2019

Setelah asyik lupa sahaja maklumat umum berkenaan cukai jalan kereta Proton Persona 2007 kami, Master mengarahkan Tedi memasukkan satu kiriman berkenaan pembaharuan cukai jalan kereta Proton Persona tersebut.

NCD: 25%, Roadtax: RM 90, Caj Cukai Jalan: RM 15.60, Jumlah Pembayaran (Insurans sahaja): RM 509.60, Sumbangan Asas: RM 578.25

Jadi jumlah duit keluar untuk perbaharui cukai jalan kereta Proton Persona 2007 pada tahun 2019 ini lebih kurang RM 605.20 jika Tedi tak silap congak.

Master turut mengambil perlindungan insurans cermin hadapan (windscreen) dengan jumlah perlindungan sebanyak RM 600 dan bayaran dikenakan ialah RM 90.

tarikh tamat perlindungan insurans kenderaan ini ialah pada 29 September 2020.

gambar cukai jalan (roadtax) kereta dengan alas plastik dari Takaful Ikhlas dan cara memasang roadtax pada cermin hadapan (windscreen) kereta.
Takaful Ikhlas dah bagi plastik untuk kita lekatkan cukai jalan sebelum ditampal pada cermin kereta. Tidaklah kita terus tampal roadtax tu pada cermin kereta tanpa alas. Tidak perlu pula kita bersusah-payah cari plastik lain seperti sebelum ini. Master suka gunakan Takaful Ikhlas ni sebab ibu pejabatnya di depan pejabat Master selain itu dapat rebat 10% kalau buat sendiri. Paling penting semasa buat tuntutan total loss kereta Proton Saga BLM hari tu tiada kerenah.
# Label: 24 hours Bantuan Ikhlas Road Assist 1-800-88-1186. 24 hours accident and breakdown towing service. Battery delivery service. Emergency evacuation assistance. Roadside assistance. Alternative travel assistance. FREE! Interstate Ambulance Service. www.takaful-ikhlas.com.my
# Tuesday, 1 October 2019, 07:35 # 20191001 # IMG_20191001_073530 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #