Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Aidan 5 bulan 16 hari

Imej
Perkembangan bayi lelaki Aidan kini berumur 5 bulan dan 16 hari. Animasi Aidan sedang tersenyum atau tergelak memakai baju bayi bertemakan ikan bertajuk Fishes. # Thursday, 14 November 2019, 14:58 # 20191114 # DSC_0040-ANIMATION # kamera telefon pintar Sony G3226 #

Ku Sangka XV STI Bermasalah.. Rupa-rupanya...

Imej
Semalam Mommy mengadu kepada Master mengenai kehadiran cecair kekuningan pada bumper depan XV STI yang baru dibeli. “Nampak macam minyak, tadi dah lap tapi ada balik” – kata Mommy. Lebih Teruk Berbanding Proton!   Master bertenang dan cuba fikir dengan rasional. Marah juga dalam hati kalau kereta yang baru dibeli dah ada leaking di mana-mana. Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM pun tak seteruk itu pada masa dibeli! Tapi kena sabar dulu, sudah banyak kali Master menuduh melulu, kasihan mangsa-mangsa tuduhan beliau, jadi Master sudah practice untuk sabar dan selidik dulu. Tambahan pula Master cuba sedapkan hati bahawa kenderaan yang baru dibeli itu takkanlah bermasalah. Pada masa itu pun Master sedang memandu Duel Blits Monster pulang dari Mydin Seremban 2 ke rumah, tiada apa boleh dilakukan. Sampai ke rumah, selesai mengangkut hasil belian di Mydin Mall Seremban 2 tadi, Master segera menghadap XV STI, memang ada kelihatan cecair berminyak pada bumper hadapan XV...

Apakah itu BR1M? ... Kerja rumah Tedi.

Imej
Hari ini cikgu Tedi yang bernama Cikgu Besar Pogy bagi Tedi kerja rumah yang memerlukan Tedi dan kawan2 membuat 1 karangan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia. Camne ni? BR1M  - adalah pemberian sekali beri (one-off payment) sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kasar RM 3,000 dan ke bawah. 

Burung terawal ditemui! Dawn 10-juta tahun lebih tua daripada Archaeopteryx

Imej
Burung 'Dawn', Aurornis xui, dipercayai hidup pada 150 juta tahun dahulu dan diselaputi bulu-bulu pelepah, namun berkemungkinan tidak boleh terbang Fosil ditemui di China, dengan ciri-ciri: Saiz sebesar ayam (jangan ingat dinosaur semuanya besar jer ) Set gigi segitiga halus Diselaputi bulu dari hampir keseluruhan kepala ke kaki Dijangka mempunyai bulu panjang yang direka untuk terbang Fosil lengkap (semua anggota badan ada, susah nak jumpa fosil camni ) Ditemui di kuari di Liaoning Province berhampiran sempadan Korea Utara. ... .... Fosil Aurornis Xui yang ditemui di sebuah kuari di Liaoning Province ....  .... Aurornis Xui ada hubungan saudara dengan Archaeopteryx? Aurornis Xui membuktikan Archaeopteryx adalah seekor burung. Archaeopteryx adalah burung yang boleh terbang. Gambaran artis. http://en.wikipedia.org/wiki/Archaeopteryx Aurornis xui berkait dengan Archaeopteryx , burung-dinosaur-terbang yang pertama (tak semua burung-dinosaur boleh terbang). Kedua-duanya dari kel...

Cirit-birit di ambang tahun baru 2019

Imej
Pada 31 Disember 2018, Isnin, hanya Master pergi bekerja manakala Mommy cuti dan tinggal menjaga Aina di rumah. Sekitar petang hari yang sama Mommy memaklumkan bahawa Aina cirit-birit. Entah berapa kali Master kena basuh berak Aina pada malam itu, tetapi Aina masih cergas, jadi kami tidak membawanya ke klinik. Aina juga kurang minum susu dan makan, dia lebih banyak minum air masak sahaja. 31 Disember 2018 jam 11:31 malam hari Isnin Aina tertonggeng sedang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah di ambang tahun baru 2019, dia berumur 1 tahun 10 bulan 9 hari pada masa ini. Xiaomi Redmi Note 5A 1 Januari 2019, Aina masih lagi cirit-birit tapi dia juga masih aktif. 1 Jan 2019 jam 12:25 tengahari hari Selasa Aina duk melayan Omar Hana, cirit-biritnya masih belum kebah. Bayi perempuan berumur 1 tahun 10 bulan 10 hari. XiaomiR Redmi Note 5A Animasi Aina sedang makan nasi goreng dengan lajunya, nampak benar dia kelaparan. Selain cirit-birit Aina juga selalu memuntahkan apa yang dima...

