Malam ini jam 8.30 malam akan berlangsung perlawanan Piala Sumbangsih Malaysia 2017 di antara Johor Darul Takzim dan Kedah FA.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Larkin. Siaran lansung pula boleh ditonton di TV3.

Tedi doakan semoga pasukan kesayangan Master itu akan memperolehi kemenangan pada malam ini.

Di samping itu telah berlaku perang saraf di antara pasukan JDT dan Kedah. Di bawah ini adalah poster yang amat cool oleh seorang penyokong Kedah bernama Budak Merbok. Sungguh win suntingan beliau ini.

gambar Liridon bawa harimau Selatan

Di bawah ini pula adalah poster dari penyokong Kedah, Bandar Baharu Kedah Selatan dan Padang Serai.

Di bawah ini adalah Piala Subangsih yang bakal dimenangi oleh mana-mana pasukan yang menang pada malam ini.

Gambar Piala Sumbangsih 2017 Malaysia

Sayfiq Rahim vs Badrol Bakhtiar, JDT vs Kedah, Piala Sumbangsih 2017

Kedah menang !!!

Tahniah kepada Kedah FA kerana memenangi Piala Sumbangsih. Walaupun agak terkilan kerana Kedah hanya seri dan mendapat satu mata untuk Liga Super Malaysia, namun sedikit terubat kerana menang piala.

Seronok Tedi tengok gol jaringan Badrol Bakhtiar, memang tahap international, diharapkan jaringan gol seperti itu akan selalu dilakukannya sehingga menjadi trademark sekaligus menguntungkan Badrol, Kedah dan juga Malaysia.

JDT dan Kedah seri 1-1, namun Kedah menang piala tersebut melalui sepakan penalti 3-4.

Tahniah Kedah! Pulun Kedah Pulun...

\(^0^)/ 20170120