklumat Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama . ~  🥰 jika sudi tolong klik iklan ya 🥰  ~ Minta Pak Lang Pasang Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama Bagi mengatasi masalah kepanasan di dalam bilik tidur utama, Master mengorek mana-mana tabungan yang ada. Korek sana, korek sini, akhirnya adalah bajet dalam RM 700 (tujuh ratus Ringgit Malaysia sahaja). Master kemudian bertanya kepada Pak Lang berapa kos diperlukan untuk memasang aircond di bilik tidur utama kami. Jawapannya ialah RM 1000 ke atas, mungkin seribu dua ratus Ringgit Malaysia, macam tu lah kosnya, Tedi tak rekodkan pula. Akhirnya Master pun tanya Pak Lang kalau boleh pasang  aircond dengan harga bawah RM 700. Pak La...

Otak atas, otak bawah

Imej
Mesti ramai kawan-kawan yang duk fikir sama ada mereka menggunakan otak kanan atau otak kiri. Tapi mungkin sahaja mereka yang berfikiran sedimikian boleh dikatakan ketinggalan zaman. Para saintis telah lama tahu yang teori popular di mana otak logik dan otak kreatif saling berlawanan di antara satu sama lain adalah hanya mitos daripada satu kajian makmal tahun 1970-an yang penulisnya, Roger Sperry diberi amaran. Para saintis bersetuju bahawa dua bahagian otak itu bekerjasama dan bukannya bekerja berasingan. Kini pengkaji neuron, Stephen Kosslyn dan penulis G. Wayne Miller mencadangkan bahawa bahagian atas dan bawak otak adalah lebih relevan. "Bahagian atas otak merancang dan mengkaji rancangan apabila jangkaan tidak dicapai, manakala bahagian bawah mengkelaskan dan menterjemah mengikut persepsi manusia. Namun ia masih kerjasama, bukannya berasingan. Sumber rujukan Tedi:  There Is No Left-Brain/Right-Brain Divide 20131202

Maksud Nama Nor

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Memandangkan ada yang bertanya, maka Tedi terpaksa menjawab. Pada mulanya Tedi hanya membiarkan sahaja jawapan ini bermain di minda kerana Tedi berasakan bahawa soalan ini terlalu mudah. Tetapi setelah sekian lama, Tedi berasa Tedi perlu menjawabnya. Mungkin yang bertanya benar-benar mahukan jawapan. Kadangkala apa yang mudah bagi kita tidak pernah terjangkau dek orang lain. Fazura adalah salah seorang yang menpunyai awalan nama "Nur" pada namanya. Maksud nama Nor Maksud nama  Nor dalam Bahasa Arab ialah " cahaya ". Ini adalah nama yang popular buat orang Islam. Tedi tak pasti jika nama Nor ini digunakan oleh bukan Islam, tetapi mungkin sahaja maksudnya lain. Perkataan nor dalam Bahasa Inggeris pula bermaksud "dan bukan" yang didahului dengan perkataan neither . Jadi mungkin sahaja omputeh akan salah faham apabila membaca nama Nor ini. ðŸ˜… Contoh: neither him nor me (bukan dia dan bukan saya).  Selain di...

Lirik Lagu Darah Satria

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Darah Satria adalah tajuk sebuah filem berlatarbelakangkan ketenteraan. Kiriman ini adalah berkenaan lirik lagu tema filem tersebut. Tedi tonton dalam YouTube sedutan filem ni, fuh rasa berkobar nak jadi tentera. Kerajaan Malaysia perlu menghasilkan lebih banyak filem sebegini dan diulang tayang banyak kali di kaca televisyen supaya dapat cuci otak anak-anak muda supaya bersemangat patritotik mempertahankan negara.   Lirik Lagu Darah Satria Lautan luas banjaran gunung Rezeki nan melimpah Bawah langitnya kami bernaung Rasa kasih tercurah Tanah airku bumi bertuah Tiada bandingannya Rela bersatu ganding tenaga Mendaulatkan tenaga Dengan sepenuh keazaman Semangatmu nan waja Keranamu rela berkorban Engkaulah pertiwi yang tercinta Darah satria Darah satria Berkobar di dada Tinggalkan ibu Tinggalkan ayah Serta sanak saudara Membuktikan kesetiaan kita Kepada bumi Malaysia Dengan sepenuh keazaman Semangatmu nan waja Keranamu rela berkorba...

