Takaful IKHLAS tukar lesen takaful kepada 2 entiti
KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Bhd yang kini dikenali dengan nama baharu Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS Family) mengumumkan penukaran lesen takaful kompositnya kepada dua entiti untuk menguruskan perniagaan takaful keluarga dan perniagaan takaful am secara berasingan. Penukaran itu adalah selaras dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013 (IFSA). Penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berlandaskan prinsip Syariah itu menerusi kenyataannya berkata, perniagaan takaful amnya akan diuruskan oleh entiti baru, Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS General). “Langkah ini dirangka untuk membawa pendekatan lebih fokus dan terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. “Struktur baharu ini juga mencerminkan komitmen Takaful IKHLAS terhadap perniagaannya dalam memastikan pengurusan modal dan sumber yang cekap untuk mewujudkan peluang pertumbuhan yang berterusan,” katanya di sini, hari ini. Bagi memimpin struktur korporat baharu itu, Taka...