Mengantuk betul Tedi, dah taip dalam masa 45 minit tetiba komputer riba DELL ni boleh hang dan reboot pula.

Sia-sia sahajalah Tedi menaip selama tu.

Bercerita pasal Summoners War, Tedi kini kebuntuan kerana ketiadaan seekor healer untuk membantu Pasukan Perang Ke-2 Tedi yang kini diketuai oleh Rica dan dibantu oleh Raoq. Mereka mendapat pertolongan daripada Chasun, Belladeon, dan kadangkala daripada Colleen dalam beberapa siri peperangan sebelum ini. Sudah pasti keputusan yang diterima adalah tidak memberangsangkan.

Chasun tidak boleh diserapkan ke dalam Pasukan Perang Ke-2 Tedi kerana ia adalah ahli Pasukan Perang Pertama yang dianggotai oleh Water Fairy dan Chandra. Kadangkala Tedi gunakan Konamiya untuk gantikan Chasun apabila ia membantu Pasukan Perang Kedua.

Maka Tedi memeriksa barisan monster yang Tedi ada dan di sana Tedi menjumpai 3 calon yang dicadangkan orang ramai iaitu Belladeon, Chloe, dan Acasis.

Bella memang telah lama ada dalam skuad perang Tedi cuma dia belum mencapai kemahiran tinggi dalam peperangan. Kini Bella baru 5*.

Tapi si Chloe itu, tidak pernah Tedi mengetahui kehebatannya, maka Tedi bertanya kepada seorang kawan.

Hebatkah Chloe?

Gambar Chloe si Fire Epikion Priest Summoners War

Ramai orang akan kata soalan Tedi ni soalan bodoh. Tapi bagi aku ia sangat relevan kerana aku pernah juga alami masalah yang sama. Aku pernah menyimpan Chloe untuk masa yang lama sebelum mula menggunakannya dengan sebaik mungkin. Aku akan cuba berkongsi pengalaman aku dengan Chloe.

Pertama, Chloe bergantung hanya pada kepantasan dan HP.

Kepantasan harus jadi tumpuan pertama, sebelum HP. Terutamanya jika Tedi mahu berperang di Arena.

Mengapa?

Mungkin Tedi pernah terserempak dengan pasukan yang gunakan Megan, Lushen, Tyron dan lain-lain makhluk yang punyai serangan hebat dengan tujuan meletupkan anda, membekukan pergerakan pasukan anda, atau menjadikan anda kaku tidak bergerak. Ini adalah taktik yang sangat berkesan kerana ia memberikan mereka tempoh untuk menyerang dan membunuh beberapa monster pasukan Tedi, sebelum monster Tedi sempat berbuat apa-apa. Ini adalah taktik yang sungguh berkesan.

TETAPI jika Tedi mempunyai Chloe dengan kepantasan tinggi, Tedi boleh menyerang musuh dengan kemahiran ketiganya dan pasukan Tedi akan kebal buat satu giliran, sedangkan mereka akan membazirkan serangan hebat mereka.

Banyak masa juga aku lancarkan serangan ketiga Chloe, diikuti buff oleh Megan bagi meningkatkan bar serangan, diikuti oleh Tyron dan serangan ketiga Lushen, menjadikan pasukanku tidak mengalami sebarang kecederaan dan pada yang sama dapat memusnahkan musuh. Apabila ini berlaku ia adalah sihir yang hebat dan Tedi akan segera memahami mengapa Chloe begitu bagus dalam perperangan.

Selain itu, imuniti berakhir dalam 2 pusingan, jadi walaupun pasukan lawan sempat menyerang, pasukan Tedi tetap dilindungi.

Cabaran utama adalah Chloe perlu menjadi benar-benar pantas.

Selain itu, kita mahu dia mempunyai HP yang sangat tinggi. Ini bermakna set Swift adalah wajib digunakan, disertai rune kelajuan 6*, dan sekurang-kurangnya 10 sub kelajuan pada semua Runes yang lain jika boleh.

Slot 4 dan 6 anda perlu HP% Runes yang kuat dan masih sebaik-baiknya mempunyai sub kelajuan yang baik.

TETAPI jika Tedi berjaya mendapatkan rune yang tepat dan memaksimakan kemahiran serangannya, Chloe akan menjadi raksasa mutlak.

Sekali HP dia melebihi 20k, Tedi akan mula menyedari bahawa dia juga hebat ketika menyerang, kerana sengan pertamanya adalah bersandarkan HP. Jadi Chloe bukan sahaja menjadi pembantu tapi boleh menjadi penyerang yang hebat.