Langkau ke kandungan utama

Aisya Humaira

Hari ni Tedi nak study nasyid Aisya Humairah dendangan kumpulan UNIC

 

Sambil dengar lagu, sambil belajar sesuatu, itu pesan Master.

Lirik "Aisya Humaira" dan ulasan Tedi:

Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
 

Aisya binti Abu Bakar (radhiallahu anha) merupakan isteri Nabi Muhammad solallahu a'alaihi wassalam yang digelar Humaira kerana pipinya yang putih kemerahan.

 
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan 
Peniup semangat suami
 
Khabar al kisah ku titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
 
Hatta dirimu ummahatul mu'minin 
Yang setanding al-mukatsirin
 
Seperti isteri2 Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam yang lain, Aisyah juga dipanggil "Ummahatul Mu'minin" yang bermaksud "ibu kepada orang2 beriman".
 
"Al-Mukatsirrin" adalah gelaran kepada kumpulan sahabat Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam yang banyak meriwayatkan hadith. Ramai blogger hentam jer letak "al-mukassirin" (orang cuai). Terima kasih artikel "Aisyah binti Abu Bakar (Perempuan Cerdas Kecintaan Rosulullah Saw)" yang memberikan maksud yang Tedi boleh terima.
 
Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan 
Tuduhan seorang pendusta
 
Semasa fitnah itu berleluasa, wahyu tertangguh mungkin sebulan atau lebih. Keadaan ini menyebabkan kaum munafiqin enak menjaja cerita. Akhirnya wahyu yang turun membersihkan fitnah yang melanda & mereka yang menjaja malu sendiri.
 
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.” (QS. An-Nuur:11)
 
Pilihlah hikmatnya 
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah 
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan 
Yang penuh lena ujian
 
Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora
 
Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
 

Menjelang wafat, Rasulullah SAW meminta izin kepada isteri-isterinya untuk beristirahat dirumah Aisyah selama sakitnya hingga wafat.

Dalam hal ini Aisyah radhiallahu anha berkata, "Merupakan kenikmatan bagiku karena Rasulullah SAW wafat dipangkuanku." Bagi Aisyah, menetapnya Rasulullah SAW selama sakit dikamarnya merupakan kehormatan yang sangat besar karena dia dapat merawat beliau hingga akhir hayat.

 
Sungguh beruntungnya dikau 
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu
 
Jenazah Nabi Muhammad sollallahu a'alaihi wassalam dikebumikan dalam kamar Aisyah radhiallahu anha yang terletak di sebelah Masjid Nabawi. Kini makam Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam yang juga kamar Aisyah itu terletak dalam Masjid Nabawi ditandakan dengan kubah bewarna hijau.

Rujukan:

    • Salah satu artikel yang jelaskan maksud gelaran "al-mukatsirin"
 

karamah aisya humaira, maksud nama Aisyah Humaira atau Aisya Humaira

Ulasan

  1. nice sharing.. menyingkap sejarah aisyah R.A..

    BalasPadam
  2. haha, share sebab Tedi salah faham sebelum ni.
    Tedi fikir "semadikan di ruang kamarmu" tu ayat2 jiwang... rupa2nya sebab makam Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam dalam kamar saiyidatina Aisyah radhiallahu anha.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan