Lantik segera ketua jurulatih Kedah
Tedi sangat bersetuju ketua jurulatih Kedah dilantik dengan segera kerana dia perlu menyusun pemain dan mencari jurulatih baru jika perlu. Dia juga perlu menyusun strategi sesuai dengan barisan pemain yang dia ada, maka dia perlu kenali barisan pemain dengan lebih rapat. Selain itu dia juga perlu terlibat dalam urusan perpindahan pemain. LANG Merah perlu segera melantik ketua jurulatih baharu bagi melakukan persiapan pada musim hadapan selepas gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia. Pencapaian yang cukup sederhana dipamerkan skuad utama perlu dinilai secara menyeluruh dan ‘post-mortem’ juga wajar dilakukan kerana gagal mencapai sasaran yang diharapkan. Kedah mencatatkan keputusan sederhana pada musim 2018 apabila berada di tangga keenam Liga Super, pusingan ketiga Piala FA dan peringkat kumpulan Piala Malaysia. Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah Darul Aman (Kepda) , Nor Asmadi Hamzah, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu seg...