Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Iklan Kerja Kosong The Chicken Rice Shop Malaysia

Imej
Jom Sertai Kami Kepada kawan-kawan warga Malaysia yang berminat untuk bekerja bolehlah sertai The Chicken Rice Shop , sebuah rangkaian restoran yang berkembang di Malaysia. Ia mempunyai kumpulan rangkaian restoran seperti Sweet Chat , Pancake House dan Dubu Dubu . Anda juga boleh membaca pengalaman para pekerja The Chicken Rice Shop di dalam karangan Tedi bertajuk: " Pengalaman bekerja di The Chicken Rice Shop ". Jawatan Kosong di The Chicken Rice Shop Malaysia Berikut adalah jawatan dan gaji yang ditawarkan, jangan lepaskan peluang ini... Pengurus Restoran , pendapatan sehingga RM 3000 ++ (tiga ribu ringgit Malaysia ke atas) sebulan. Penolong Pengurus Restoran , pendapatan sehingga RM 2500 ++ (dua ribu lima ratus ringgit Malaysia ke atas) sebulan. Penyelia Restoran , pendapatan sehingga RM 1800 ++ (satu ribu lapan ratus Ringgit Malaysia ke atas) sebulan. Senior Krew Restoran , pendapatan sehingga RM 1500 ++ (satu ribu lima ratus Ringgit Malaysia ke atas) sebulan....

Kucing Asyik Tidur Berbanding Menonton Drama

Imej
Kebanyakan kucing tidur sekitar 16 jam sehari Manakala anak kucing dan kucing tua pula tidur lebih lama berbanding tempoh enam belas jam tersebut. Kenapa kucing banyak tidur? Kerana 70% (tujuh puluh peratus) daripada kehidupan seharian mereka memang dikhususkan untuk tidur. Masa senggang kucing bukanlah digunakan oleh kucing untuk merancang strategi menangkap burung atau tikus, bukan pula menonton telenovela atau drama atau cerekarama atau wayang melalui kaca televisyen sehingga membantu mengkayakan ASTRO, dan bukan juga dengan cara melepak minum teh tarik atau mengumpat di atas tangga, tetapi masa lapang mereka dihabiskan dengan tidur , dan mereka memang cekap melakukannya! Jika ditanya kucing tidur berapa jam sehari, jawablah dengan yakin, kucing tidur 16 jam sehari. Tidur adalah lumrah kehidupan keluarga kucing Kita perhatikan sahaja kucing yang hidup liar seperti Harimau Malaya dan juga Kucing Hutan, mereka memburu untuk mengisi perut mereka, di mana aktiviti memburu ini meme...

Cahaya-Cahaya Aneh di Gunung Tahan

Imej
Tadi berbual dengan abang CK pasal pengalaman dia mendaki Gunung Tahan puluhan tahun dahulu. Tibalah pada satu bahagian ceritanya mengisahkan dia dan kawan-kawannya melihat cahaya-cahaya aneh menuju ke arah mereka. Pada waktu itu mereka sudah berada di bahagian tinggi Gunung Tahan, mereka sudah memasang khemah dan menyalakan unggun api. Mereka berkumpul di sekitar unggun api sambil berbual-bual dan minum teh. Jam pada malam itu menunjukkan jam 9 malam. Pada masa itulah mereka melihat ada cahaya di kaki gunung sedang mendaki naik menuju ke arah mereka. Mereka menyangkakan bahawa cahaya itu adalah daripada kumpulan pendaki yang baru sampai. Cahaya itu ada lima semuanya, dan ia bergerak dengan jelas ke arah mereka. Cahaya itu bukan cahaya torch light, ianya berada di kejauhan, tetapi ia besar. Mereka mula menyedari bahawa cahaya-cahaya itu bukan dari pendaki Gunung Tahan, kerana kelajuan pergerakan cahaya itu adalah pada kadar kepantasan yang mustahil untuk kumpulan pendaki menurut...

Air Kopi O Kuih Koci

Imej
Ermm... hajatnya tadi nak melawat beberapa blog ikutan interpretZZ, tapi laman yang sepatutnya menyenaraikan blog yang Tedi ikuti tu kosong pula dah. Nak investigate apa masalahnya, dah malam benar ni. Tedi nak tidur, esok nak pergi sekolah, kalau boleh pada awal-awal pagi. Tapi sebelum tidur tu nak share satu gambar di bawah ni, iaitu gambar air  kopi O segelas bersama kuih koci . Ia adalah gambar yang Tedi ambil semasa di sebuah kenduri kahwin yang kami hadiri di Kampung Parit Sidang Seman (jika tidak silap nama) di  Sungai Rambai di dalam  Daerah Jasin di negeri  Melaka di Negara Malaysia. Perkahwinan ini adalah di antara adik perempuan  makcik Aishah dan pasangannya yang berasal dari kampung yang sama. Makcik Aishah kata mereka ni dijodohkan oleh ibu masing-masing. Menyebut tentang air kopi O tersebut, Master kalau kenduri kahwin memang akan mencari air panas, selalunya teh tarik, tapi kali ni air kopi O yang dihidangkan. Selalunya kalau di kend...

Tuntut Insurans Selepas Bunuh Ibu

Imej
Kira-kira seminggu sebelum Krismas pada tahun 2015, Michael Gallagher hidup di bawah delusi bahawa apartment di Minneapolis yang didiami ibunya yang berusia 89 tahun dipenuhi pepijat. Ketika itu dia percaya bahawa ibunya menderita dan satu-satunya penyelesaian untuk mengusir penderitaan ibunya itu, seperti apa yang dimaklumkannya kepada pihak berkuasa, adalah dengan "menghantar ibunya ke syurga." Jadi dia membunuh Patricia Gallagher dengan memukul dan melemaskan ibunya di apartment tersebut. Ironinya, sekarang dia membuat tuntutan wang insurans hayat mendiang ibunya. Biasanya ia tidak akan berhasil. Di bawah undang-undang Minnesota berusia 41 tahun yang secara tidak rasmi dikenali sebagai "pembunuh statut," waris yang masih hidup dan "sengaja membunuh" seseorang tidak berhak kepada manfaat kematian. Apa-apa wang atau harta akan pergi kepada mangsa lain. Tetapi ini bukan kes biasa. Pada bulan Julai, hakim mendapati Gallagher, 63, tidak bersalah membunu...

Popular