Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Cara Tidur Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam

Imej
Berapa jam yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam tidak menyebutkannya secara khusus sebaliknya Baginda sollallahu alaihi wassalam sekadar bersabda: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas" - (Hadith riwayat Bukhari-Muslim) Di dalam riwayat yang lain, Baginda sollallahu alaihi wassalam bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk" - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masa untuk tidur berbeza di antara seseorang manusia dengan manusia yang lain, yang penting tidur itu menghilangkan rasa mengantuk dan mendatangkan kecergasan kepada tubuh badan. Mereka yang mempunyai kepakaran tentang permasalahan tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur adalah tidak sama untuk semua orang. Tidur yang optimum adalah yang tidak mendatangkan mengantuk ketika kita sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah...

Cawangan Maybank di Negeri Sembilan

Imej
Maybank  mempunyai rangkaian 12 cawangan yang kukuh di dalam Negeri Sembilan . Maybank MaxiHome dan MaxiHome-i adalah pinjaman rumah fleksibel dengan pakej yang berbeza yang sesuai dengan keperluan anda. Pilihan-pilihan pembayaran balik yang fleksibel yang mengambil kira keperluan semasa dan masa depan anda dan kelayakan pinjaman yang lebih tinggi sehingga 40% daripada  gaji anda. Maybank di Negeri Sembilan juga menawarkan pakej pembiayaan semula dengan kadar faedah yang lebih rendah dan ansuran bulanan yang lebih rendah, bukan sahaja anda akan dapat untuk lebih penjimatan, bahkan anda juga akan mempunyai lebih banyak wang untuk melakukan perkara-perkara yang anda sentiasa mahu lakukan seperti membeli  kereta baru atau mengubahsuai  rumah anda. Kiriman ini menyenaraikan cawangan Maybank di Negeri Sembilan beserta nombor telefon mereka. Alamat dan Nombor Telefon Maybank Negeri Sembilan Cawangan Seremban 166 - 169, Jalan Dato' Bandar Tunggal, 70000 Serem...

Tukar minyak gear dan baiki brek Proton SAGA BLM

Imej
Sepatutnya kereta Proton SAGA BLM milik Mommy diservis major pada hari ini. Kereta Konsep Proton SAGA BLM R3? Tapi sampai di bengkel sana mereka suruh tunggu sampai  perbatuan kereta itu cecah perbatuan minyak hitam yang baru ditukar iaitu 5000 kilometer. Tapi Master suruh tukar minyak gear juga sebab dah lama tak tukar. Selain itu mereka turut periksa masalah brek yang Master ajukan. Selepas diperiksa mereka mendapati macam-macam masalah pada brek, patutlah Master kata kereta tu macam susah nak berhenti. Masalah yang wujud adalah: Pam brek belakang sudah rosak. Dram brek belakang calar, perlu dilicinkan (skim) Bearing perlu ditukar sepasang kerana semasa skim brek, bearing terpaksa dibuka, jika dipasang semula takut rosak. Cakera brek depan sebelah kanan juga perlu dilicinkan. Selepas melalui proses perbincangan yang panjang, dapatlah harga RM 750 (tujuh ratus lima puluh ringgit sahaja). Master tak pandai menawar, tapi muka Master yang kelat itu mungkin me...

Cara Kalahkan Formasi 5-4-1

Imej
Melawan formasi 5-4-1 adalah satu tugasan yang agak menyeksakan Tedi. Agak sukar untuk menentang formasi 4-5-1 ini apabila Tedi menggunakan formasi 4-1-2-3. Kebelakangan ini ramai pula yang menggunakan formasi ini sehingga Tedi terpaksa memilih untuk mencari formasi dan taktikal yang sesuai untuk mengalahkan formasi 4-5-1 ini. Bukanlah sukar sangat untuk menembusi 5 pemain pertahanan. Masalahnya ialah dengan susunan taktikal pemain tengah. Kebiasaannya mereka yang menggunakan formasi 5-4-1 ini akan menggunakan strategi bertahan atau strategi ultra-defensive . Formasi 5-4-1 tipikal hadir dalam dua susunan. Susunan pertama adalah dengan menggunakan CDM, CAM dan 2 wide midfielder . Susunan kedua adalah dengan menggantikan CDM dan CAM dengan CM. Kedua-dua susunan ini sama tahap kepayahannya. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah kita memerlukan formasi menyerang atau mentaliti menyerang. Tidak kisah bagaimana teruknya pertahanan kita jika kita dapat megelakkan per...

