• Semalam Malaysia kalah dengan Vietnam, 1-2 dalam perlawanan Separuh Akhir Pertama di Stadium Shah Alam.
  • Okay la, adat permainan, ada menang, ada kalah.
  • Tapi ada pula penyokong Malaysia ni yang sibuk nak mencetuskan huru-hara.
  • Relax la bro, hero memanglah kalah awal. Tunggu sahajalah keputusan perlawanan kedua nanti.
  • Sedih betullah tengok keadaan sebegini, kerana ia mencemarkan nama baik Malaysia sebagai destinasi perlancongan untuk melihat panda (ada kena mengena ke?).


  • Mengenai pemain Malaysia pula, janganlah dikecam sangat...
  • Tedi dah jangka perkara ini akan berlaku kerana sebelum ini kita dibuai dek kemenangan ke atas Singapura.
  • Namun jangan lupa, Harimau yang bahaya adalah Harimau yang cedera!
  • Dari segi permainan Malaysia memang hampeh, namun jika mereka muhasabah diri untuk perlawanan seterusnya, mungkin mereka akan bangkit!