Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Hang Kedah tang mana?

Imej
Malam itu Master sertai permainan badminton dengan kawan-kawan barunya. Tiba-tiba sahaja ramai yang menegurnya. Teguran itu pula dalam loghat utara, loghat Kedah. "Hang Kedah tang mana?" "Jeles aku dengan jersi hang ni" Master jawab, "Aku asal Negeri Sembilan" "Habis, awat hang pakai jersi Kedah ni??" "Alah, mula-mula aku tengok bola dulu, aku tengok Kedah main cantik." Ramai mula menerima jawapan Master tu walaupun di Malaysia ni selalunya sokongan diberikan kepada pasukan negeri kelahiran masing-masing. "Alah, kalau korang boleh sokong Manchester United, takkan aku tak boleh sokong Kedah?" , hujah keramat Master. Setahu Tedi, ada seorang artis Malaysia, iaitu Yusri KRU , suami kepada Lisa Surihani yang gemar memakai jersi pasukan-pasukan negeri di Malaysia, tanpa mengira negeri, mungkin satu langkah selamat dalam menyatakan cinta kepada bolasepak tanah air. Yusri dengan jersi Pulau Pinang Yusri de...

Skuad Piala Dunia 2014 yang Tedi sokong?

Imej
Jujurnya Tedi tidak menjadi penyokong kepada mana-mana pasukan pun. Selalunya pada setiap edisi Piala Dunia, Tedi akan melihat kepada pasukan underdog atau pasukan tidak ternama yang tiba-tiba sahaja memecah tradisi menewaskan pasukan gergasi. Namun tahun ini Tedi tidak ketemu pasukan itu, maka Tedi mengalih pandangan kepada pasukan-pasukan lain untuk disokong. Cuma mungkin Costa Rica berbaloi untuk diikuti pada musim ini? Pagi ini Tedi menculik komputer Mommy untuk menjenguk interpretZZ . Walaupun komputer ini tidak punya cukup kelengkapan seperti markas rasmi interpretZZ, memadai untuk Tedi mengisi laman yang terbiar sepi.... chewah, ayat novel lak dah... Ramai bertanya Tedi sokong pasukan mana sempena Piala Dunia 2014 ini, dan jawapannya seperti biasa Tedi tiada pasukan untuk disokong, selagi Malaysia a.k.a Harimau Malaya tidak menjejakkan kaki mereka ke Piala Dunia. Namun jika Tedi menonton Piala Dunia 2014, Tedi nak melihat persembahan Jerman , Belanda dan juga ...

Pening Kepala

Walaupun pening kepala boleh terjadi kerana kesan sampingan akibat pengambilan beberapa ubat tekanan darah tinggi, ia tidak disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun, pening tidak boleh diabaikan, terutamanya jika berlaku secara tiba-tiba. Pening kepala yang mendadak, kehilangan keseimbangan atau koordinasi dan masalah untuk berjalan adalah tanda amaran strok.

Lukisan Rumah Usang

Imej
Hari ini Tedi nak meninjau beberapa lukisan rumah usang. Kenapa pula Tedi gatal tangan nak meninjau lukisan-lukisan rumah usang ini? Kerana ia ada kena mengena dengan kerja sekolah yang Tedi perlu siapkan untuk kawan-kawan di luar sana. Lukisan rumah usang oleh Susan Isakson Gambar ringkas rumah usang dari http://talesfeaturingthepenguinsdemise.blogspot.com/2011/02/story-saturday-part-one-of-zompocalypse.html. Walaupun ringkas namun cukup jelas menggambarkan keuzuran rumah tersebut. Jika dilukis dengan lebih professional mungkin akan menjadi lukisan yang mengkagumkan kita semua. Wow! Lukisan rumah usang di atas bukit karya Che Hafizie Che Ahmad ini memang memukau indera penglihatan Tedi! Walaupun dari segi pewarnaan dan strok lukisan tidak menampakkan keusangan sebuah rumah, namun belia mengambil inisiatif dengan melukis tumbuhan menjalar yang menyelimuti rumah tersebut. Selain itu lukisan bukit juga tidak menghampakan. Lukisan ini Tedi panggil lukisan ru...

Macam mana CX5?