Kucing Hitam

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Seekor kucing hitam berlari menuju dikau penuh manja menggesel ia kedua-dua kakimu ubati duka dalam jiwa   Kucing Hitam   dan kucing hitam itu pernah menuju dikau penuh manja mengiau kelaparan ia meminta makanan sedikit cuma   namun kau tidak peduli kau pukul kau hina ia amat benci rasa hatimu marahmu membara di jiwa   tapi lain ceritanya apabila kau berduka hadir ia kepadamu penuh manja mengiau ria ubati duka dalam jiwa seolah tahu rasa hatimu tak pernah dendami perbuatan lalu   tidakkah kau sedar? ia seekor kucing hitam bernyawa makhluk Allah perlu dijaga     20130526 ~ jika karangan ini bermanfaat, tolong klik iklan yang ada ya... terima kasih... ~

Tiba masanya Tedi kemas label-label ni?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Berserabut pula tengok label-label yang tunggang-langgang ni Dulu-dulu tak rajin update blog. Sekarang ni banyak pulak post . Tak tahu la kenapa? Minat membaca pun dah semakin banyak.. dulu-dulu baca pasal teknologi sahaja, sekarang banyak dah ambil tahu mengenai dunia politik, alam haiwan, alam sekitar & yang terbaru ialah paleontologi . Bukan penat baca label, tapi penat pasang langsir DIY: Tedi memasang langsir.   Tedi semakin rajin membaca Bila dah banyak membaca, banyak la nak komen, tapi komen dalam diari Tedi sendiri jer la, maka bercambahlah posting  (hantaran?) Tedi dalam interpretZZ ni. Label pun dah semakin banyak, jadi Tedi rasa dah tiba masa untuk susun semula apa yang patut. Mungkin kena guna label umum jer kot ?   Label-label yang Tedi bercadang nak gunakan selepas ini (mengikut susunan abjad) : agama Islam aktiviti alam sekitar Bahasa Malaysia haiwan iklan jalan-jalan lirik lagu luar ...

Redmi Note 5A Prime tak boleh hidup

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Buat hal pula Redmi Note 5A Prime ni Hari ini telefon pintar Master si Xiaomi Redmi Note 5A Prime tu buat hal pula tak mahu hidup, walaupun ada paparkan logo Mi dan kadar cas bateri sebanyak 36%. Hard Reset Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime Hasil carian Google mengatakan boleh hard reset untuk hidupkan telefon pintar Redmi Note 5A tersebut. Cara untuk hard reset telefon pintar Xiaomi redmi Note 5A Prime ialah dengan menekan butang kuasa dan butang kuatkan suara secara serentak. Apabila logo Mi keluar, lepaskan tekanan ke atas butang kuasa sambil kekalkan menekan butang kuatkan suara. Master cuba beberapa kali namun hampa. Inilah rupa telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime yang dibeli Master dua tahun dua bulan lalu dengan harga RM 599. Masalah Bateri atau Motherboar d? Selain itu ada juga ki...

Kapal Selam USS Los Angeles (SSN 688)

Imej
Tedi memang suka melihat fakta kapal-kapal perang di seantero dunia ni. Tapi sampai sekarang masih belum mampu untuk menerbitkan sebarang karangan yang berkaitan dengan kapal perang. Master dulu selalu belikan majalah ketenteraan untuk Tedi, salah satunya Tempur, ketika beliau berulang-alik menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan sebaliknya. USS Los Angeles (SSN 688) merupakan sebuah kapal selam nuklear dengan 4 tiub torpedo sebagai senjata utamanya.  USS Los Angeles (SSN 668) Anjakan: 6927 tan ketika menyelam Panjang: 360 kaki Beam: 33 kaki Senjata Utama: 4 tiub torpedo Tahun Berkhidmat: 1976 - 2010 20120914