Berapa Duit Raya Nak Beri?

"Berapa RM duit raya nak bagi tahun ni?" Kalau ada manusia bertanyakan soalan ini kepada Tedi nescaya Tedi tiada jawapan untuk beliau. Kalau beliau meminta Tedi bagi pandangan berapa ringgit duit raya nak diberikan kepada si polan, nescaya jawapan Tedi ialah "tak tahu" atau "ikutlah nak beri berapa pun". Jawapan acuh tak acuh tu mungkin nampak acuh tak acuh kepada si penanya, tapi bagi diri Tedi ia adalah jawapan yang paling jujur dan punya sejarah panjang. Pada awalnya Tedi adalah beruang yang menentang pemberian duit raya ini kerana bagi Tedi ia adalah adat yang macam meniru budaya kaum lain. Tedi agak bengang apabila kanak-kanak datang rumah berikan ucapan "kami datang nak beraya, tak makan pun tak apa", maksudnya walaupun Master ketika itu masih tak sempat menyediakan juadah selalunya kerana baru pulang dari kampung, kanak-kanak ini datang dan kata mereka tak perlu makan asalkan diberi duit raya! Ini adalah sesuatu yang negatif, raya su...

Era Master berkasut Nautifit

Imej
Akhirnya Master memilih pasangan baru... Pasangan apa tu? Pasangan kasut daa... Tarikh 6-Januari-2017 menjadi titik noktah bermulanya kehidupan baru Master berkasutkan sepasang kasut baru untuk ke tempat kerja. Kasut kerja itu Master beli di AEON Mall Kota Bharu pada 1-Januari-2017 yang lalu. Itupun setelah terpaksa...... Kasut yang Master pilih kali ini adalah daripada jenama Nautifit, bukan kerana Master seorang yang naughty , tapi kerana beberapa faktor yang akan diceritakan sebentar sahaja lagi, itupun jika kawan-kawan sudi scroll ke bawah. Perkara pertama yang Master akan pandang pada sepasang kasut (ataupun sebelah kasut) adalah tapaknya. Kenapa tapaknya? Kerana ia adalah nadi kepada keberkesanan sepasang kasut. Master akan memilih tapak kasut yang mencengkam, tahan lasak, dan mudah lentur ( flexible ). Master akan pergi ke semua kasut, dan dengan pantas meneliti tapak kasut setiap kasut tu satu-persatu, jika tidak sesuai terus sahaja Master reject . Jika bunga tapaknya ...

Membeli-belah di AEON Seremban 2

Imej
Pertama kali Master bawa kami ke Seremban 2. AEON Jusco Seremban 2 Mommy mahu membeli-belah di AEON. Tapi kalau boleh tak mahu masuk ke Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya kerana Master menjangkakan kesesakan lalu lintas bakal berlaku. Setelah di-Google-Map, Tedi mendapati bahawa AEON Seremban 2 boleh dituju kerana jaraknya lebih kurang macam ke Kuala Lumpur juga. Google Map yang baru Tedi update  dalam tablet Google Nexus 7 milik Tedi ni nampaknya sudah ada tambahan Google Navigation versi beta. Kali ini ada pilihan jalan alternatif dan disertakan juga petunjuk kesesakan trafik seperti dalam Google Map versi web. Bertolak ke tempat sasaran melalui Lebuhraya Utara Selatan. Seperti biasa, laluan di Nilai mesti sesak. Kami menempuh 30 minit tempoh perjalanan sebelum sampai ke destinasi. Tempat letak kereta di atas bumbung ternyata masih lengang, membolehkan kami meletakkan kereta di pintu masuk ke AEON. Dari PLUS, keluar di tol Seremban, selepas tol terus...