Imej
Apakah komen Master selepas pandu uji Mazda CX5 pada Sabtu lepas? "So, macam mana pengalaman kau pandu uji Mazda CX5 tu?" Soalan daripada Mr J itu memulakan bicara di stesen kerja beliau, tatkala Master agak mengantuk pada saat itu. "Bagus, pengendalian dia bagus." Bagi Master, CX5 yang diuji Sabtu lalu agak mengejutkan kerana mudah dipandu, dengan sistem kemudi yang ringan, manakala pandangan hadapan sangat luas, lebih luas berbanding memandu kereta sedan, sedangkan CX5 lebih besar. "Tapi aku tak berkenan 3 perkara."   CX5 ternyata punyai titik buta yang luas di bahagian belakang yang menyebabkan Master agak terkial-kial untuk reverse parking, namun itu disebabkan Master tidak biasa gunakan reverse camera. Gril hadapan yang tidak sukan (sporty kata omputeh). Luas ternganga, tersengih macam kerang busuk. Tapi semasa memandu, bukannya nampak pun kan? hehehe. Ada bunyi pada tayar yang agak mengganggu semasa memandu, yang memang kurang menye...

Tutup Periuk Nasi?

Imej
Tadi Tedi baca satu kiriman mengenai perangai kurang ajar seorang peniaga di Pantai Klebang, Melaka. Kiriman bertajuk " Kedai makan popular sebab maki hamun. " itu mengisahkan mengenai sikap biadab peniaga terhadap pelanggan. Pelanggan itu rasa sakit hati dan memuatnaik gambar kedai itu ke dalam media sosial sehingga menjadi viral. Tedi percaya ramai di antara kita berasa teraniaya dek tindakan ramai peniaga di Malaysia ni. Terkadang kita rasa nak hebahkan ke seantero dunia supaya "bakal" pelanggan takkan terkena. Tedi percaya ramai juga di antara kita yang membatalkan niat itu kerana tak mahu "menutup periuk nasi" orang lain. Perkara yang sama juga sering Tedi alami. Selalu bertanya kepada diri, adakah salah jika kita menghebahkan "penganiayaan" yang berlaku ke atas kita supaya pihak lain boleh berwaspada, ata...

Menari... meminta... yong tau foo

Imej
Hari ini satu kelas sibuk menari. Sebabnya hari Sabtu nanti sekolah kami ada persembahan sempena Hari Sekolah. Kelas Tedi buat lakonan drama hantu dan ada sedikit tarian. Letih jugalah nak menari, kelam-kabut kami semuanya. Pada esok hari, kami nak kena buat raptai persembahan di hadapan ahli jawatankuasa Hari Sekolah, di mana semua kelas terlibat. Hari ini Tedi keletihan   Kelam-kabut selain menghadiri latihan tarian, Tedi kena juga siapkan kerja sekolah. Tadi ada isu baru pula apabila Kelas 7 memaklumkan bahawa kami tak boleh gunakan FTP, kena tukar kepada sFTP. Lebih malang lagi apabila pustaka yang Tedi gunakan selama ini tampak tidak menyokong sFTP. Puas Tedi cari pustaka baru namun semuanya kena beli. Jadi Tedi menguar-uarkan kepada satu kelas meminta bantuan mereka jika mereka ada pustaka yang sesuai dengan kerja sekolah Tedi itu. Esok Tedi akan berdiskusi dengan mereka dan semoga kerja Tedi siap esok. Bang, dua ringgit bang...     Jam 2 ...

Mega Raya Arisha

Imej
Jualan Mega Raya 21 Julai 2012 - 2 September 2012 Tudung Lovely Arisha ARISHA TEXTILE, No. 1181, Ground Floor, Jalan Hulu Pasar, 15000, Kota Bharu, 09-7443-246. Ayu dan Azhan, 23 Ogos 2012 koleksi tudung lovely arisha, cara memakai tudung arisha, tudung three layer 20120723 