Senarai Jurulatih Badminton Malaysia

Imej
 Tedi sangkakan tugasan kali ini sungguh mudah. Soalan seperti : "Senaraikan barisan jurulatih badminton kebangsaan Malaysia pada tahun 2016" sepatutnya senang sahaja untuk dijawab. Tak sangka Tedi terpaksa menghabiskan 4 jam membuat kajian untuk mendapatkan senarai jurulatih  badminton negara Malaysia yang tercinta ini. Apakah ini satu kebodohan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ? Jurulatih kebangsaan kot, letaklah senarai nama mereka dalam laman web kamu tu, bukan sahaja senarai jurulatih buat tahun tersebut, tapi juga sejarah semua jurulatih yang pernah berkhidmat menjulang nama negara. Update kandungan laman web sahaja kot... takkan nak tunggu projek juta-juta baru boleh buat? Lantik sahaja admin yang berkualiti dan berkredibiliti. Nama dan logo penaja ( sponsor ) boleh pula kamu letak. Bodoh betul BAM!

Wiper Silikon vs Wiper Getah

Imej
Alamak, selepas berkomentar tentang kenapa kita perlu angkat pengelap (windshield wiper) kereta , datang pula pertanyaan bertalu-talu tentang wiper kereta getah lawan wiper kereta silikon seperti bertih digoreng . Pertama, kawan-kawan Tedi nampaknya bertanya kepada seekor beruang yang tidak mempunyai kepakaran. Tapi sebagai seekor Google berjalan, Tedi akan cuba menjawab persoalan itu. Sama-sama kita merungkai jawapan kepada misteri tersebut. Sebelum Tedi pergi lebih lanjut, kita perlu mengetahui perkara-perkara asas terlebih dahulu. Apakah itu silikone? Ini adalah maksud silikone daripada wikipedia: Silikone adalah sejenis sebatian mudah lentur yang mengandungi ikatan silikon - oksigen dan silikon-karbon; ia digunakan secara meluas dalam aplikasi seperti implan payudara buatan dan kanta lekap. Silikone juga digunakan dalam aplikasi-aplikasi lain. Silikone vs getah Silikone mempunyai ciri keanjalan sama seperti getah. Silikone lebih kalis haba, kalis bahan kimia, kalis kulat...

Atasi Masalah Muka Berminyak

Imej
Kecantikan adalah faktor penting yang mempengaruhi tahap keyakinan dan personaliti seorang wanita. Masalah kulit berminyak boleh menghadirkan masalah kulit kusam kerana kehadiran minyak   pada kulit akan menarik banyak kotoran. Tedi temui banyak produk  kecantikan yang mahal harganya di pasaran , tapi tidak memberikan hasil yang memuaskan. Mungkin kawan-kawan juga pernah mengalami nasib  yang sama? Oleh itu Tedi memilih untuk kembali kepada perkara asas dalam melawan masalah kulit berminyak. Jauhi makanan berminyak dan ber keju . Basuh muka sebanyak mungkin dengan air sejuk pada siang hari. Tak susah bagi mereka yang selalu berwudhu. Ambil jus timun  dan limau kasturi  dalam kuantiti yang seimbang dan sapukan pada badan. Mandi selepas 15 minit dengan air suam atau air sejuk. Amalkan selama sebulan untuk hasil yang memuaskan. Gunakan lebih banyak sabun berasaskan gliserin . Itu sahaja  petua yang boleh diamalkan, bukannya susah dan harganya pun...

