Dalam minggu ini Tedi membaca berita dari Singapura mengenai satu peningkatan pada enjin carian Google.


  • Ciri yang dimaksudkan adalah kemampuan Google Search untuk mencari di mana telefon pintar anda berada.
  • Ciri ini oleh digunakan untuk telefon yang ada Google Apps.
  • Tedi dah cuba pada telefon pintar berasaskan Android namun masih belum Tedi uji pada telefon pintar berasaskan iOS seperti iPhone.
  • Untuk mencari telefon anda, cukup dengan menaip "Find my phone".
  • Selain mecari kedudukan telefon, anda boleh juga membunyikan telefon anda selama 5 minit selain mengunci atau memadamkan fail-fail yang ada dalam telefon.