Pergi tak kembali: Nyang Shahidan

Imej
Pagi tadi Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 IAFM tu ke bengkel untuk tukar cakera klac. Seribu Kali Cahaya - Pergi Takkan Kembali Balik sahaja dari bengkel, Tok Mak hubungi Master untuk memaklumkan mengenai kematian Nyang Shahidan . Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali, pemergiannya adalah setelah berusia 91 tahun dan lumpuh dalam masa 8 tahun. Pemergian Nyang Shahidan agak mengejutkan, dan alhamdulillah, segala pujian bagi Allah subhanahu wa ta'ala kerana telah menemukan kami dengan Nyang Shahidan pada minggu lepas. Pertemuan kami itu tidak kami rancang kerana ketika itu kami baru sahaja mendarat di jeti selepas bercuti di Pulau Pangkor , di mana kami dihubungi mak saudara Master yang memaklumkan mengenai keadaan Nyang yang tidak berapa sihat. Maka bergegaslah kami ke Ipoh untuk menziarahi arwah pada masa itu. Ketika Nyang nampak Master, dia segera menyapa nama Master dan menyebut-nyebut perihal Master yang pernah hilang dan disangka ter...

Makan Sizzling Sotong, Ikan Ala Thai dan Nasi Goreng Daging di Sharin Low Cyberjaya

Imej
Makan di Sharin Low Cyberjaya agak menyegarkan namun mungkin sedikit berminyak... Mata ku sudah mengantuk, namun jari-jemariku masih mahu berbicara... Baiklah, kali ini mahu Tedi kongsikan hal atau pengalaman makan malam di Restoran Sharin Low di Cyberjaya. Kalian mungkin pernah dengar tentang restoran ini yang popular di Bangi, dan cawangan di Cyberjaya ini sahajalah cawangan mereka yang Tedi pernah sampai. Almaklumlah, tak mampu rasanya ke Bangi usai sekolah sepanjang hari. Sizzling Squid Seumur hidup Tedi, inilah kali pertama Tedi dengar berkenaan Sizzling Squid ini. Master selalu je makan Sizzling Mee, jadi tidak salah untuk dirinya mencuba makanan ini. Tak dapat dinafikan, rasanya sedap, cuma harganya.... RM 20 (dua puluh ringgit sahaja). Nasi Putih dan Ikan Ala Thai Fantastic... segar... manis.. masam... hidangan ini memang sedap seperti makan kerabu.. mungkin hidangan ini layak digelar Kerabu Ikan? Harganya RM 9.00 (sembilan ringgit sahaja). Nasi Goreng Daging Nasi...

Tukar tayar kereta di Lim Tayar Bangsar

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Akhirnya Master menggantikan juga tayar kereta  Michelin Energy XM2 yang telah digunakan sejak 2012 lagi. Tiba-tiba sahaja Master ambil keputusan drastik untuk menukar tayar kereta pada petang ini kerana salah satu daripada 4 tayar kereta  Proton Saga BLM Duel Blitz Monster 1.3 Manual Transmission itu selalu kekurangan angin. Tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 kini selalu kehilangan angin. Semalam lebih teruk apabila tayar kereta Michelin Energy XM2 itu pancit keseluruhannya, nasib baik masih boleh diisi angin semula di pam minyak Petron Salak Tinggi . Master takut kalau tayar kereta tu tiba-tiba pancit di tengah jalan, keluar rim berapi pula nanti, naya je . Pada mulanya Master nak ke kedai Lim Tayar USJ di mana beliau beli tayar kereta Michelin Energy XM2 tersebut namun apabila diketahui kedai Lim Tayar ada cawangan di Bangsar iaitu di Jalan Tandok off Jalan Maarof , Master memutuskan untuk ke cawangan Lim Tayar ya...

Mabul... Tedi datang...