Tak perlu takut Jabatan Insolvensi

Imej
JABATAN  Insolvensi Malaysia (MdI) sentiasa bersedia membantu mereka yang diisytiharkan muflis untuk keluar daripada kebankrapan. Tanggapan bahawa muflis adalah penghujung hidup perlu diperbetulkan, sebaliknya harus dilihat sebagai pelindung dengan individu terbabit bekerjasama dengan MdI selaku pentadbir bagi melakukan penstrukturan semula hutang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebankrapan ikuti temu bual bersama Pengarah Insolvensi negeri Perak, Hezlin Haldi bersama wartawan Sinar Harian, Ismaniza Ahmad di Pejabat Jabatan Insolvensi negeri Perak, Ipoh, baru-baru ini. Kebanyakan mereka yang dibankrapkan takut untuk tampil ke Jabatan Insolvensi, malah banyak persepsi mengatakan Jabatan Insolvensi yang memberi status muflis kepada seseorang. Benarkah begitu? Peranan Jabatan Insolvensi adalah mentadbir kes-kes kebankrapan, bukannya memberikan status muflis. Pihak kami hanya menjalankan tindakan selepas mahkamah mengeluarkan perintah muflis terhadap seseorang yang mana da...

Kaedah Mudah Elak Selsema

Imej
Bersin dan kegatalan tekak, adalah satu petanda, kita akan diserang selsema. Penyakit ini mungkin paling "remeh", tapi ia juga menyeksakan. Apabila anda merasakan bahawa "musim selsema" sedang melanda, ada beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada jangkitan selsema. Sumber gambar: http://www.chicagoparent.com/magazines/sponsored-content/2014/pediatrust-common-cold Ini adalah senarai beberapa perkara "mudah" tersebut: Kerap Basuh Tangan Semua benda di sekitar kita dipenuhi bakteria. Syukurlah ada sistem pertahanan badan yang bekerja keras untuk melindungi diri kita daripada jangkitan penyakit. Ia menggunakan banyak tenaga untuk melaksanakan tugas hakikinya itu. Kita boleh membantu meringankan tugas sistem imunisasi tubuh kita itu dengan selalu membasuh tangan kerana ia akan mengurangkan bilangan bakteria yang perlu dilawan oleh sistem pertahanan badan manusia. Jangan Sentuh Muka Anda! Menyentuh mata dan hidaung anda ...

Newcastle United belasah Preston 6-0 dalam aksi EFL Cup

Imej
Wahahaha.... ini adalah masa yang sangat bagus untuk Tedi bergembira. Newcastle United telah membelasah Preston 6-0 dan kini berada di dalam kelompok 8 pasukan akhir Piala EFL. Penyertaan kedua dalam satu dekad terakhir. Ramai pihak yang akan memperkecilkan peluang Newcastle United selepas ini kerana kita akan menghadapi pasukan-pasukan elit Liga Perdana Inggeris, tapi peduli apa kan? Nikmati kemenangan sementara masih boleh. Tapi mereka harus ingat, Newcastle United sekarang berada dalam momentum dengan 6 kemenangan berturut-turut, 13 kemenangan daripada 15 perlawanan terakhir, dan ini adalah kemenangan kedua pada musim ini dengan jaringan 6 gol oleh Newcastle United! Yeeeha... Newcastle menekan dengan perlahan tapi yakin. Isaac Hayden memberikan amaran apabila tendangannya dinafikan tiang gol, dan itu adalah percubaan pertama daripada 3 percubaan yang dinafikan tiang gol! Kalau masuk, memang meranalah Preston dengan jaringan gol lebih besar. Stadium mula bergemuruh dan seminit ...

Lapan pemain utama Newcastle musim 2016 sudah kelihatan

Imej
Selepas kejutan daripada dua kekalahan berturut-betul pada permulaan pertempuran panjang untuk maruah dan kehormatan, Newcastle United telah memenangi sembilan daripada 11 perlawanan terakhir. Satu kebangkitan yang bagus buat masa ini. Ribut Gayle telah mencampak Newcastle United kepada puncak Everest tertinggi mereka, di mana Dwight kini menjaringkan 11 gol peribadi untuk mencetak nama sebagai pembunuh di kawasan penalti. Ipswich dan bekas pengurus Mackem, Mick McCarthy semestinya akan cuba untuk menghentikan enjin pemusnah Newcastle St James' Park esok. Adakah mereka boleh melakukannya? Lebih baik mereka tidak melakukannya kerana i tu tiada dalam skrip Tedi. Mungkin Mags mempunyai ramai pemain, tetapi sistem giliran Rafa meliputi semua orang dalam kempen ini. Dalam erti kata lain tiada siapa yang selamat, walaupun kini makin terlihat ada lapan pemain kegemaran Benitez iaitu Dwight Gayle, Matt Ritchie, Jonjo Shelvey, Vurnon Anita, Paul Dummett, Jamaal Lascelles, Yoan Gouffran...

