[t26d06] Dilema Kuali Dessini Signature: Pilihan Mummy vs Keraguan Master (Skandal Teflon?)
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Singgah Lotus's Selepas Kenduri Gombak
Kisah bermula selepas kami sekeluarga pulang dari majlis rumah terbuka kawan Mummy di Kampung Melayu Seri Gombak. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Lotus's Bandar Bukit Puchong. Di sanalah Mummy terpikat dengan Dessini Signature OroLite yang nampak cukup sasa untuk dapur elektrik di rumah.
Trauma Dokumentari: Adakah Ia Beracun?
Mummy dah berkenan, tapi Master pula ragu-ragu. Master teringat video YouTube tentang skandal syarikat Amerika yang buat kuali kalis lekat beracun (PFOA). Tedi pun diarahkan buat 'due diligence'. Ternyata, kuali-kuali lama yang kita beli 10 tahun lepas memang 'suspek' utama skandal Teflon lama ini!
Nasihat Tedi: Jika kuali lama anda dah calar atau mengelupas, tolong 'pencenkan' segera demi kesihatan.
Sebab Kenapa Mummy Borong 2 Set!
Selepas Tedi belek kotak (seperti dalam gambar), kuali ini lulus ujian keselamatan Tedi kerana:
- Bebas PFOA: Menggunakan teknologi non-stick moden yang selamat.
- Sijil Food Grade & CE: Pengesahan keselamatan antarabangsa ada pada kotak.
- Mesra Dapur Elektrik: Tapak rata dengan sistem induksi yang sangat mantap.
Akhirnya, Mummy terus sambar 2 set! Puas hati Master, tenang hati Mummy. Selamat memasak!
Ulasan