Cat kereta murah di kawasan Jenderam

Imej
Bukan senang menemukan bengkel cat kereta yang murah dan bagus kerjanya. Rencana ini Tedi nukilkan sebagai rujukan jika diperlukan pada masa hadapan. Seorang daripada jiran kami, keretanya telah dilanggar, agak sedikit, namun kena 4 bahagian. Selalunya walaupun sedikit, tapi kalau dah 4 panel tu, kena keluar duit dalam RM 800 (lapan ratus ringgit sahaja) jika dikira satu panel perlukan kos RM 200 (dua ratus ringgit sahaja). Tapi jiran Master ni keretanya dibaiki dengan modal RM 450 (empat ratus lima puluh ringgit sahaja), untuk kereta Proton SAGA BLM. Melihat kepada hasilnya, nampak memuaskan. Bengkel kereta seperti diceritakan terletak di rumah pemilik berhampiran kedai bundle di Jenderam. Boleh hubungi Hairi, 012-3386801. f 20151222

The Genghis Khan Statue

Imej
Genghis Khan adalah penakluk Monggol yang berjaya mengukir sejarah apabila menyatukan bangsa Monggol dan kemudiannya menyerang kuasa-kuasa besar lalu membina empayar Monggol. Patung Genghis Khan   The Genghis Khan Statue merupakan patung Genghis Khan menunggang kuda yang mempnyai ketinggian 40-meter. Terletak di tebing Sungai Tuul di Tsonjin Boldog (54km di timur Ulan Bator ). Patung ini secara simbolik menghadap selatan ke arah negara China. Patung ini terletak di atas Genghis Khan Status Complex , sebuah pusat perlancongan setinggi 10 meter dan mempunyai 36-columns mewakili 36 khan bermula dari Genghis Khan ke Ligdan Khan . Patung ini direka oleh pengukir D Erdembileg dan arkitek J Enkhjargal pada 2008. Pelancong boleh melihat pemandangan melalui kepala kuda dengan melintasi bahagian dada dan lehernya.  

[T16G06] Rumah Usang di Kampung Kijing

Imej
Alhamdulillah, kami tiba di rumah usang arwah tokki Master di Kampung Kijing, Marang, Terengganu sebelum jam 9.00 malam tadi. Di rumah ini Master ada banyak kenangan zaman kanak-kanak, rumah kayu yang dibina dengan kerjasama gotong-royong penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan. Rumah usang ini kini bocor di beberapa tempat, dan lantainya juga mereput di beberapa bilik. Empat buah bilik di rumah usang ini tiada berpenghuni dan kepulangan Master dan keluarga ketika raya sesekali memenuhi ruangan yang lama sepi. Malangnya pewaris rumah ini masing-masing tiada berharta atau mampu untuk memeliharanya. Nasib baik juga kayu yang digunakan adalah kayu balak yang tahan lama, cuma dinding, lantai dan atap sahaja yang lemah dimamah usia. Berapa lamalah rumah ini boleh bertahan? Adakah generasi ketiga keluarga Master nanti boleh membantu memelihara rumah usang ini? Hanya Allah sahaja yang punyai pengetahuan. Gambar bahagian dalam bilik tidur di rumah pusaka di Kampung Kijing. Keliha...

Seperti hendak menepung tiada berberas

Imej
Maksud Peribahasa "Seperti hendak menepung tiada berberas" Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya. Maksud mudah peribahasa "Seperti hendak menepung tiada berberas" Menepung bermaksud: menumbuk atau mengisar beras dan lain-lain hingga menjadi tepung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Menepung jagung bermaksud: me­numbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Berberas bermaksud:   mempunyai beras (Kamus Dewan Edisi Keempat) Peribahasa "tak berberas akan ditanak" bermaksud tidak ada kepandaian untuk dipertunjukkan (dalam keramaian dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Pada masa dahulu, nenek moyang kita menghasilkan tepung daripada beras. Beras ini ditumbuk menggunakan lesung sehingga menjadi tepung. Oleh itu, barang asas untuk membuat tepung ialah beras. Jadi jika kita nak hasilkan tepung tapi tidak diberi beras tentulah amat tidak sesuai. Contoh ka...

