Yeah, hari Rabu yang lalu kami ke Bangi Gateway.

Perkara pertama kami lakukan di sana adalah makan sushi 🍣 di restoran Sushi King Bangi Gateway.

Banyak rupanya tempat makan di Bangi Gateway ni, kami sahaja yang tidak tahu.

Mommy ajak makan sushi di restoran Sushi King itu sebab Sushi King Malaysia ada hantar tawaran makan sushi kaiten dengan harga RM 3 ( tiga Ringgit Malaysia sahaja ) bagi setiap set sushi kaiten.

Sushi kaiten bermaksud sushi peluru berpandu dalam Bahasa Malaysia atau metafora kepada sushi yang dihidangkan di atas conveyor belt secara makanan segera.

Sushi King di Bangi Gateway agak kecil jadi ketika itu memang ramai orang beratur menanti giliran.

Selepas makan kami menunaikan solat Maghrib dan Isya di surau di sana yang terletak di luar Mr DIY.

Selepas solat Isya kami mencari baju Melayu Master tetapi harga baju Melayu di Bangi Gateway paling murah adalah RM 179 ( satu ratus dan tujuh puluh sembilan Ringgit Malaysia sahaja ).

Tak berbaloi bagi baju yang mungkin dipakai setahun sekali sahaja.

20180519