Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Rumah angkat pertama UMK

Imej
KOTA BHARU, 30 Julai 2013 - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan keprihatinannya dalam membela nasib warga emas di negeri ini dengan menjadikan Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin di sini sebagai rumah angkat pertama universiti itu. Rumah Seri Kenangan yang merupakan pusat jagaan harian warga emas ketika ini menempatkan seramai 129 penghuni. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dalam satu majlis berbuka puasa bertemakan ' Yang Tua Disayangi, Yang Muda Dilindungi ' yang turut dihadiri oleh Penguasa Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Wira Mahmood , di sini baru-baru ini. Menurut Raduan, pemilihan rumah jagaan tersebut sebagai rumah angkat UMK bertujuan memenuhi tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat, selain menambahkan keceriaan kepada penghuninya. "Sebagai warga masyarakat kampus, UMK rasa terpanggil untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada penghuni di sini kerana sebahagian daripada mereka hidup da...

Idul Fitri 13 - Jalan sumbat raya ke-4

Imej
Sedar tak sedar, sudah masuk minggu ke-2 bulan Augustus. Sedar tak sedar juga, sudah hari ke-4 umat Islam di Malaysia berhari raya.   Pada hari ini tiada tentatif rasmi menyambut hari raya.   Rancangan ke Kuala Krai dibatalkan. Sepatutnya pada hari ini, Mommy nak ke majlis perkahwinan bos beliau di Kuala Krai. Namun laporan trafik kurang memberangsangkan, maka kami tak jadi ke sana.   Sebaliknya kami ke majlis perkahwinan lain di Lembah Sireh iaitu di Kampung Sireh. Kampung yang dikatakan tempat membesarnya Roslin Hashim dan Hafiz Hashim.   Bergegas ke Hospital Tanah Merah Seterusnya dalam jam 13:00 kami bergegas ke Hospital Tanah Merah kerana sepupu Mommy bersalin tak cukup bulan (7 bulan kandungan). Kami ikut sebuah Alza jadi jalan yang dilalui memang kami langsung tak kenal.   Konvoi kami terpecah sebentar di Pasir Mas kerana kesesakan jalan. Ini adalah kerana Master memang tak suka menyelit-nyelit. Tak profesional katanya.   Konvoi kami bersatu semula d...

Berbuka puasa ala carte di Restoran Suasana, Abdullah Hukum, Bangsar.

Imej
Penghujung bulan puasa 2013 ini disertai buka puasa bersama kawan-kawan Mommy. Cerita ini berlaku pada Khamis lepas (1 Ogos 2013). Kawan sepejabat Mommy ajak berbuka puasa. Pada mulanya Amarin Thai. Tedi taknak sebab dekat rumah pun ada almari. Lepas tu mereka pun tukarlah ke Restoran Suasana di Abdullah Hukum berhampiran Stesen LRT Abdullah Hukum, berhadapan Sungai Kelang dan Midvalley Megamall. Hehehe, acah je. Sebenarnya Amarin Thai tu dah ditempah penuh, maka kami tak dapatlah nak berbuka puasa di sana. Buka puasa di Suasana ni mestinya ala carte sebab takde pitis (duit / wang / ongkos / money). Murah je, RM 30 sekepala (murahlah sangat, hahaha). Mommy la tu tempah yang paling banyak lauk, bukannya habis pun. Ini kalau orang kafir yang kelaparan tengok ni, mesti mereka salah faham bulan puasa ni bulan berpesta makan. Makanan di sana bolehlah dikira biasa-biasa je, kata Master. Tapi Tomyam dia boleh tahan juga la. Master yang hantu pedas tu tersedak sebab pe...

Prev Next

Popular