Mengapa Chloe berguna?

Imej
Mengantuk betul Tedi, dah taip dalam masa 45 minit tetiba komputer riba DELL ni boleh hang dan reboot pula. Sia-sia sahajalah Tedi menaip selama tu. Bercerita pasal Summoners War, Tedi kini kebuntuan kerana ketiadaan seekor healer untuk membantu Pasukan Perang Ke-2 Tedi yang kini diketuai oleh Rica dan dibantu oleh Raoq. Mereka mendapat pertolongan daripada Chasun, Belladeon, dan kadangkala daripada Colleen dalam beberapa siri peperangan sebelum ini. Sudah pasti keputusan yang diterima adalah tidak memberangsangkan. Chasun tidak boleh diserapkan ke dalam Pasukan Perang Ke-2 Tedi kerana ia adalah ahli Pasukan Perang Pertama yang dianggotai oleh Water Fairy dan Chandra. Kadangkala Tedi gunakan Konamiya untuk gantikan Chasun apabila ia membantu Pasukan Perang Kedua. Maka Tedi memeriksa barisan monster yang Tedi ada dan di sana Tedi menjumpai 3 calon yang dicadangkan orang ramai iaitu Belladeon, Chloe, dan Acasis. Bella memang telah lama ada dalam skuad perang Tedi cuma dia b...

Menyatakan cinta melalui persamaan Matematik

Imej
Memang sukar untuk menyatakan cinta apatah lagi daripada diri seorang gadis yang pemalu. Tambahan pula cinta itu mahu dinyatakan kepada seorang jejaka yang amat serius dan obses kepada matematik. Jika anda punyai masalah sebegitu, jangan risau... Tedi ada jawapannya. Hantarkan sahaja barisan formula di bawah ini dan minta si jejaka tersebut menyalinnya ke dalam kotak teks enjin carian Google... Google sahaja tau. (sqrt(cos(x))*cos(200x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2), -sqrt(9-x^2) from -4.5 to 4.5 Jika dia tidak terpesona dengan jawapan yang diberikan Google atau tidak faham maksud jawapan tersebut, jangan tunggu lama... abaikan sahaja dirinya itu, anggap sahaja beliau tidak pernah wujud seperti embun yang meruap di pagi hari. Atau jika dia berdegil tidak mahu meng-Google, tapi sebaliknya mahu menyelesaikan persamaan matematik itu sendiri... ermmm... selamat berjaya. Bagi kawan-kawan yang agak keliru kepada gambar di atas, boleh rujuk kepada gambar di bawah ini unt...

Poke-Han peranti Pokemon Go terkini membantu Pokemon Master

Imej
Pokémon Go kini merebak seperti api yang liar marak membaham apa sahaja di laluannya. Tetapi ia juga menyebabkan keletihan, terutamanya di bahagian tangan kerana para Pokémon Master terpaksa memegang telefon pintar di hadapan mereka sepanjang hari. Tapi kini para Pokémon Master tidak perlu gusar lagi kerana terdapat sekumpulan manusia dari pejabat Rocketnews di Jepun yang telah mencipta satu alat yang akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para Pokémon Master di seantero dunia itu. Tambahan pula peralatan canggih itu hanya memerlukan modal yang murah dan takkan menjejaskan poket mereka. Peralatan canggih yang dikenali sebagai Poké-Han itu akan membantu para Pokémon Master menyangkut telefon pintar mereka di paras yang selesa yang menggalakkan mereka menegakkan badan dan menaikkan kepala mereka ke atas. Ia juga membantu meluaskan medan penglihatan untuk membantu para Pokémon Master selalu perihat...

