Model: PUMA Carson 2 V Inf. Harga: RM 79 daripada RM 169. Dibeli di: Butik PUMA di Mitsui Outlet Park, Sepang, Malaysia.
Carson 2 V Inf. Magenta Haze-Fig-Puma White. 19074 13. EAN-13. Made in China. Kids UK 4 EUR 20 US 5C CM 13. Gambar kasut sukan kanak-kanak jenama PUMA di Malaysia.
Kasut sukan pertama Aina, dibeli pada 20200321 di Mitsui Outlet Park.
Kononnya harga asalnya ialah MYR 169.00 (satu ratus enam puluh sembilan Ringgit Malaysia) dan dijual kepada kami pada harga MYR 79.00 (tujuh puluh sembilan Ringgit Malaysia). Ini bermakna kami dapat diskaun 53% untuk kasut ini.
Carson 2 V Inf. Magenta Haze-Fig-Puma White. 19074 13. EAN-13. Made in China. Kids UK 4 EUR 20 US 5C CM 13.
Softfoam+ comfort.
# Saturday, 22 February 2020, 19:02 # IMG_20200222_190204 # Xiaomi Redmi Note 5A #

 

Gambar kasut PUMA Carson 2 V Inf untuk kanak-kanak berusia 3 tahun.
Nampak smart pula kasut ni dipakai Aina. Belum sempat tangkap gambar kasut ni si Aina dah pakai dulu maka terpaksalah tangkap dengan gambar kaki dia sebagai model... Ketika ini Aina berusia 3 tahun 2 hari. Nama kasut ini ialah Carson 2 V Inf oleh PUMA, buatan negara China, semoga bukan tiruan lah ya.
# Saturday, 22 February 2020, 19:10 # IMG_20200222_191033 # Xiaomi Redmi Note 5A #

 

Aksi Aina semasa pertama kali memakai kasut sukan Carson 2 V Inf keluaran PUMA, berlari, melompat, tiru gaya atlet mana pun tak tahu. Faham pula dia kasut tu kasut sukan. Aina memakai baju larian Starlight Run yang akan disertainya sebentar nanti. Sebab itulah kasut ini dibelikan untuknya sempena pesta larian pertamanya.
# Saturday, 22 February 2020, 19:11 # 20200222# IMG_20200222_191115 # Xiaomi Redmi Note 5A #

Sedikit mengenai PUMA Carson 2 V Inf Sneaker

Kasut ini sebenarnya adalah sneaker untuk kanak-kanak dan bayi. Ia mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Bahagian jari yang bulat.
  2. Menggunakan renda elastik yang diregangkan.
  3. Mempunyai kontra warna pada bahagian jaringan dan bahagian kulit. Jadi tidaklah bosan melihat 1 warna sahaja. Ia gunakan gabungan kontra warna putih dan magenta.
  4. Kasut ini adalah kasut unisex iaitu boleh digunakan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. Bermaksud kasut ini sesuai diwariskan kepada Aidan nanti, maklum sahajalah kanak-kanak cepat membesar, sekejap sahaja kasut ni boleh digunakan.
  5. Bahagian kolar kasut dan lidah kasut ni padat.
  6. Ada tab tarik belakang.
  7. Menggunakan penutup tali katup.
  8. Tapak dalam kasut ni adalah lapisan busa memori yang boleh ditanggalkan.
  9. Bahagian atas kasut ni dibuat menggunakan kain, manakala tapaknya adalah getah tiruan.

(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran; (19) Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)! (20) [Al-Quran, Surah ke-85 Al-Burooj ayat 19 dan 20]