Langkau ke kandungan utama

Bersama Big Boys

Kumpulan 8 kelab yang berjaya ke suku akhir Piala EFL
 

Newcastle United telah diundi menentang Hull City pada perlawanan Suku Akhir Piala EFL yang ditetapkan pada 29 November 2016.

Penetapan itu disambut gembira oleh para penyokong Newcastle United yang yakin kela kesayangan kami itu akan membelasah Hull City.

Kini Tedi boleh mengirim gambar snapshot seperti di atas kepada kawan-kawan kerana mereka pernah memperlekehkan bahawa Newcastle United hanya kelab kerdil dan tidak layak berada sama liga dengan kelab-kelab yang mereka sokong seperti Arsenal, Liverpool dan Manchester United.

Nah tengok sendiri sekarang, kelab kami berada bersama-sama kelab yang kamu sokong yang kamu gelar Big Boys itu.

Kita tengok sahaja nanti siapa yang akan terus mara!

Tadi Tedi sempat berbual bersama seorang penyokong Liverpool dan tajuk perbualan kami berkisar kepada pencapaian Rafa Benitez. Dia berkata bahawa itu pencapaian biasa bagi Benitez walaupun bagi Newcastle ia adalah luar biasa!

Benitez banyak memenangi piala dalam sejarahnya menjadi pengurus, dan adakah pengalamannya itu akan membantu Newcastle?

Apa-apa pun penyokong Newcastle kini telah bermimpi yang kami akan menjadi juara di Wembley nanti.

Semoga mimpi itu akan menjadi kenyataan.

Ulasan

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan