Manis Sungguh Orang Kelantan, Sakit Kepala Dibuatnya
Malam ini (29 Mei 2019) adalah malam ke-3 Master dan Mummy tidur di HUSM, dan malam ke-2 mereka tidur di Klinik Usains sempena Mummy melahirkan baby Aidan. Master keluar ke kedai Jains Rstaurant Thai Food untuk bungkus makanan sahur nanti. Adus, keluh Master. Macam mana boleh terlupa? Orang Kelantan ni manis-manis, kot terlupa selalu macam ni memang sakit kepala dibuatnya. Apa yang Master terlupa? Master lupa nak sebut Nescafe Tarik Kurang Manis... betul-betul kurang manis.. tetapi selalunya order air kurang manis dengan orang Kelantan ni tetap terlebih manis juga hasilnya. Manis Kuasa Tiga Tetapi mungkinlah takkan semanis Nescafe Tarik malam ni, rasanya macam kuasa tiga manisnya... sakit kepala dibuatnya. Tidak tahulah macam mana orang Kelantan boleh manis-manis? Tak rasa gula naik ke otak ka? Disebabkan Master dah tak tahan sangat akhirnya dia memanggil pelayan dan minta segelas air suam. Master tuang segelas air suam tu ke dalam gelas Nescafe Tarik yang terlajak manis tu,...