gambar pandangan hadapan kedai dobi layan diri De' salju Laundry - kereta perodua MyVI - motosikal - bengkel kereta. Kedai dobi di Wakaf Bharu.
Pandangan hadapan kedai dobi layan diri De' Salju Laundry sebuah kedai dobi di Wakaf Bharu.

Latar Belakang

De' Salju Laundry (atau selalu ditaip De Salju Laundry) adalah sebuah kedai dobi layan diri di Wakaf Bharu.

Lokasi

Alamat di laman web Google: Jalan Kasturi 1, Taman Kasturi, Kampung Belukar, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan.

Alamat di papan tanda kedai: No. 3 Tingkat Bawah, PT496, Taman Kasturi, Mukim wakaf Delima, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

Terletak di tepi jalan besar Wakaf Bharu - Pengkalan Kubur, di lot komersial selepas balai bomba Wakaf Bharu jika anda dari Wakaf Bharu menghala Cabang Empat.

gambar surau Nur Al-Muttaqqin dari De Salju Faundry
Kelihatan surau Nur Al-Muttaqqin Kampung Belukar-Kubang Batang dari kedai dobi layan diri De Salju' Laundry

Di bawah ini adalah peta ke De' Salju Laundry:

Masa Operasi

Kedai dobi De' Salju Laundry beroperasi 24 jam  dan dibuka setiap hari.

Keistimewaan

gambar mesin tukar duit syiling atau token untuk kedai dobi layan diri - koleksi majalah dan akhbar untuk dibaca - syiling 50 sen dan token. Kedai dobi di Wakaf Bharu.
  1. Sabun dan pelembut diberikan percuma dan dimasukkan secara automatik ke dalam mesin basuh. Pelanggan tidak perlu memasukkan sabun basuh baju sendiri, tetapi jika pelanggan ingin memasukkan sabun sendiri, adalah dinasihatkan supaya menggunakan sabun cuci pakaian jenis cecair.
  2. Sabun dan pelembut dijamin halal.
  3. Menyediakan perkhidmatan menukar duit besar kepada duit kecil di kaunter, jadi pelanggan tidak perlu pergi ke kedai lain untuk pecahkan duit.
  4. Menerima tukaran syiling 50 sen baru. Mesin basuh dan mesin pengering di kedai dobi layan diri De' Salju beroperasi menggunakan token dan juga syiling 50 sen baru, jadi jika pelanggan ada tabungan duit syiling 50 sen baru di rumah, boleh menukarkannya di kaunter kedai dobi De' Salju Laundry.
  5. Menyediakan perkhidmatan mengangkat pakaian yang telah siap dicuci atau dikeringkan untuk dimasukkan ke dalam bakul milik pelanggan tanpa dilipat dengan upah RM 1 (satu Ringgit Malaysia sahaja). Jadi pelanggan yang kesibukan tidak perlu menanti di kedai do De' Salju Laundry.
  6. Menyediakan bahan bacaan seperti majalah dan surat khabar.
  7. Menjual air mineral untuk diminum jika pelanggan kehausan.
  8. Ada kedai makan terletak berhampiran, boleh disinggahi jika pelanggan mahu mengalas perut semasa menanti pakaian siap dibasuh atau dikeringkan.
gambar mesin basuh dan mesin pengering yang ada di kedai dobi 24 jam De Salju Laundry di Wakaf Bharu di Kelantan.
De Salju Laundry menggunakan sabun cuci baju Kuat Harimau Super-K dan pelembut AVA yang dimasukkan terus ke dalam mesin basuh dan mesin pengering.

Senarai Harga Perkhidmatan Kedai Dobi De' Salju Laundry

  • Mesin basuh
    • 10 kg - RM 4 (empat Ringgit Malaysia sahaja)
    • 15 kg - RM 5 (lima Ringgit Malaysia sahaja)
  • Mesin pengering
    • Bawah 5 kilogram (30 minit ) : RM 3 (tiga Ringgit Malaysia sahaja)
    • 8 hingga 10 kilogram (40 minit) : dari RM 4 (empat Ringgit Malaysia sahaja)
    • tambahan masa pengering ialah RM 0.50 (lima puluh sen sahaja) untuk satu minit. 

Karangan ini dikirim atau dikemaskini pada:

  1. kiriman pertama pada 11/19/18, 10:30 AM
  2. kemaskini senarai harga pada 22 Mei 2019 jam 14:58 petang.