Selepas kejutan daripada dua kekalahan berturut-betul pada permulaan pertempuran panjang untuk maruah dan kehormatan, Newcastle United telah memenangi sembilan daripada 11 perlawanan terakhir. Satu kebangkitan yang bagus buat masa ini.

Ribut Gayle telah mencampak Newcastle United kepada puncak Everest tertinggi mereka, di mana Dwight kini menjaringkan 11 gol peribadi untuk mencetak nama sebagai pembunuh di kawasan penalti.

Gambar wajah gembira Rafa Benitez setelah Newcastle menduduki tempat pertama apabila kalahkan Barnsley di tempat lawan

Ipswich dan bekas pengurus Mackem, Mick McCarthy semestinya akan cuba untuk menghentikan enjin pemusnah Newcastle St James' Park esok. Adakah mereka boleh melakukannya? Lebih baik mereka tidak melakukannya kerana itu tiada dalam skrip Tedi.

Mungkin Mags mempunyai ramai pemain, tetapi sistem giliran Rafa meliputi semua orang dalam kempen ini.

Dalam erti kata lain tiada siapa yang selamat, walaupun kini makin terlihat ada lapan pemain kegemaran Benitez iaitu Dwight Gayle, Matt Ritchie, Jonjo Shelvey, Vurnon Anita, Paul Dummett, Jamaal Lascelles, Yoan Gouffran dan Ciaran Clark.

Tiga kedudukan yang masih dibahaskan adalah penjaga gol, pemain tengah, dan pemain nombor 10, pasti yang paling menyusahkan bagi Rafa.

Tidak mustahil bos Newcastle United akan menukar semua pemain pada hari esok dengan alasan untuk memberikan pemain rehat. Cuma Tedi harap pemain yang direhatkan bukannya Gayle. Jika Gayle direhatkan pun biarlah dia jadi pemain simpanan supaya dia boleh dimasukkan jika ada sebarang kecemasan. Tapi mungkin benar dia juga perlu direhatkan, dan Newcastle tidak harus bergantung kepada seorang dua pemain seperti sebelum ini.

Mungkin Benitez takkan merehatkan Gayle yang kini menjadi tumpuan peminat?

Agak memberangsangkan juga kerana Newcastle United kini bukan pasukan-satu-pemain dalam hal menjaringkan gol. Tidak kurang daripada 12 pemain yang berbeza menjaringkan gol setakat ini yang merupakan 'penyebaran' terbesar di Liga Kejuaraan ini.

Namun begitu terdapat ketidakseimbangan.

Newcastle United sebenarnya telah kalah lebih banyak permainan di tempat sendiri berbanding di tempat lawan (dua berbanding satu), telah memperoleh lebih banyak mata di tempat lawan (16 berbanding 12 di SJP), dan bolos lebih banyak gol di hadapan Geordies (bolos 9 gol di tempat sendiri berbanding 2 di tempat lawan).

Perlawanan terdekat di tempat sendiri adalah menentang Ipswich dan mesti diusahakan untuk menghasilkan pulangan yang maksimum.

Sementara itu, anak buah McCarthy tidak bermain dengan baik di tempat lawan dan setelah beberapa musim hampir naik-liga, mungkin semakin letih dengan kegagalan mereka sendiri.

Jika Gayle diperlukan untuk terus menjaringkan gol maka bantuan diperlukan. Mereka yang menembak memerlukan seseorang untuk menghulurkan peluru.

SuperMac mempunyai Terry Hibbitt dan Andy Cole yang disokong oleh Peter Beardsley. Watak sama yang paling mungkin untuk Gayle adalah Jonjo Shelvey. Beliau adalah sebahagian lagi daripada teka-teki.

Rafa tetap menyatakan bahawa ada ruang untuk penambahbaikan, walaupun ketika Newcastle menang, dan mungkin peningkatan yang paling diperlukan adalah pertahanan di tempat sendiri.

Walaupun pertahanan dan penjaga gol Newcastle United telah hanya melepaskan dua gol dalam tujuh perlawanan di seluruh Tyne Bridge, mereka telah bolos sembilan kali dalam enam perlawanan di SJP di mana mereka terdedah kepada serangan balas kerana mereka terlalu naik ke atas untuk menyerang

Pertahanan yang lebih ketat mungkin lebih ideal, tetapi pada pendapat Tedi bukannya perlu lebih banyak bertahan, tetapi pemain perlu lebih banyak bersabar dan berdisiplin, menghantar bola ke sana-sini untuk menggugat kesabaran pihak lawan sekaligus menggoda mereka untuk meninggalkan posisi pertahanan mereka.

Seharusnya kita sedar bahawa pihak lawan lebih gemar berkubu di St James Park kerana mereka tahu bahawa pemain Newcastle akan menyerang untuk menjaga maruah mereka di hadapan penyokong.

The free JavaScript formatter will handle your dirty JS codes.