Tabiat buruk di pejabat yang menghalang kejayaan

Imej
Kita semua tahu bahawa jika kita ingin berjaya di tempat kerja kita harus bekerja kuat dan istiqomah. Tapi jika kita mahu naik lebih tinggi, adab di tempat kerja amat penting. Ia sama ada boleh membantu perjalanan kerjaya kita atau memusnahkannya. Ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, di samping keseriusan ketika bekerja. Ini adalah senarai tabiat di tempat kerja yang patut dielakkan kerana ia boleh menghalang kenaikan pangkat kita semua. Bermain dengan telefon anda semasa berbincang dengan bos atau semasa dalam mesyuarat Perbuatan ini jika dilakukan dengan kerap akan menunjukkan bahawa anda tidak fokus atau tidak berminat dengan perbincangan yang sedang berlangsung. Mengadu tentang bos, rakan sekerja, tempat kerja, beban kerja, kopi atau kantin di pejabat anda Mengadu tentang segala-galanya membuatkan anda menjadi seseorang yang "beracun" dalam pejabat, individu yang mahu dielakkan oleh semua orang. ...

Budak Baik - Cinta Pertamaku

Imej
Budak baik, cinta pertamaku, insan yang mengajarku erti cinta Takkan lupakanmu Aku ingatimu Hanya dirimu yang ada dalam ingatanku Aku mahu kau perhatikanku Maka ku pilih pakaian yang dikau suka Tudung yang melitupi rambutku Ku gayakan dengan cara yang dikau suka Ku lintasi jalan yang selalu kau tempuhi Sengaja ku pilih jalan yang jauh Harapan temui dirimu di sana Nombor telefon yang sama masih ku gunakan bertahun lamanya Alamat rumah juga tidak pernah ku tukar Bimbang kau mencari diriku Aku tau kita masih mengingati Sejujurnya aku merinduimu Amat rindu sehingga gila diriku dibuatnya Aku akan sentiasa menanti dirimu Mungkin dengan penantian ini, kau akan menerima diriku Kau budak baik Kau yang pertama mengajarku erti cinta Mungkin kau lemah apabila bersua denganku? Mungkin kau tidak mahu mengaku perasaanmu? Kau saja mengambil jalan jauh, kerana kau mengelakkan diriku? Kau tukar nombor telefonmu Kau berpindah tanpa memberitahuku Aku akan bermula semula Aku katakan, walau tidak menemui...

Theomars Sang Ifrit Air

Imej
Binaan Rune untuk Theomars Theomars amat berkuasa dalam serangan individu, binaan rune untuk pemain baru patut fokus kepada kepantasan seperti Swift/Blade(Spd/Crit D%/Atk%) untuk memperguna kuasa pemusnah yang ada pada skill pertama Theomars yang bergantung kepada kelajuan. Pemain hanya perlukan jumlah critical rate 76% yang mana akan menjadi 100% critical rate apabila Theomars menjadi ketua. Sumber gambar:  Koleksi Gambar Theomars daripada Instagram Untuk pemain otai pula, Violent/Blade(Spd/Crit D%/Atk%) adalah set yang bagus. Violent proc selalunya akan mengenakan sumpahan maut ke atas monster musuh. Lebih laju Theomars bermakna lebih ganas serangannya. Substats Penting:  Spd, Crit R%, Crit D%, Atk%, Acc%

Pos Malaysia perkenal perkhidmatan baharu EziDrive-Thru

Imej
KUALA LUMPUR 9 Ogos 2016 – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menerusi perniagaan kuriernya, Pos Laju melancarkan perkhidmatan terbaharu dengan memperkenalkan stesen pandu lalu dikenali sebagai EziDrive-Thru, yang merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, EziDrive-Thru diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan Pos Laju membuat penghantaran barangan melalui pos tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka. Mohd. Khamil Jamil (dua dari kiri) dan Mohd. Shukrie Mohd. Salleh (kiri) menerima bungkusan daripada seorang pelanggan di stesen EziDrive Thru Pos Laju, Bandar Baru Bangi dekat Kuala Lumpur, semalam. “Perkhidmatan ini adalah yang pertama diperkenalkan dalam kalangan syarikat kurier di Malaysia, bagi memudahkan orang ramai menggunakan Pos Laju tanpa perlu menghadirkan diri di pejabat atau kaunter Pos Laju. “Perkhidmatan ini dapat memberi kemudahan kepada usahawan untuk mela...

