Tedi baru je sampai dari LCCT.


Jam sudah menunjukkan jam 5.30 pagi. Tedi baru melabuhkan punggung di atas permaidani.

Sebabnya tadi Tedi teman Master dan Mommy hantar Tok Ayah dan Nek Mak naik kapal terbang. Mereka berdua akan ke Padang, Indonesia.

Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, Tedi dan Master dan Mommy baru sahaja tiba di rumah dari Kota Bharu. Penerbangan kami yang sepatutnya berlepas pada jam 10 malam dan sampai di LCCT pada jam 11 malam telah ditunda oleh pihak AirAsia.

Akibatnya kami berlepas jam 11 malam dan tiba di LCCT pada jam 12.30 tengah malam!

5.45 pagi...


Azan Subuh dah berkumandang sedangkan Tedi masih belum sempat melelapkan mata.

Pada jam 7 pagi nanti kami akan ke Dataran Putrajaya pula untuk berlari dalam Team Malaysia Fan Run.

http://www.teammalaysia.org.my/sea-games/


Sebelum ini kami sertai aktiviti ini di Dataran Merdeka, namun tahun ini ia telah dipindahkan ke Putrajaya. Apa-apa pun, jaga keselamatan.