Cinta Sang Biawak (3 foto oleh Alexey Tymoshenko)

Imej
Siapa kata Sang Biawak tidak pandai bercinta? Malahan mungkin lebih romantik daripada manusia. Hehe, habis la Master kalau Mommy nampak gambar2 ni. Mesti nanti Mommy kata Master tak seromantik Sang Biawak. Mungkin juga kita boleh guna biawak sebagai bidalan, " Romantik seperti Biawak. " Oleh itu Tedi cadangkan kepada kaum wanita agar jangan teruskan membaca, takut2 anda diselubungi cemburu yang teramat sangat! Takkan cemburu dengan biawak kot? Foto2 ini diambil oleh  Alexey Tymoshenko di laman belakang rumah ibu bapanya setelah memerhatikan gelagat biawak ini selama bertahun-tahun. Foto2 ni dah lama, tahun 2011, Tedi baru terjumpa dalam notebook, hehe. Tedi kongsi semula la untuk segarkan memori, mana tau ramai lagi yang tak pernah tengok gambar2 ni. Tedi tak tahu binatang apa sebenarnya ni, tapi Tedi panggil biawak je la. Nak panggil Cicak, besar sangat la pulak! Biawak jantan bawa bunga ke atas sepohon bunga jugak. Kemudian diikuti Biawak betina yang turut m...

Kerja Kosong di Kedai Mr DIY Putra Nilai

Imej
Kepada mereka yang berminat untuk bekerja sebagai Penyelia (Supervisor), Pembantu Penyelia (Supervisor), Juruwang (Cashier), Pembantu Kedai (Store Assistant) dan Jurujual (Promoter) di kedai MR D.I.Y Bandar Baru Nilai bolehlah menghubungi encik Vince Ng untuk menetapkan sesi temuduga di talian 016-6611490 . Iklan MR DIY vacancy ini Master Tedi snap pada 22 April 2017 yang lalu. Alamat MR DIY Bandar Baru Nilai adalah di 9 Avenue Nilai (9AN), Lot no A7, A8, A9, A10, 1st floor, 9 Avenue Taman Korporat Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan . Jika kawan-kawan tak tahu di mana lokasinya, bolehlah ke Giant Nilai atau guna sahaja lokasi yang Tedi sertakan di bawah. Semoga sesiapa yang berminat bekerja di sana mendapat pekerjaan yang halal dan diberkati Allah. Amin. Lokasi kedai Mr D.I.Y Nilai: 20170513

QS: Berhala tak patut disembah

Imej
Surah Al-'Araf: Ayat 194-198 Hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang layak disembah kerana Dia-lah Pencipta seluruh alam. Kenapa manusia harus menyembah selain daripada-Nya yang hanya sekadar makhluk serupa dengan keadaan manusia itu sendiri. Apatah lagi berhala-berhala yang kaku, buta, bisu, pekak, tidak dapat menolong diri mereka sendiri apatah lagi manusia. Entah-entah, berhala itu sendiri berdukacita kerana dizalimi oleh kesesatan manusia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang. Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (194)  Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat denganny...

Berjalan-jalan bersama singa

Imej
Protea Hotel Ranch Resort di daerah Limpopo, Afrika Selatan menawarkan satu pengalaman luarbiasa iaitu berjalan di kawasan padang rumput savannah bersama singa-singa di sana. Ada berani?

Lukisan Rumah Kampung

Imej
Rumah kampung di Malaysia selalunya digambarkan oleh ciri-ciri berikut: Dibina menggunakan kayu dan daun nipah. Dibina tinggi dari permukaan tanah kerana mengelakkan banjir. Mempunyai banyak tiang. Mempunyai jendela yang luas untuk membenarkan peredaran udara. dikelilingi persekitaran yang menghijau. Mempunyai aksesori seperti tempayan, basikal, sangkak ayam dan macam-macam lagi. Mempunyai bumbung yang tinggi untuk membenarkan peredaran udara. Tetapi itu adalah ciri-ciri tipikal rumah kampung Melayu. Rumah kampung Cina dan India boleh sahaja masih berdinding kayu tapi berlantaikan tanah yang dipadatkan. Rumah kampung di Sabah dan Sarawak pula diwakili oleh Rumah Panjang mengikut kaum masing-masing. Kiriman ini akan menunjukkan beberapa contoh lukisan rumah kampung...