Cara menghilangkan kesan double tape pada dinding

Imej
Ini adalah soalan yang selalu ditanya kepada Tedi, macamlah Tedi ni selalu sangat buang double sided tape tu dari dinding. Tapi Tedi jawablah sekadar mampu. Alang-alang menjawab soalan cara menghilangkan double tape di dinding tu, Tedi kepilkan sekali dalam interpretZZ, kan senang, hehehe. Gunakan pengering rambut Jangan gelak. Gunakan pengering rambut untuk panaskan gam pada pita pelekat tu. Kemudian bolehlah kikis gunakan kad macam kad ATM tu... Selain pengering rambut, Tedi suka gunakan steam iron... ada air panas keluar, alah, guna teknik macam nak cabut setem daripada sampul surat. Gunakan WD40 atau alkohol  Selain itu Tedi ada juga gunakan WD40, selain alkohol. Alkohol yang dimaksudkan adalah pencuci macam pencuci kaset tu.   Pencuci kaset pun boleh digunakan sebab ada alkohol, tapi tak berbaloilah Basahkan kain dengan cecair tu kemudian sapu perlahan-lahan. Tapi leceh jugalah guna cara ni. Gunakan air panas dan sabun pencuci pinggan Teknik ni Tedi gunakan apabila ...

Top-up Gas Air-Cond Subaru XV kali ke-2

Imej
   Kami singgah di Seong Hing Car Air-Cond & Accessories untuk tambah gas pendingin hawa Subaru XV. Buat kali kedua dalam tahun 2019 penghawa dingin Subaru XV kehabisan gas. Ini adalah masalah yang mengecewakan buat sebuah kereta yang baru berusia 4 tahun dan baru bergerak tidak sampai 70,000 kilometer.    Secara jujurnyalah kan selama menggunakan Proton SAGA BLM selama 10 tahun dan Proton Persona berusia 10 tahun, kami tak pernah hadapi masalah air-cond. Mungkin cuma pada kereta Proton Persona tu masalah air-cond yang kami hadapi ialah ia tak boleh ditutup! Nak juga terbuka walaupun dah tutup.    Tapi lebih baiklah berbanding Subaru Xv ni dah 2 kali tambah gas. Mekanik tu pun kata compressor air-cond Subar XV ni tunggu masa je nak rosak sebab ada bunyi bising. Kepada yang nak beli Subaru XV tu, semoga anda lebih bernasib baik. * Seong Hing Car Air-Cond & Accessories * Telefon: 013-6235053* # Sunday, 17 November 2019, 14:56 # IMG_20191117_145627 # ...

Bahana tampal poster merata-rata.

Imej
Tedi singgah tempat kerja Master. Dek kerana perut Tedi yang buncit ni kelaparan, maka Tedi mengambil keputusan drastik untuk mencari makanan di kafe berdekatan. Tempat kerja Master terletak di sebuah IPT. Biasalah di IPT banyak aktiviti. Bila banyak aktiviti, maka banyak la poster untuk menghebahkan aktiviti masing-masing. Berjalan menuju kafe, Tedi melihat seorang makcik terkial-kial menghilangkan kesan double-tape yang digunakan oleh para penampal poster di dinding. Dia terpaksa kikis kesan double tape tersebut sehingga menghakis cat di dinding. Hutang Gambar:  Gegar Minda Tedi pergi la makan. Malangnya di kafe itu hanya jual makanan manusia sedangkan Tedi hanya makan ikan segar daripada sungai! Nasib baik la tepi kafe tu ada sungai, maka Tedi pun berenang-renang la mencari sesuap dua ikan. Renangan Tedi itu sekali-sekala diiringi biawak2 yang romantik di sana. "Yeah, ikan besar, bolehlah kenyang sejam dua!" Hutang gambar:  The Story of Bear & Fi...

Hari ini kabinet baru... Tukar kabinet ka?