Teruskan Hidup... RaFID, CaTU, dan POSCon

Imej
Hari semalam adalah hari yang agak menekan jiwa kerana permainan tuduh dan menyalahkan orang lain telah bermula. Ini adalah hal biasa apabila ada insan yang mahu melindungi diri mereka dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tidak terjejas. Mereka rela memusnahkan masa depan, periuk nasi dan juga maruah pihak lain demi menjaga kepentingan diri. Nasib baiklah GM memberi motivasi kepada kami semua dengan ungkapan, "kita tidak mahu melindungi diri kita, kita tidak mahu menyalahkan pihak lain, kita cuma teruskan dan memberikan penyelesaian" . Tedi bertungkus-lumus menyiapkan kod untuk RaFID semalam dan alhamdulillah berjaya menyudahkannya. Tapi pada masa yang sama muncul pula persoalan tentang CaTU, bila masanya projek itu akan mula diuji? Dan pada waktu petangnya muncul pula persoalan tentang penggunaan bandwith oleh POSCon daripada satu client di luar. Ironinya bandwidth itu menghala ke satu server yang telah lama ditinggalkan. Persoalan demi persoalan, dan Tedi...

Siapakah Chasun si Penari Langit Angin?

Imej
Selamat pagi semua. Pagi ni Tedi terjaga awal mungkin sebab terlena awal malam tadi. Tedi tak perasan pula bila Tedi terlena tapi rasanya semasa rancangan My Kitchen Rules sedang ke udara. Memandangkan Tedi dah terjaga ni, Tedi contenglah sedikit interpretZZ ni memandangkan dah beberapa hari Tedi abaikan ia sempena melayan jemputan ke rumah-rumah terbuka mahupun rumah-rumah yang tertutup. Tapi hari ini Tedi nak mengarut sedikit, nak ceritakan pasal satu watak yang baru sahaja Tedi perolehi dalam permainan Summoners War. Chasun versi Malam Malaysia oleh Carmenomo Wind Skydancer (Penari Langit Angin) a.k.a Chasun Wind Skydancer ni Tedi baru sahaja perolehi daripada Gulungan Mistik (Mystical Scroll). Wind Skydancer ini adalah dari kelompok makhluk 4 bintang dalam Summoners War di mana ia digelar NB4 atau Nat4 yang bermaksud makhluk yang asalnya 4 bintang (natural born at 4 star). Ini adalah kerana dalam Summoners War, kita boleh sahaja naiktaraf mana-mana makhluk kepada 6 bintang...

Google Maps lebih bersih dan paparkan tempat-tempat menarik

Imej
Google telah mengemaskini aplikasi Google Maps until menjadikannya lebih mesra pengguna dan lebih menarik secara visual. Dalam version terbaru ini Google telah membuang beberapa elements seperti garisan luar jalan untuk memberikan Google Maps rupa yang lebih bersih. Google mendakwa perubahan itu memudahkan pengguna melihat maklumat trafik. Satu lagi ciri terbaru adalah 'areas of interest' atau tempat tumpuan yang akan memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang sedang mempunyai banyak aktiviti, serupa seperti ciri pemberitahuan maklumat kesesakan jalan. Kawasan yang banyak aktiviti akan diwarnakan Oren (jingga) manakala kawasan selebihnya akan diwarnakan dengan warna lain.  

IKEA Brimnes drawer siap

Imej
Wah, mengantuk sungguh Tedi ketika ini setelah berhempas-pulas memasang drawer 4 tingkat dari siri Brimnes yang Mommy beli di IKEA Cheras pada hari Sabtu yang lepas. Ni belum siap sepenuhnya lagi kerana ada dua laci lagi belum dipasang pemegang. Kerja-kerja pemasangan kami mulakan pada malam sebelum semalam sehingga jam 4 pagi semalam, sebelum kami sambung pada malam semalam sehinggalah pagi ni. Tedi mengantuk ni pun sebab semalam tidak cukup tidur, itu je lah. Sambil tu sempat juga Tedi mengumpul monster dalam Summoners War. Dua makhluk terbaru yang sempat Tedi evolve adalah Baretta dan juga Ramira, di mana kedua-duanya adalah resepi fusion untuk satu makhluk baru. Okaylah, Tedi nak turun ke dapur untuk mencari apa makanan boleh ditelan.

