Puaslah Tedi nyah-ralat tadi, sangkakan salah setting akaun pengguna pangkalan data, tetapi rupa-rupanya akaun tu tidak diberikan akses sebagai pemilik pangkalan data.

  • Alhamdulillah dapat juga temui punca masalah.
  • Tak teringat langsung bahawa setting pada pangkalan data pun kena bebetul.
  • Tambahan pula ini adalah projek pertama yang Tedi sediakan pengguna baru selain daripada akaun pengguna super yang biasa digunakan dalam projek sekolah kami.
  • Malam ni dah berjaya skip login yang menggunakan perkhidmatan LDAP, kiranya macam back-door la ni, tapi guna pintu depan, hehehe.
  • Walaupun agak penat setelah berjaya menewaskan Mommy dalam permainan bowling siang tadi, dituruti lawatan ke TESCO Nilai untuk mencari bahan-bahan cheesecuit, terpaksa Tedi sambung kerja sekolah yang bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat...
  • Okaylah, nak tolong Mommy pukul adunan cheesecuit sekejap.