Imej
Master borak2 dengan jiran dia. Tedi duk sekali kat tepi sebab tunggu Master hantar Tedi pergi sekolah. "Hari ni kabinet baru.", jiran maklumkan Master. "Owh, kabinet dapur?", Master lak tanya sebab Tedi tau Master hairan kerana jirannya baru je pasang kabinet dapur awal tahun ni, takkan tukar lak? Rosak ke? Rajinnya jiran Master tukar kabinet dapur? http://www.oppein-malaysia.com/e-commerce/index.php/cPath/1   "Bukan... kabinet.", jiran Master jelaskan lagi. "Kabinet? Kabinet apa? TV?", Master makin keliru. Jirannya itu pun baru je pasang kabinet TV. Bukan kabinet dapur? Habis tu kabinet TV? Bukankah kabinet TV jiran Master tu baru lagi? http://www.wesonkitchen.com.my/promotion_tv.htm "Bukan, kabinet... Parlimen.", jelas jiran Master. "Owh, haha." Pastu Master minta izin untuk beredar sebab dah lambat hantar Tedi pergi sekolah. Tedi gelak sekor2. Tak tau la Mommy dengar tak, tengok Mommy tak gelak ...

SmartTAG baru bermasalah?

Imej
Ramai tanya perihal SmartTAG yang terbaru ni. "Bateri cepat sangat habis"; Jawab CSA sila gunakan bateri 9 volt yang lebih berkualiti dan tahan lama. "SmartTAG ni saya baru dapat, tadi cuba guna dia tak boleh detect." Sila pastikan bahagian hitam SmartTAG menghadap ke luar cermin depan, dan bahagian yang ada kad menghadap pemandu. Pastikan SmartTAG tidak dipegang dengan tangan. Seeloknya ditampal di bahaian atas cermin hadapan. "Benarkah SmartTAG baru ni tak tahan jatuh?" Ikut pengalaman Tedi, benar. Sebab SmartTAG yang sebelumnya dah tercampak banyak kali tapi okay. SmartTAG baru yang kami miliki baru jatuh sopan sekali dah jahanam bahagian display baki kad, separuh nampak separuh tidak. Kenapalah SmartTAG baru ni macam cikai sangat? Itu bab business, mungkin vendor SmartTAG baru ni sibuk cari pembekal yang lebih murah? Atau mungkin pembekal itu sendiri cuba gunakan teknologi yang tidak terbukti? Apa-apa pun dalan dunia kejuruteraan patutnya ku...

Penyu mati tersangkut pukat di Marang, Terengganu

Imej
Sedih sungguh mendengar berita kematian kawan Tedi ni, tapi itulah taqdir. MARANG – Seekor Penyu Hijau agar atau nama saintifiknya ‘Chelonia mydas’ seberat lebih 100 kilogram dipercayai mati tersangkut pada pukat nelayan sebelum ditemui mati terdampar oleh orang ramai dan kaki pancing di Pantai Kelulut di sini, kelmarin. Seorang penduduk ditemui di tempat kejadian, Awang Muda Mohamad , 46, berkata, penyu yang ditemui itu dipercayai mati lebih dua hari lalu sebelum hanyut ke pantai berdasarkan keadaan bangkai yang sudah mulai reput dan berbau. Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kepala haiwan hampir pupus itu juga tercedera.   “Ada kemungkinan penyu ini mati tersangkut pada pukat nelayan berdasarkan kecederaan pada kepalanya. Penyu jenis ini biasanya mati tersangkut pada pukat tunda atau jaring pukat pari sebelum dibuang ke laut lalu dihanyutkan ombak ke pantai,” katanya. Sementara itu, Jabatan Perikanan Terengganu ketika dihubungi Sinar Harian juga tid...

