Tempat persinggahan dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur melalui jalan Jeli - Dabong - Gua Musang.


  • Menurut perancangan awal, kami akan pulang dari Kelantan melalui Lebuhraya Timur Barat.
  • Tapi entah kenapa ketika di Jeli, di simpang terakhir ke Gerik, Master mengubah haluan untuk melalui jalan Dabong - Gua Musang.
  • Ternyata jalan baru itu agak menarik dihiasi pemandangan naik turun bukit berlatarbelakang Gunung Setong.
  • Ada juga sebuah tempat rekreasi untuk dikunjungi.
  • Selain itu tiada tempat sesuai untuk berhenti walaupun banyak gerai di tepi jalan.
  • Sehinggalah kami nampak papan tanda ke Masjid Mukim Meranti. Itupun dah terlajak, terpaksa buat pusingan U sebelum masuk ke kawasan masjid yang terletak di atas bukit itu.