Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Pergi Klinik Kesihatan Salak tapi tiada elektrik, maka ke TESCO kita

Imej
   Sepatutnya pada petang Isnin (25 Feb 2019), Mummy dan Aina ada pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Salak pada jam 2 petang.    Oleh yang demikian, Mummy duduk di rumah bersama Aina, manakala Master pergi bekerja pada waktu pagi dan ambil cuti separuh hari pada waktu petang.    Apabila kami bergerak ke Klinik Kesihatan Salak, kelihatan jalan sesak kerana beberapa lampu trafik tidak menyala di sepanjang jalan. Rupa-rupanya tiada elektrik. Keadaan ini turut melibatkan Klinik Kesihatan Salak, patutlah tempat letak kereta lengang sahaja, selalunya susah nak dapat tempat letak kereta di Klinik Kesihatan Salak.    Temujanji Mummy untuk pemeriksaan kehamilan ditunda kepada pagi hari Rabu (27 Feb 2019).    Kemudian kami ke TESCO untuk membeli-belah. # Aina posing tunjuk mulut comot di TESCO Putra Nilai, belum bayar dah sibuk nak makan roti tawar Gardenia. # 25 Feb 2019 jam 16:34 hari Isnin # dirakam kamera telefon pintar Xiaomi Red...

Rekod harga susu Sustagen Junior 1+

Imej
Harga susu Nankid Optipro langkah 3 telah naik gila-gila sejak menggunakan pembungkusan baru pada tahun 2019 ini. Beza bungkusan baru susu tepung rumusan Nankid Optipro tu cuma kelihatan pada rupa luarannya sahaja sedangkan berat kandungan susu masih 1.3 kg (kilogram) tetapi kenaikan harganya adalah di antara RM 20 hingga RM 30. Kami telah mencuba susu Sustagen Junior 1+ kepada Aina dan nampaknya Aina sesuai dengan susu Sustagen Junior 1+. Setakat karangan ini dikarang, harganya paling murah ialah RM 49.88 sehingga RM 62.79. Ada beberapa susu yang lebih murah tapi pada masa ini ujikaji ke atas Aina akan dihentikan. Seperti biasa rekod ini diwujudkan sebagai rujukan pada masa akan datang. 25 Februari 2019  |  07 Februari 2019 25 Februari 2019 Sustagen Junior 1+ perisa Asli susu tepung rumusan untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun. Berat bersih 1.2 kg (kilogram). Harga RM 62.79 sekotak. # 25 Februari 2019 jam 16:48 hari Isnin # 20190225_164823 20190225 201902...

Projek Ganti Bateri Kunci Kereta Proton Persona

Imej
Salah satu projek penambahbaikan kereta Proton Persona Elegance keluaran tahun 2009 warna kelabu transmisi manual ialah menggantikan bateri kawalan jauh kunci kereta Proton Persona tersebut. Jika kawan-kawan tak tahu Proton Persona Elegance yang mana ia adalah Proton Persona lama sebelum Proton Persona SV dan boleh dikatakan Proton Persona SV adalah versi ringkas kepada Proton Persona Elegance. Salah satu masalah yang akan timbul jika baterki kunci kereta Proton Persona ni lemah ialah sukar nak kunci dan buka pintu dan jarak dekat diperlukan untuk membuka dan mengunci pintu. Pada mulanya kami sangkakan masalah itu pada butang kunci tu kerana jika ditekan kuat ia akan berfungsi. Tapi setelah menggantikan bateri kunci kereta Proton Persona Elegance kami tu kini ia berfungsi seperti baru. Bateri saiz apakah untuk ganti bateri kunci kereta Proton Persona? Ini adalah persoalan pertama ketika mahu gantikan bateri kunci kereta kerana kami tak tahu saiznya. Namun setelah dikaji, bateri ku...

POSLaju di Pejabat POS Malaysia Bukit Angkasa

Imej
Mummy nak kirim alas papan seterika kepada Mak Long Ili yang dibeli daripada kawan Mummy. Masalahnya kawan Mummy ni kalau dia nak pos alas papan seterika yang dibeli oleh para pelanggan, dia akan pos satu-satu. Gila ka apa? Tak mesra pelanggan sungguh! Macam ni lah orang Melayu meniaga, nanti kalau tak sokong kata dengki la apa la.... Tedi tak marah pun, sengaja Tedi menambah perkataan supaya cukup 500 perkataan. Biasalah tu kan dalam karangan kita kena merapu nak bagi nampak panjang berjela-jela biarlah cikgu atau kawan-kawan malas nak baca. Mummy cari mana boleh pos alas papan seterika tu gunakan POSLaju Malaysia, satu syarikat penghantaran atau syarikat kurier nasional di Malaysia. Tedi syak ia ada kena mengena dengan POS Malaysia juga, tak tahulah sama ada adik-beradik atau anak-beranak. HQ POSLaju Malaysia iaitu cawangan POSLaju Kuala Lumpur terletak di Brickfields yang pernah kami singgah suatu masa dahulu untuk kutip kiriman yang tidak dapat dihantar. POSLaju Brickfields ni...

Tayar Kereta Profil Rendah a.k.a Tayar Kereta Nipis

Karangan kali ini adalah kajian tentang tayar profil rendah bersempena dengan cadangan Master untuk menukar profil tayar kereta Proton Persona Elegance daripada saiz 60 kepada 55. Apakah itu profil tayar? Kelebihan Tayar Kereta Profil Rendah Kelemahan tayar kereta profil rendah Apakah itu profil tayar? Profil tayar adalah ketinggian bahagian tepi tayar kereta, selalunya dikira sebagai peratusan kepada lebar tayar. Tayar profil rendah selalunya bermula dengan saiz 60 dan dikira menurun. Kelebihan Tayar Kereta Profil Rendah Selain kelihatan menarik apabila dipasang pada kereta, tayar profil rendah memberikan tahap cengkaman dan kawalan yang lebih baik berbanding tayar kereta biasa, terutamanya pada permukaan jalan kering. Prestasi brek juga lebih bagus kerana lebih banyak permukaan tayar bersentuhan dengan permukaan jalan, memberikan lebih daya seretan berbanding tayar kereta konvensional. Tayar profil rendah juga memberikan pengalaman lebih bagus ketika membelok kerana lebih ...

Tukar Tayar Kereta di Hotel Dashbox Cyberjaya

Imej
Semalam Mummy pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan susulan. Mummy pergi naik GRAB kereta Proton Persona pada waktu makan tengahari. Aina pula tinggal di rumah pengasuh, jadi semalam sebaik sahaja Master habis kerja, Master terus pergi jemput Aina di rumah pengasuh. Mummy pula menanti ketibaan kawan beliau yang bekerja di Cyberjaya menjemputnya untuk makan malam. Tempat mereka makan malam ialah di Dashbox Hotel Cyberjaya. Aina nak keluar dari car seat Laluan yang Master ambil kali ini adalah Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya atau lebih dikenali dengan Maju Expressway atau MEX. Pemanduan agak lancar, kami berhenti sebentar di hentian RNR Seri Kembangan untuk membetulkan posisi duduk Aina yang mula meronta nak keluar daripada car seat. Tetapi sebenarnya ini adalah satu pencapaian yang agak mengkagumkan di mana Master berjaya  travel bersama Aina tanpa kehadiran Mummy. # Aina mula nak keluar dari car seat baby. Tangan dah berjaya dilepaskan dari belt car seat. Sing...

Ajak-ajak Ayam

Imej
  Maksud "ajak-ajak ayam"  |  Mummy beli baju saiz besar # Animasi Aina ajak-ajak ayam pelawa makan Baby Guide perisa sayur ketika di AEON Mall Nilai. # 2019-02-05 jam 22:09 hari Selasa. Maksud "ajak-ajak ayam" Ajak-ajak ayam bermaksud sesuatu pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh, mungkin metafora daripada perbuatan seseorang memanggil ayam untuk diberi makan, tak perlu bersungguh-sungguh kerana ayam akan datang berkejaran. Tak kisahlah ayam tu nak datang makan atau tidak, dedak sudah ditabur, dan ayam telah dipanggil, pandai-pandailah nak makan ataupun tidak. Jika digunapakai pada manusia pula tentunya untuk menunjukkan seseorang yang mempelawa untuk menyedapkan hati atau sebagai budi-bahasa, jika undangannya diterima, dia akan meraikan tetamunya itu, tetapi jika undangannya tidak diterima, tidak pula dia bersungguh-sungguh mengajak... mungkin mengucapkan alhamdulillah di dalam hati. Tetapi lain pula dengan Aina ni, bukan tahap ajak-ajak ayam dah ni, seba...

Joget Bola bersama Aina, tersepit di kereta sport

Imej
Koleksi animasi dan gambar ketika kami ke rumah Mak Lang Yan di Taman Melor, Nilai. Kami nak hantar coklat dan baju yang dibeli Mummy di Langkawi, selain ambil buah jambu batu yang Tok Mak belikan. Ketika ini Tok Mak dan balik ke Negeri Sembilan, manakala Pak Cik Judin masih ada di rumah Mak Lang Yan. Aina berjoget? atau senamrobik? ,  Tersepit celah kereta sport ,  Hijack lori trailer ,  Ikhwan membawa diri ,  "Joget" dalam ejaan jawi ,  Maksud perkataan "joget" . Aina berjoget? atau senamrobik? Perkara: Animasi Aina menunjukkan cara bersenam menggunakan bola menurut irama muzik dari basikal abang Irfan semasa kami ke rumah Mak Lang Yan untuk menghantar coklat dan mengambil buah jambu batu. Tak pastilah sama ada Aina berjoget atau bersenam? Bila: 2019-02-06 jam 21:40 hari Rabu Tersepit celah kereta sport # Budak kecil Aina ni banyak akal pula. Selain duk joget apabila mendengar muzik basikal abang Irfan, dia juga menyelit masuk nak naik kereta sport ab...

Tedi Melancong ke Langkawi: Cerita Kereta Sewa Myvi RM70 Semalam

Imej
# melancong ke Langkawi # kereta sewa Myvi RM 70 semalam yang kami gunakan selama 3 hari di Pulau Langkawi diletakkan di tempat letak kereta Langkawi International Airport untuk diambil pemiliknya # sewa kereta Perodua MYVI ni memang susah nak muatkan banyak barang , nasib baik tempat duduk penumpang belakang boleh direbahkan. Berjalan 3 hari habis juga RM 30 buat isi minyak kereta , tidaklah rasa jimat sangat guna MYVI ni. Bagusnya kereta MYVI yang kami sewa ni ada kamera undur dengan pembaris jadi mudah sungguh nak reverse . 📌 Maklumat Tambahan: # kereta sewa Langkawi , harga kereta sewa , kereta sewa murah 20190202 jam 19:13 hari Sabtu kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Langkawi International Airport *** 20190207 ***

Popular