Langkau ke kandungan utama

Apa pula masalah YES 4G ni?

Huddle YES 4G asyik berkelip-kelip merah

Masalah betul la dengan YES 4G ni, LED pada Huddle duk berkelip-kelip merah.

Apabila tanya pada Master, dia kata itu maksudnya Huddle tu tengah update firmmare. Ketika update tu jangan dimatikan huddle.

Huddle YES 4G, kalau network ok patutnya LED warna hijau.
Hutang gambar: http://on4free.com/ads/yes-4g-huddle/

Tapi, Master kata update tu sekejap sahaja. Tak lama. Tapi ni dah berjam-jam tunggu ni.
Tedi bawa Huddle tu naik tingkat atas, eh, LED tak berkelip la pulak (bertukar kepada warna kuning)! Agaknya dah habis update kot?

Tedi bawa turun bawah, Huddle tu berkelip-kelip balik... erm, masalah dengan network kot?
Tedi bawa naik atas dan biarkan ia di sana, lepas tu Tedi minta tolong Master set jarak wifi tu bagi kepada medium, selalu guna short je sebab nak jimat bateri.

Nak jimatkan bateri apanya kalau asyik cas je?

Agaknya rangkaian YES 4G di Bandar Baru Salak Tinggi ni masih tak ok? ataupun sebab dah ramai pengguna sebab sebelum ni LED tu ada la juga nyala warna kuning.

Terpaksa la guna YES 4G ni sementara tunggu Unifi...

Beberapa punca huddle YES 4G berkelip merah


  1. Huddle sedang kemaskini firmware atau perisian dalam huddle - ketika proses ini berlaku, tiada line dan dilarang mematikan huddle.
  2. Tiada line network pada masa kejadian.

Master ajak pergi teman dia servis kereta

Master ajak Tedi pergi servis kereta. Petang nanti nak hantar mak su ke Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai Impian sana.

Master nak tukar guna minyak full syntetic sebab seminggu jer dah 1000 kilometer berjalan. Hari-hari 160 kilometer, dengan tol sehari RM 15. Nasib baik tempat kerja Master takyah bayar parkir kereta.

cara baiki huddle yes ... tempat membaiki huddle yes ... cara sambung yes huddle ke komputer ...

2 Jun 2013

Ulasan

Kiriman Berkaitan