Imej
Setelah setahun menunggu akhirnya masa ke Mabul telah tiba. Dan penantian ini dicemari pula dengan siri penculikan pelancong di pulau di Sampoerna dengan penculik meminta USD $11 juta sebagai tebusan. Namun pihak Polis Di-Raja Malaysia pula telah memberi jaminan keselamatan kepada para pelancong yang mahu ke sana. Pagi ini seperti biasa, Tedi tak dapat bermimpi kerana tak dapat tidur, sedangkan penerbangan ke Tawau hanya beberapa jam sahaja lagi. Kami akan bergerak ke Terminal LCC dalam jam 4 pagi nanti (2 jam sahaja lagi), untuk urusan daftar masuk dan merebut tempat letak kereta yang berharga RM 16 sehari. Semalam pada jam 9 malam, semasa kami jemput Eicak dan keluarga dari Terminal LCC, kami lihat tempat letak kereta sudah dibanjiri kereta. Esok sudah tentu Master akan terpaksa berjalan jauh dari tempat letak kereta ke lobi daftar masuk. Penerbangan ke Tawau akan memakan masa 2 jam 45 (penerbangan sahaja), kalau kira masa menunggu, dekat 5 jam juga, jadi amat penting ...

Puting beliung ekori kapal terbang RyanAir

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Gambar kapal terbang Ryanair berlatarbelakang puting beliung Ini adalah foto sebuah kapal terbang Boeing 737 yang berlepas di Britain berlatarbelakang Awan Corong (terjemahan terus kepada funnel cloud ) Awan Corong adalah awan berputar yang selalunya menjadi asas atau paksi kepada pembentukan Puting Beliung. Foto yang dramatik ini seolah-olah menunjukkan Awan Corong itu begitu hampir kepada kapal terbang, tetapi walau sejauh mana pun ia, kalau Tedi dalam kapal terbang tu, semestinya sudah kecut perut. 20140816

My Beautiful Malaysia, Kuala Kangsar

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Pengalaman singgah di Kuala Kangsar semasa dalam perjalanan ke Kota Bharu Kelantan melalui Lebuhraya Timur Barat. Sesungguhnya Tedi mencemburui mereka yang tinggal di sini kerana Kuala Kangsar ini ada nostalgia maklum sahajalah Kuala Kangsar ini adalah bandar di-raja. Semoga ia akan terus maju dan kekalkan nilai nostalgia yang susah ditemui di tempat lain. Semoga pinggir Sungai Perak di sini akan menjadi tempat rekreasi terkenal pada suatu masa nanti. Taman Rekreasi Kuala Kangsar Gambar sebuah papan tanda yang berlabel Taman Rekreasi Kuala Kangsar MDKK. # Saturday, 9 February 2013, 11:36 # 20130209 # IMG_1870.JPG # Canon EOS 500D # https://goo.gl/maps/H7PFbdQAD2wNMwBm6  #   Sepanduk My Beautiful Malaysia Dilancarkan oleh:  YB Dato Wan Mohamad Khai-ril Anuar bin Wan Ahmad (ADUN Bukit Chandan) Laman Budaya, Kuala Kangsar, 3 Februari 2013 (Ahad), 8.00 pagi. # 1Malaysia # iM4U #   Jambatan merentasi Sungai Pe...

Jalan dilitupi buih 40 liter sabun

Imej
Tedi sangkakan salji melitupi Jepun pada musim panas ni, rupa-rupanya hanya buih sabun. Kalau Kuala Lumpur nak berlatarbelakangkan salji, maka kita bolehlah cuba aktiviti sebegini di Malaysia. Hasilnya kita akan dapat gambar yang awesome di samping jalan di Kuala Lumpur akan berbau wangi. Inilah yang berlaku apabila seorang pekerja di sebuah syarikat di Ginza, Jepun membuang 40 liter sabun melalui sinki. Buih-buih sabun itu kemudian melata di jalan melalui sistem perparitan dan mungkin kelihatan agak gebu dan sedap untuk dimakan. Apa kata kita cuba buat benda yang sama di Kuala Lumpur? Hehehe. Kalau kawan-kawan nak tonton video mengenai buih di jalanan Ginza ni, sila ke laman web ini, " Employee flushes 40 liters of soap, bubbly carnage ensues ". 20130702

