Terharu melihatkan kesungguhan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan apa yang termampu.

  • Pada jam 11:00 pagi semalam, kami menjemput Pak Long dan Mak Long yang baru sahaja tiba dari Kelantan melalui penerbangan menaiki kapal terbang FireFlyz di Lapangan Terbang Subang (FireFlyz Subang).
  • Kemudian kami segera ke MYDIN USJ untuk membeli sedikit barangan keperluan untuk disedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan.
  • Sampai di MYDIN, kami mengalas perut terlebih dahulu. Ada satu kedai yang jual nasi lemak (Tedi tak ingat nama kedai) nyata mengecewakan apabila nasi gorengnya hangit.
  • Selepas makan kami menuju tingkat 3 di MYDIN USJ tersebut yang meletakkan barang-barang yang dijual pukal \ borong.
  • Kami beli setakat 2 kotak biskut tawar, kain pelikat, kain sarung dan 1 kotak sabun Antabax.
  • Kali ini untuk kain-kain, kami memilih kualiti berbanding kuantiti kerana pada masa musibah sebegini tentunya bilangan barang yang diperlukan amat banyak.
  • Ramai rupanya yang memborong barang di sana dengan tujuan yang sama seperti kami.
  • Ada yang beli kain telekung, sejadah, ubat dan berus gigi, biskut tawar, biskut tak tawar, mi segera, beras, botol susu, ardin dan macam-macam lagi.
  • Mereka yang membeli itu terdiri daripada pelbagai kaum.
  • "Ya Allah, Kau telah tunjukkan kepada kami bahawa di sebalik kesempitan ujian, adanya keluasan kesatuan."
  • Rupa-rupanya rakyat Malaysia ini bersatu, walaupun pada setiap masa cuba dipecahbelahkan oleh fahaman politik perkauman.
  • "Ya Allah, berkatilah rezeki yang Kau kurniakan kepada kami."
  • Malangnya petang tadi juga kami menerima berita sebuah kapal terbang AirAsia dari Indonesia ke Singapura telah hilang setelah mengubah haluan untuk mengelakkan cuaca buruk.
  • Nampaknya ujian untuk negara kita masih belum berhenti.
  • Kami bergerak pulang ke Salak Tinggi sekitar jam 2 petang dan singgah di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi untuk menyerahkan barangan yang kami beli tadi.