Kereta Baru Paling Berkualiti Dikeluarkan oleh

Imej
Buat pertama kalinya dalam berdekad-dekad, pengeluar kereta mewah tidak menduduki tempat pertama dalam senarai J.D. Power Initial Quality Study yang dikeluarkan setiap tahun. Jenama yang menduduki di tempat pertama kali ini adalah pengeluar kereta Korea iaitu KIA . Autoblog melaporkan penemuan dalam kajian bagi tahun 2016 tersebut. Pentarafan tahunan ini adalah berbeza dengan senarai J.D. Power yang mengukur kebolehbergantungan jangka masa panjang, tetapi sebaliknya melalui masalah yang dihadapi oleh pemilik kereta baru dalam masa 90 hari. Kia menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut buat pertama kali dalam sejarah, diikuti oleh Porsche , dan Hyundai di tempat ketiga. Toyota menduduki tempat keempat, manakala BMW di tempat kelima. Tempat terakhir diduduki oleh Smart , diikuti FIAT yang baru kembali ke pasaran Amerika 5 tahun lalu, diikuti Volvo di tempat ketiga akhir. Land Rover berada di tempat keempat terakhir dan tempat kelima akhir dikongsi oleh Mazda , Mini , d...

Sakinah peraga kerusi bean bag

Imej
Beli beanbag berharga RM 299 di Giant Nilai.. Mahal tak kerusi tu? Mahal kan? Tapi Mommy telah berjaya membeli 2 biji dengan harga RM 299 sebiji dan beli lagi sebiji dengan harga RM 1. Ye... betul... RM 300 dapat 2 biji sahaja. Ada yang bertanya ada lagi tak bean bag tu? Tak pastilah ada lagi atau tidak. Baru Tedi sedar yang bean bag ni menjadi kegilaan zaman kini. Tapi bukan pasal pembelian bean bag tu yang Tedi nak kecohkan, sebaliknya perangai mengada-ngada si Sakinah dengan bean bag yang Mommy beli tu.... benci... Kaki pendek ada harapan nak duduk atas kerusi tu... sungguh tak sedar diri si minah ketot ni... Ewah, yang hitam dia dah bolot, yan...

Cendol Bakar di Dengkil

Imej
Tadi Master bawa Tedi lalu di Jalan Pintasan Putrajaya-Dengkil. Tedi nampak ada kedai Cendol Bakar. Sumber gambar:  Aisy-Nasiha: Cendol Bakar Dengkil   Rasanya kedai ni sudah heboh diperkatakan orang di Hulu Selangor. Nanti la Tedi nak ajak Master pergi sana, tengok macam mana dia bakar cendol tu. Kedai ni bukak siang je kot? Sebab bila kami lalu dalam jam 9 malam, dah gelap. Patut la tak pernah perasan sebelum ni. Gambar belum ada sebab Mommy malas tangkap gambar. Huh! Peta ke lokasi kejadian . 20130519

Kereta Grab Touch 'n Go perkasakan mobiliti bandar

Imej
Tadi semasa berjalan-jalan di Bangsar South, Tedi terserempak dengan tiga buah Grab Car. Biasalah kan jika bertemu dengan Grab Car di bandaraya Kuala Lumpur di Malaysia ni? Cuma kali ni Grab Car yang Tedi nampak menampakkan kelainan berbanding dengan Grab Car yang Tedi selalu nampak.

Kereta Kebal Paling Teruk Semasa Perang Dunia Ke-2

Imej
Perang Dunia Ke-2 mengambil masa 6 tahun untuk ditamatkan. Tempoh perang yang panjang itu menyebabkan pihak Tentera Bersekutu dan Tentera Axis masing-masing menghasilkan idea yang ganas untuk kereta kebal mereka, tidak kurang juga di antaranya idea yang teruk. Kereta Kebal King Tiger/Tiger II Kereta kebal ini adalah satu percubaan pihak Jerman untuk menghasilkan kereta kebal yang paling kebal pada Perang Dunia Ke-2, namun sebaliknya ia tidak boleh diharapkan kerana punyai banyak masalah. Rekaannya sangat teruk, menggunakan terlalu banyak bahagian yang sepatutnya boleh diringkaskan dan ia merana disebabkan ketidakberkesanan beberapa bahagian seperti enjin yang kurang berkuasa. Tiger II selalu alami kebocoran minyak, patah drive shaft disebabkan perisainya yang berat, dan tidak mampu bergerak jika salah satu roda rerantai besinya berhenti kerana rekabentuk saling terkunci di antara roda-roda. Apabila kereta kebal Tiger II mula beroperasi pada tahun 1944, anggota German Panzer yang ...

Prev Next

Popular