Kencing kuning pekat selepas berlari 10 kilometer

Fuh, dahsyat betul. Tadi semasa buang air kecil, Tedi dapati kencing Tedi berwarna kuning pekat seperti air teh O dengan teh direndam lama, pekat sampai kecoklatan. Lama Tedi tak jumpa keadaan sebegini. Mengikut kajian Tedi, fenomena kencing kuning pekat itu mungkin disebabkan kekurangan badan dalam air setelah badan Tedi kehilangan air dalam larian TM Fan Run 2016 semalam. Semalam adalah percubaan pertama Tedi lari sejauh 10 kilometer dalam larian rasmi, semuanya kerana Tedi nak ada catatan masa rasmi menggunakan alat rekod masa pihak penganjur pertandingan secara elektronik yang hanya ada pada larian 10 kilometer dan 21 kilometer. Rasa nak mati jugalah semalam selepas sekian lama berehat dari dunia larian. Langkah atau pace Tedi pun jauh berbeza iaitu 8 minit per kilometer, di mana selalunya Tedi dapat capai bawah 8 minit. Berkenaan dengan kencing kuning pekat yang semakin pekat selepas Tedi tidur semalaman, mungkin ia adalah bahan buangan yang diproses badan Tedi semasa Tedi ti...

Pecah rumah Taman Dahlia, BB Salak Tinggi

Rumah kawan sepejabat kepada jiran Master kena pecah. Lokasi di Taman Dahlia di atas bukit berhadapan dengan Sekolah Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, dan 2 buah rumah lain. Suspek pencuri berbangsa Melayu, dan mereka survey rumah untuk dirompak dengan menyamar sebagai pencuci longkang Majlis Perbandaran Sepang. 20160713

Tak pernah hayati suria terbit di pantai Terengganu

Imej
Terengganu adalah negeri yang indah dengan pesisiran pantai yang memanjang dari Kemaman sehingga Kuala Terengganu. Bertuah juga ada kampung di daerah Marang yang terletak berhampiran dengan pantai. Kuala Marang pula adalah lokasi terletaknya jeti ke Pulau Kapas dan Pulau Kerengga, dua buah pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti. Bagi peminat aktiviti memancing dan mencandat sotong di lautan biru, Marang juga menjadi tumpuan mereka. Selalunya apabila kami bercuti atau melancong di kawasan pulau atau di tepi pantai, aktiviti yang akan kami kejar ialah melihat mentari terbit. Ironinya apabila kami berada di kpung yang telah mempunyai ciri-ciri yang kami kejar selama ini, tidak pula kami melakukannya. Mengejar matahari terbit di pantai Marang, Terengganu mungkin akan jadi impian Tedi selepas ini. Mungkinkah kami perlu kembali ke sini sebagai pelancong dan bukannya sebagai anak desa yang pulang ke kampung?

Raya di RSA 2 Gambang Timur di LPT

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ 14:50 Kami dalam perjalanan ke Terengganu dari Temerloh. Kami masuk ke Lebuhraya Pantai Timur tadi dari Plaza Tol Chenor . Singgah di RSA 2 Gambang Timur atau Hentian R&R Gambang Arah Timur menghala ke Kuantan, nasib baik ada gerai makanan dan minuman Muslim yang dibuka pada hari raya kali ni. Mengikut pengalaman dulu memang tutup habis gerai di sini tambahan pada masa itu kami tidak membawa sebarang bekalan makanan dan minuman. Kali ni kami dah bersedia dengan nasi impit dan rendang tetapi ada pula gerai yang dibuka, maka kami beli dan makan nasi lemak. Ketika berada di sini kami perasan ada seorang perempuan pakai jubah melekap di punggung, nak tegur kami takut pula kalau dia segan nanti. Semoga ada kaum keluarga dia yang tegur. Di sini ramai kanak-kanak yang membantu ibu bapa mereka berniaga mungkin kerana kakitangan yang sebenar pulang beraya di kampung halaman. ...

Popular