Bacaan ke 1 juta

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم interpretZZ mencecah 1 juta paparan Wow, sedar-sedar hari ini interpretZZ telah mencecah penanda aras 1 juta paparan. Terima kasih sekali lagi kepada para pembaca interpretZZ. Ketika menyedari hal ini, Tedi sedang menyunting kiriman bertajuk  My Beautiful Malaysia, Kuala Kangsar , belum pun siap lagi, baru masukkan 2 keping gambar, tapi biasalah kan Tedi memang buat perlahan-lahan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kerana kekangan masa. Tambahan menaip kiriman dalam blog ni pun  stress juga. Tapi sebab nak capai tahap macam inilah ia perlu diusahakan juga. 20200615, tarikh di mana interpretZZ mencatat paparan ke sejuta. Rekod sebelum ini ialah bacaan ke 500,000 iaitu pada 26 Mac 2018. Ini bermakna interpretzz mengambil masa seperti di bawah untuk mencapai 500000 bacaan: 2 tahun 2 bulan 19 hari 812 hari. Ini bermakna bacaan purata sehari bagi 500000 bacaan terkini ialah 616 bacaan sehari. Terima kasih semua.

Bawang putih kurangkan kahak bayi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Kahak yang terkumpul, iaitu lendir tebal yang dihasilkan oleh paru-paru bayi dan saluran pernafasan atas boleh sangat mengganggu bayi. Ada beberapa punca penghasilan kahak yang banyak seperti: jangkitan kuman pada saluran pernafasan, radang, penyakit paru-paru, dan cystic fibrosis Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, sediaan bawang putih mungkin boleh membantu membuang kahak dan membantu penyembuhan segera. Apa-apa pun pastikan kita merujuk kepada doktor dan pakar perubatan sebelum beri apa-apa sediaan herba kepada bayi. Sedikit Sejarah Mengenai Bawang Putih Bawang putih mempunyai sejarah panjang dalam penggunaan sebagai bahan perubatan pada masa silam, bermula di Asia, Mesir, dan Greece. Di Mesir dan Greece ia terkenal di kalangan buruh sebagai bahan yang memberikan kekuatan dan tenaga. Di China ia digunakan sebagai bahan perubatan untuk membantu sistem penghadaman, termasuklah masalah jangkitan cacing, dan cirit-birit. Pengamal perubata...

Beralih kepada Sophos

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Beralih pula kepada Sophos Komputer Windows 7 Tedi ni terlalu usang, namun masih digunakan kerana Tedi hanya mahukan penggunaan ringan iaitu untuk menaip dan edit gambar sahaja. Masalahnya sekarang ialah sudah semakin sukar untuk mencari antivirus yang sesuai. Kini Tedi mencuba pula antivirus daripada Sophos, satu nama yang Tedi tidak pernah dengar.  Sophos Group plc adalah syarikat perisian dan perkakasan keselamatan Britain. Sophos mengembangkan produk untuk titik akhir komunikasi, penyulitan, keselamatan rangkaian, keselamatan e-mel, keselamatan mudah alih dan pengurusan ancaman bersatu. Pakcik Khalid memberi nasihat bahawa sudah cukup gunakan Microsoft Defender, tidak perlu gunakan Sophos. tetapi Tedi masih ingin mencuba antivirus ini. Walaupun Tedi mulai merasakan bahawa komputer riba Tedi semakin perlahan semasa  start . 20200615 Sebelum ini Tedi telah beralih kepada BitDefender. BitDefender ternyata telah memainkan pera...

Santai bersama zirafah di Giraffe Manor, Nairobi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Satu peluang yang luar biasa untuk bercuti dan bersantai bersama Sang Zirafah. Sedangkan kita nak jumpa zirafah pun susah, dalam Zoo Negara pun belum tentu bertemu. Namun di Nairobi ada satu tempat di mana kita boleh berkongsi hidup dan menimba pengalaman bersama zirafah-zirafah di sana. Cuma hotel yang dinamakan Giraffe Manor itu adalah hotel percutian mewah, maka kita kena jadi kaya dulu baru boleh berangan nak ke sana. Hotel ini terletak di Kenya dengan tanah seluas 12 ekar tanah peribadi dan 140 ekar hutan asal. Cerita banyak tak guna, kalau nak bercuti di sana boleh Google sahaja melalui laman web. Tedi ringkaskan pengalaman yang bakal dialami oleh para pengunjung di sana melalui koleksi foto di bawah. Seekor zirafah menghulurkan kepala melalui tingkap untuk bersarapan bersama pengunjung hotel Dua ekor zirafah menghulurkan kepala melalui tingkap untuk bersarapan bersama pengunjung hotel       Pengalaman ...

Malaysia negara ke-56 terbahagia di dunia

Imej
Nampaknya Tedi bukanlah seekor beruang yang rajin ber-travellog. Ayat di atas mungkin cukup sebagai alasan untuk Tedi masih tidak mencoretkan kisah jalan-jalan Tedi di Sabah. Lagi naya, Tedi tak sebut pun Tedi dah balik dari Sabah pada 7 September 2013 merangkap hari Sabtu yang lalu... hehehe... Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menerbitkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013. Merujuk kepada tajuk di atas, Earth Institute yang bertapak di Columbia University dengan sukacitanya telah menerbitkan 1 laporan bertajuk " World Happiness Report 2013 " yang meletakkan setiap negara daripada 156 buah negara di dunia mengikut susunan kebahagiaan rakyatnya. Kajian ini adalah bagi selang masa 2010 sehingga 2012. Malaysia menduduki tempat ke-56 dengan 5.760 mata. Perbandingan dengan unjuran tahun 2005 sehingga 2007 pula mendapati rakyat Malaysia semakin tidak bahagia dengan penurunan 0.377 mata. Berikut ranking kebahagiaan bagi Malaysia dan negara-negara jiran. Singapura (...

Kedah FA Tak Patah Kaki

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم ALOR SETAR : Ketua jurulatih Kedah FA , Aidil Sharin Sahak yakin skuad Lang Merah masih kukuh meskipun berhadapan tekanan isu gaji tertunggak dan berita mengejut mengenai seorang pemain Kedah FA mahu meninggalkan pasukan itu. Menurutnya segala isu yang dihadapi skuad Kedah FA tidak sesekali akan melemahkan semangat dan mengganggu persiapan pasukan Kedah FA dalam menjalani semula latihan yang dijadualkan 23 Jun ini. Saya sentiasa berhubung rapat dengan semua pemain Kedah FA untuk mengetahui permasalahan yang mereka hadapi termasuk isu tunggakan gaji, selain pemain senior turut berperanan mengukuhkan persefahaman pasukan. "Saya percaya dengan perkembangan positif yang ditunjukkan ini mampu mengukuhkan lagi perhubungan dan keyakinan setiap pemain yang ada dalam pasukan." katanya. Aidil juga yakin berita mengenai seorang pemain yang mahu meninggalkan Kedah FA seperti yang tersebar semalam tidak akan mengganggu keharmonian serta keya...

Karya agung: Canon D (Pachelbel's Canon)

Imej
Master selalu kata lagu Bawaku Pergi oleh Zizan dan Kaka macam saduran sebuah lagu lama. Master kata lagu itu dibawa oleh Spice Girls , tapi Master sampai sekarang tak ketemui lagu bawaan Spice Girls yang dikatakan itu. Maka Tedi mula melakukan eksplorasi sendiri. Lagu yang mungkin menjadi saduran Bawaku Pergi. Pachelbel's Canon Salah sebuah lagu yang Tedi dengar mempunyai rima yang mungkin disadur Bawaku Pergi adalah Canon D atau Pachelbel's Canon. Tedi dengar lagu ini memang dahsyat, ia seolah mengimbau memori. Berhantu! Sebab itulah agaknya Bawaku Pergi ni jadi berhantu juga, dek kehebatan lagu klasik ini. Lagu ini telah dibawa dalam pelbagai versi seperti: Canon Rock oleh Jerry C Versi Piano oleh iklan Tosando Music , iklan ini menjadi viral dan berjaya membuka hati ramai warga dewasa Jepun untuk belajar piano. How Where When oleh Cleo Laine dan James Galway. Klasik ala Pagagnini.  Persembahan muzik klasik yang kelakar. OST Drama My Sassy Girl . ...

Prev Next

Popular