Dari Nilai ke IKEA Damansara

Imej
Hari ini Master bawa Tedi dan Mommy ke IKEA Damansara. Sebabnya Mommy nak beli apa pun tak tahulah. IKEA Damansara adalah salah sebuah tempat yang Master tak berapa gemar nak pergi. Ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta di sana kerana ramai sangat manusia. Selain itu susunan tempat letak kereta di sana amat menyeksakan kerana terlalu banyak lorong. Penyelia parking di sana pula hanya tahu meniup wisel, tapi tak mahu bantu tunjukkan di mana kawasan yang kosong. Kami pergi ke sana melalui ELITE dan NKVE dari Nilai. Tol pun mencecah lebih RM 10 (sepuluh ringgit). Keluar di Kota Damansara dan sesat di dalam sana kerana tiada papan tanda. Kami berjaya mencecah IKEA pun hanya setelah menuruti papan tanda ke Penchala Link di mana jalan ke Penchala Link adalah bersebelahan IKEA. Sampai sahaja di IKEA, ada satu lagi masalah, nak makan apa? Master orang kampung jadi dia tak berapa minat dengan kegilaan orang bandar terhadap bebola daging IKE...

U-Mobile... humm... boleh la.

Imej
Kalau nak komen banyak nanti orang cop Tedi memburuk-burukkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu pula. Hendak dijadikan cerita, ketika berkunjung ke Mydin Mall seperti yang Tedi ceritakan dalam kiriman bertajuk " Besarnya Mydin Mall Seremban 2 ", Master telah mendaftar untuk menggunakan talian pasca-bayar U Mobile dengan harga RM 28 sebulan. Tablet GOOGLE Nexus 7 keluaran ASUS.   http://www.enterpriseitnews.com.my/coverage/item/1446-the-nexus-7-tablet-launch-in-malaysia-the-first-in-sea.html Talian ini Master gunakan pada tab Nexus 7 milik Tedi (yang selalu Mommy culik buat main Candy Crush tu), agar Tedi boleh install  Whatsapp dan apa-apa app yang perlukan nombor telefon. Selain itu dengan internet mobil, diharap ia akan membantu kami dalam perjalanan apabila kami memerlukan peta atau penunjuk arah. Malangnya di Salak Tinggi ni pun tak dapat rangkaian U Mobile ni sebaliknya perlu roaming . Orang kata U Mobile roaming gunakan rangkaian Celcom. Dalam laman ...

Lorong tambah nilai Touch 'n Go di Lebuhraya Pantai Timur

Imej
Bagi pengguna LPT, kini mereka tidak perlu gusar kerana lorong tambah nilai telah diumumkan dibuka di lorong-lorong di plaza tol LPT. Di antara lorong yang terlibat adalah di plaza tol: Bentong Gambang Jabor Waktu operasi adalah dari 10 pagi sehingga 4 petang dan dari 8 malam sehingga 10 malam. 08 Mei 2016, 05:32 pagi, KLIA2. Kami baru sahaja menghantar Tok Mak dan Tok Ayah menaiki kapal terbang untuk bercuti di Bandung. Tibalah masanya untuk ambil kereta di tingkat CP7 tempat letak kereta B. Sebelum itu kami perlulah membayar tiket dahulu di CP4 atau lobi tempat letak kereta. Di situ Tedi melihat ada satu mesin untuk tambah nilai ( reload ) kad Touch 'n Go yang Master kata namanya ialah Self-service Kiosk atau Kios Layan Diri Touch 'n Go . Apa yang Tedi sempat baca pada mesin itu ialah tambah nilai ( reload ) kad TnG adalah percuma , dan kita boleh juga membeli kad baru Touch 'n Go melalui mesin itu. Jadi kepada kawan-kawan di sekitar kawasan Sepang ...

Sotong gergasi terdampar di pantai Cantabria.

Imej
Pengunjung sebuah pantai di komuniti di negara Sepanyol dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor sotong gergasi “Sotong gergasi ini mati di laut sebelum dihanyutkan arus laut. Keadaannya sangat bagus dan hanya 1 tentakel (sesungut) yang hilang.” - Enrique Talledo Sotong itu dianggarkan berukuran 30 kaki ( 9.144 meter ) dan seberat 400 paun ( 181 kilogram ). Ia dikenali sebagai Architeuthis Dux , seekor sotong laut dalam yang hidup pada kedalaman 1000 kaki sehingga 3000 kaki di dalam laut, menyebabkan ia jarang dilihat sama ada hidup ataupun mati. Bangkai itu kini berada di Maritime Museum of Cantabria di mana ia dibekukan, Matanya sungguh besar dan dikhabarkan National Geographic sebagai pemunya mata paling besar dalam dunia haiwan. Saiza matanya boleh mencapai 10 diameter, saiz bola pantai. Dikhabarkan pihak muzium dan kerajaan sedang berebut hakmilik bangkai tersebut. Jika muzium dan para penyelidiknya memenangi hakmilik tersebut, kawan gergasi Tedi ni ...

Muslimah dan kata-kata

Imej
Kecantikan akhlak muslimah mengatasi kecantikan paras rupa Wanita ibarat bunga. Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya - nomor2.blogspot.com Betullah kata-kata di atas seperti contoh Saiyidatina Siti Khadijah, Aishah, Halimatus Saadiah, dan Rabiatul Adawiyah serta banyak lagi tokoh, nama mereka "kekal" disebut zaman berzaman kerana ketokohan dek kebagusan akhlak mereka. Kecantikan hakiki bukan dari wajah, melainkan cahaya yang keluar dari hati - Muhamad Agus Syafii Betul! Jika hati kita bagus, maka luaran kita bagus. Tentunya cahaya dari hati itu berkait rapat dengan iman. Wanita yang cantik akan membuka "mata lelaki". Tetapi wanita yang baik akan membuka "hati lelaki". -danaurindu Wanita yang mempamerkan kecantikannya boleh sahaja menarik perhatian ramai lelaki, manakala wanita yang solehah pula akan membantu tingkatkan iman seseorang lelaki. ...

Membujur lalu, melintang patah!

Imej
Hari ini berdiskusi bersama Master untuk 1 peribahasa yang Tedi rasa sangat susah nak tafsir. Peribahasa itu ialah: " Membujur lalu, melintang patah! " Tedi sengaja letak tanda seruan pada hujung peribahasa di atas supaya orang tahu yang nak sebut peribahasa ni kena guna nada keras/melawan . Makna: " Tiada apa yang dapat menghalang. " Ungkapan setara masa ini: " Lawan tetap lawan! " ??? Tak sesuai kot? hehehe. Adakah ini salah satu situasi sesuai dengan peribahasa "Membujur lalu, melintang patah"? Anwar Ibrahim Club Negeri Johor Sangkaan Tedi: Tedi sangkakan maksud peribahasa ini ialah " Kita kena menurut keadaan, kalau tidak kita mendapat susah. " Tedi bersangka begitu dengan anggapan "Membujur lalu" bermakna: kita tak mendatangkan ancaman kepada orang lain, kita diberi laluan/kebebasan . Manakala "melintang patah" Tedi sangkakan: jika kita melawan, kita akan terima hukuman . Rupa2nya sangkaan...

Sang Kibas ditembak mati manusia durjana

Imej
Sedih betul la kenangkan nasib kawan2 Tedi. Selagi kaum manusia mentadbir bumi ini, camnila rupanya. Lupakah mereka bahawa mereka khalifah Allah di muka bumi ni? Ini gambar seekor Kibas jantan. Apa? Macam biri-biri? Saudara-mara la tu kot? Sang Gajah berjaya menyelamatkan dirinya daripada dibunuh , namun malangnya 3 ekor kawan Tedi di Sungai Petani iaitu Sang Kibas telah ditembak mati   oleh manusia durjana. Dilaporkan bahawa kibas-kibas itu ditembak dalam usaha mencuri mereka. Manusia memang durjana. Manusia adil, manusia dikawani. Manusia zalim, manusia dilawani. Bersatulah wahai haiwan di seluruh pelusuk dunia. Kita lawan keganasan manusia. Cerita lain pasal kibas? Kambing Malaya Net:  Kibas: Bebiri yang sering disebut dalam sirah. Petua Pakar:  Kuah roti jala & Kibas Pemuda Sik Daily:  Kibas lambang pengorbanan Projek Kontrak Ternakan Kibas Sinar Harian:  10 Kibas Kena Sembelih Apa itu Kibas? Dah ada cerita dalam link di...

Popular